Mengejutkan! Seorang murid perempuan yang menerima satu kad sempena hari Krismas terkejut kerana terdapat nota meminta tolong pada kad itu. Ia merupakan tulisan daripada salah seorang banduan di penjara Qingpu Shanghai yang meminta tolong kerana mereka dipaksa bekerja.
Memetik Channel News Asia, banduan tersebut menulis rayuan tersebut dalam sekeping kad yang memaparkan seekor anak kucing dalam topi santa. “Kami banduan warga asing di Penjara Qingpu Shanghai. Kami dipaksa bekerja. “Tolong bantu kami dan memberitahu organisasi hak asasi manusia,” tulis nota tersebut.
Sehubungan itu, pasar raya gergasi Tesco di United Kingdom mengambil keputusan menghentikan produksi di sebuah kilang di China susulan kes kad Krismas itu. Malah, jualan kad Krismas yang dihasilkan kilang tersebut sudah ditarik balik dan kes itu dalam siasatan. Pun begitu, Tesco menyatakan belum menemui bukti menunjukkan syarikat kad Krismas itu melanggar peraturan dengan memaksa banduan bekerja. - CARI
|
barfi replied at 23-12-2019 08:29 PM
Bukan ke dalam penjara memang ada tugas masing2 buat kerja?
Macam mencuci ke memasak menjahit ber ...
belilies replied at 23-12-2019 04:11 PM
Tesco saja stop the production pun xguna jua.... Takkanlah sampai situ saja tindakan? Nota tu dah sa ...
FOTHER-MUCKER replied at 24-12-2019 09:38 AM
Dah sampai dah bbc dah interview dia semalam. Peter Humphrey tu juga bekas banduan dari penjara ya ...
leylapple replied at 24-12-2019 09:29 AM
abis tu... nak tanggung percuma jer ker banduan2 tu? lebih baik daripada mati...
hidup pun menyus ...
debab_78 replied at 23-12-2019 08:32 PM
Kan..kat malaysia pun byk inisiatif mcmni utk tmbah pendapatan banduan.. ada yg menjahit, bertukan ...
ADVERTISEMENT