CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Payah Riuh Rendah, Penaja Bos Susu Gegar Vaganza 2019 Dipuji Netizen

25-12-2019 09:37 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 15063| Komen: 89|Original author: Oleh: intan

Jika anda mengikuti perkembangan program Gegar Vaganza saban tahun di Astro, pasti anda mengetahui siapa penaja utama rancangan tersebut kerana terdapat slot bagi mereka untuk mempromosikan produk dalam rancangan tersebut.


Untuk musim kali ini, Gegar Vaganza 2019 (GV6) menampilkan syarikat susu Farm Fresh sebagai salah satu penaja utamanya. 

Lebih dikenali sebagai Bos Susu, Azmi Zainal yang merupakan pegawai operasi syarikat tersebut mengakui enggan terikut-ikut dengan teknik pemasaran yang lebih kepada tular semata-mata, seperti dilakukan penaja lain sebelum ini.

Kredit foto: Google Image

Ketika ditemui mStar, Azmi mengakui bahawa setiap pengasas produk mempunyai karakter dan cara tersendiri untuk memasarkan produk mereka. 


"Namun, produk kami digunakan pelbagai peringkat usia terutamanya kanak-kanak, jadi kami perlu bawa imej yang baik dan tak perlu nak riuh rendah," jelasnya lagi.

Dia juga percaya produk yang berkualiti akan mendapat tempat di hati pengguna, maka teknik pemasaran betul akan membawa imej yang baik terhadap jenama dibawa.

Kredit foto: Google Image

Kredit foto: Instagram Farmfresh_susukurma_shahalam

"Kami amat mementingkan kredibiliti sebab kalau produk itu baik, pasti orang akan terima. Masyarakat juga akan lebih menerima jika penjual menjaja sesuatu dengan lebih bersopan santun dan berbudi bahasa daripada tidak tentu arah.

"Nak viral itu mudah, buat saja perangai tak senonoh untuk viral. Tapi, itu bukanlah cara kami. Dalam bisnes tak boleh harap viral semata-mata, tapi kena fikir macam mana nak kekalkan jenama sehingga mendapat kepercayaan semua orang," Ujarnya kepada mStar.

Netizen juga berpendapat bahawa penaja kali ini lebih tenang jika dibandingkan dengan penaja GV terdahulu iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan DS Vida.
Kredit foto: Astro Gempak

Mengakui dirinya juga menerima tempias populariti dan semakin dikenali, Azmi berkata syarikatnya telah menerima maklum balas positif atas inisiatif mewujudkan segmen kongsi rezeki di edisi Gegar Vaganza kali ini.

Segmen tersebut telah membantu ramai artis veteran atas nama tanggungjawab sosial syarikat Farm Fresh. Ketika ditanya adakah masih lagi mahu menaja program yang sama pada tahun hadapan, beliau berkata syarikat itu tidak keberatan untuk menjadi sebahagian daripada program tersebut.

Semoga maju jaya diucapkan kepada Bos Susu dan syarikat Farm Fresh! - CARI
10

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 25-12-2019 10:01 AM
Yg lactose free tu sedap.. Aku suka minum dgn kopi
Quote chicozinn 25-12-2019 10:09 AM
Tahniah boss susu..bak kata benang GV, penaja dah bagus wangi tapi kredibiliti juri, asterok cm hanat
Quote miznora 25-12-2019 10:13 AM
Betul tu boss susu.. Takyah riuh rendah. Mak pak metua aku dah jadi pelanggan susu kurma tau. U dah bertambah pembeli 2 orang {:love
Quote seulgi 25-12-2019 10:20 AM
Paling suka yg cafe latte tu.tapi selalu yang tu habis dulu kat kedai area umah iols.padahal perisa lain banyak je lagi.cisss
Quote Ladybird910 25-12-2019 10:23 AM
Apa yg best seller utk FF ni?

Nak g beli..tanda sapot BMF
Quote fliphair8 25-12-2019 10:23 AM
Mmg bagus boss susu ni, takde nak mengarut dlm tibi....yg paling penting produk camni layak keluar tibi and jadik sponsor....produk timbang kilo menjahanamkan org...takde pekdah...
Quote alieyrina 25-12-2019 10:30 AM
Aku adicted susu kurma kotak nya...yg botoi x sedap..kena cari kotak gak..beli brand lain xsedap..kena ff jugak
Quote gummiebear 25-12-2019 10:46 AM
Iols nak ot sikit. Yang selalu duduk tepi bos susu tu staff FF ke? Helokkk yach
Quote RatuDunia94 25-12-2019 11:00 AM
Produk kalo nk long lasting kena stay classy. Org pon akan beli bukan sbb trend tp sbb org dh simpan dlm otak produk tu berkualiti n classy. Kalo hadap viral semata2 sekejap je org beli..
Quote KIM.K 25-12-2019 11:03 AM
Ladybird910: Apa yg best seller utk FF ni?Nak g beli..tanda sapot BMF


Susu kurma yang meletup. Either 1L or small pack 100ml tu

Susu with buah ni ada market player dia. Kalau susu pisang iols rasa Rokeby Farm kat 7E outlets tu sedap

Susu kurma FF yang sedap berbanding syarikat lain. Banyak co. pakai susu Australia jadi rasa tu sama je most brands. FF susu lembu local agak ngam dengan kurma
Quote delia3003 25-12-2019 11:05 AM
Susu Farm Fresh memang sedap pun, so, tak perlu buat promo low class
Quote epal21 25-12-2019 11:10 AM
Bagus bos susu ni. Takde gimik murahan macam tokvida & toklip.
Quote KIM.K 25-12-2019 11:12 AM
FF lain dari beauty line, bukan terkenal asal kosmetik/glamour biz. FF ni asal agriculture going retails memang padu dan kos operasi diorang tersangatlah tinggi dan lebih kompleks berbanding ambil barang OEM

Tapi diorang memahami pengguna, tapped into market as pioneer susu kurma, rasa melekat dihati pengguna. Kalau nak tau susu FF tak berapa sedap makan dengan cornflakes. Sebab fresh milk tak sepekat macam susu tepung. Brand lain bancuh susu dari powdered milk jadi pekat bila makan dengan cornflakes serasi

Kalau perasan FF banyak tapped into flavoured milk berbanding susu segar sahaja. Maybe fresh milk ni memang ngam campur perisa lain. Mild2 creamy gitu
Quote salmon-suki 25-12-2019 11:20 AM
KIM.K replied at 25-12-2019 11:12 AM
FF lain dari beauty line, bukan terkenal asal kosmetik/glamour biz. FF ni asal agriculture going ret ...

Brand lain dah tmbh gula byk kot..cornflakes pun tawar2 sket..kalau mkn ngn susu biasa farm fresh mmg xde byk taste..lain ler kalau mkn ngn susu keluaran brand lain,rasa manis2 sbb ada gula tambahan..

Rasa susu coklat pun x semanis y lain..boleh rasa susu lembu tu haa..y manis nye susu kurma..tp manis kurma laa..bkn sugar..y low fat farm fresh best..ai suka y tu plus choco punya..kurma sedap tp too sweet for me..sama mcm buat susu kurma sndiri,bila rasa kurma tu dah sebati ngn susu,mmg manis..hahaja
Quote KIM.K 25-12-2019 11:31 AM
salmon-suki replied at 25-12-2019 11:20 AM
Brand lain dah tmbh gula byk kot..cornflakes pun tawar2 sket..kalau mkn ngn susu biasa farm fresh  ...

Ramai gak yang cakap susu kurma FF too sweet. Iols memang sweet tooth jadi rasa manis so-so je

Sebelum trending, dalam 7-8 tahun lepas iols selalu campur susu Dutch lady chilled dengan kurma jenis red dates tu. Kalau penat sangat taklalu makan, iols minum nilah tambah tenaga

Iols suka red dates sebab tekstur gummy, dia macam jeli sikit. Dalam susu rasa candy, sedap dari kurma biasa. But red dates ni too sweet
Quote kaishi 25-12-2019 11:48 AM
tahniah la bos susu ni, suke aku tengok,

harap kekal down to earth sampai bebile, risau gak kot ramai artis2 or bbnu nak kaya cepat ngimpit,
Quote imransulaiman 25-12-2019 12:17 PM
Ladybird910: Apa yg best seller utk FF ni?Nak g beli..tanda sapot BMF

Kurma Milk {:good

Tapi kalau suka kopi, Caffe Latte sangat sedap! Tak rasa manis. Rasa susu dan kopi saja. Kalau ngantuk masa driving, mata terus rasa segarrrrr! {:childlike
Quote dua_chzy 25-12-2019 12:17 PM
Ladybird910: Apa yg best seller utk FF ni?Nak g beli..tanda sapot BMF


Don't think produk ni BMF sepenuhnya. Katanya company ni hada bos Cina, India juga.
Quote aleesyasofia 25-12-2019 12:31 PM
sarah82 replied at 25-12-2019 10:01 AM
Yg lactose free tu sedap.. Aku suka minum dgn kopi

kenapa iolss tak jmpe..?? ke sbb abis cpt..?? ayooo.. kena cari ni..

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066054 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top