Zaman sekarang, tak kira muda ataupun tua pasti sibuk mencari rezeki demi meneruskan hidup tanpa mengharapkan belas kasihan orang lain. Begitu juga dengan seorang nenek berusia lebih 100 tahun di Pulau Tuba, Langkawi ini yang masih bekerja sebagai seorang nelayan. Warga emas dikenali sebagai Tok Wan ini menjadi tular di Twitter apabila kisah beliau dikongsikan @amriothmann. Menurut Amri, walaupun usianya mencecah 104 tahun, Tok Wan masih bekerja sebagai seorang nelayan di Pulau Tuba, Langkawi. Menerusi ruangan komen, dipercayai Tok Wan menjual belacan buatan sendiri. Bukan itu sahaja, Tok Wan juga dikatakan akan ke laut sendiri untuk memukat udang bagi membuat belacannya. Rata-rata netizen berasa kagum dan terharu dengan tindakan nenek ini yang masih kuat dan mempunyai semangat tinggi untuk mencari rezeki walaupun sudah tua. Semoga kita semua terus kuat dalam menghadapi ujian hidup. Usia bukan penghalang segalanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT