An apple a day keeps the doctor away Sejak di bangku sekolah lagi kita sering didedahkan dengan ungkapan di atas yang merangkan tentang manfaat buah epal terhadap kesihatan. Jika sebelum ini anda mengamalkan memakan sebiji epal sehari, mungkin kini anda boleh mempertimbangkan untuk menambah sebiji epal lagi dalam rutin pemakanan seharian . Hal ini demikian kerana terdapatnya kajian saintifik yang menunjukkan kesan positif apabila berlakunya penurunan paras kolestrol "jahat " (LDL) sebanyak 4% bagi sesiapa yang mengamalkan memakan 2 biji epal setiap hari sepanjang tempoh lapan minggu. Dalam kajian yang dikeluarkan oleh American Journal of Clinical Nutrition mendapati 2 biji epal dapat memenuhi kira-kira 1/4 kadar serat harian yang disarankan bagi golongan dewasa. Tambahan pula, terdapat sejenis serat yang terkandung daam epal berupaya membunuh bakteria di dalam usus seterusnya membantu menurunkan paras kolestrol. Makan Buah Epal lebih Baik dari Meminum Jusnya Tim Chico, seorang professor perubatan kardiovaskular dari University of Sheffield, mengatakan memakan dua biji epal sehari dapat mengawal paras kolestrol dalam tubuh berbanding meminum jusnya. Jadi apa lagi bagi anda yang sayangkan jantung masing-masing dan takutkan kesan negatif paras kolestrol yang tinggi terhadap kesihatan bolehlah mengamalkan tips ini memandangkan ianya cukup mudah apatah lagi epal juga murah dan mudah didapati di pasaran. - CARI |
22
Bagus |
17
Marah |
17
Terkejut |
16
Sedih |
18
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
i_is_kennot replied at 27-12-2019 07:13 PM
Epal hijau buat jus
Yg merah snack sampingan
KIM.K replied at 27-12-2019 01:25 PM
An apple a day keeps the doctor away
But if the doctor is @ipes2 ?
ipes2 replied at 4-1-2020 09:30 AM
if the doc is me I pulak yg makan epal tersebut
sy kaki epal
every friday, restaurant spit ...
KIM.K replied at 4-1-2020 02:55 PM
Bagus Dr @ipes2
Kalau saya ambil persimmons dan tinggalkan epal untuk orang lain
ipes2 replied at 4-1-2020 09:30 AM
if the doc is me I pulak yg makan epal tersebut
sy kaki epal
every friday, restaurant spit ...
jasmeen replied at 27-5-2020 12:36 AM
restoran apa kat spital bagi free tu dik? kat tempat akak takde pun.cuma yelah sebab staf kadang o ...
ipes2 replied at 27-5-2020 01:49 AM
di luar malaysia kak. kadang2 ada donation, so boleh lah ambil pisang ke nectarines ke.
jasmeen replied at 28-5-2020 12:13 AM
ooo oversea..selamat berjuang utk covid dek..
ADVERTISEMENT