Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha menjelaskan bahawa dia tidak memiliki telefon bimbit. Jadi, tak perlu susah-susah minta nombor telefonnya, ya! Menerusi Instagramnya, Mia mengakui ramai meminta nombor telefonnya menerusi DM (Direct Message). "Memandangkan pengurus Mia kata, beribu DM Mia kat Instagram, jadi Mia jelaskan ya. "Sebenarnya, ibu bapa tak bagi Mia ada handphone pun, jadi korang tak perlu DM tanya nombor lah. Tak ada handphone pun Mia ni," tulisnya. Tak percaya? Terpulanglah, kata Mia. Bagaimanapun, Mia akui ada menjengah ke laman sosial sekali-sekala. "Semua posting dilakukan pengurus dan ibu bapa Mia. Jadi, Mia jenguk sikit-sikit jelah sesekali tu," katanya. Berikutan itu, Mia berpesan kepada semua peminat supaya jangan mudah terpedaya dengan orang yang menyamar sebagai dirinya. Baguslah Mia ni, tak berkepit je dengan gajet. - CARI
|
doubleA replied at 24-12-2019 11:57 AM
Bagus mia, bukan di umo 12 mak bapak bangga konon ada bakal menantu
matchstick replied at 24-12-2019 12:55 PM
kalau ko kata beratus yg dm logik sikit...ko xnak kalah dgn nek aida kan dek
ADVERTISEMENT