CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memang Astro Dah Rancang Ke Sebab Ada 2 Trofi Juara GV6, Aznil Nawawi Pun Turut Bertanya!

23-12-2019 02:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17589| Komen: 97|Original author: Shimmer Shine



"Itu trofi mock up bukannya dirancang!"

Kemenangan serentak Naqiu dan Hady Mirza sebagai Juara GV6 mengundang pelbagai tanda tanya warganet. Ia dikuatkan lagi selepas diumumkan, kedua-duanya memegang trofi juara berwarna emas seolah-olah ianya telah dirancang dari awal!

Bagaimanapun, ianya dinafikan oleh Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad yang menegaskan keputusan tersebut daripada juri sementara dua trofi juara pula salah satunya adalah replika (mock up) seperti dipetik portal Mstar. 

"Sejujurnya kami pun terkejut dengan keputusan pihak juri tetapi selepas dijelaskan, kita bersetuju untuk mengangkat dua juara GV6."

MStar

"Memandangkan ini keputusan akhir, kita tiada mock up cek wang tunai untuk dua pemenang tetapi ada mock up trofi yang digunakan untuk publisti, jadi apa salahnya" 

Tinjauan di Twitter ramai merasakan ianya sudah dirancang, sementelah lagi dalam masa bebeapa minit pengumuman juara, trofi emas sudah berada di tangan kedua-dua pemenang. Pengacara senior, Aznil Nawawi turut mengutarakan persoalan sama. 



Apatah lagi komen Dato Ramli MS berkenaan kejutan kepada dua peserta menguatkan lagi desas-desus itu. 


Menjelaskan banyak kejutan yang tidak dijangka, Raqim berkata mungkin ada yang gembira dengan keputusan ini dan sebaliknya, tetapi Astro tidak boleh mengambil bulat-bulat cerita tersebut.

Ig

"Ini kerana semua peserta diadili oleh juri profesional yang arif dalam bidang muzik, jadi kita hormati keputusan mereka."

Jadi, bagaimana? Kedua-duanya memenangi hadiah sama rata dan permainan Astro? Itu namanya pertandingan realiti kan? - CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 23-12-2019 02:36 PM
Only in Malaysia ....
Quote cikpah27 23-12-2019 02:38 PM
aku speku memang dirancang.. Hahaha
Quote Mulotkoyak 23-12-2019 02:43 PM
Maseh rase pelik dgn kemenangan sebegini. Kalau luar negara, juara tu seri perlu di evaluate kembali consistency persembahan mingguan terdahulu. Juara season tetap seorg. Ak xkesah pun naqiu or hady menang. Tp menjadikn program tu x exclusive. Maka jd la spt AF. Akhirnya tidak releven. Juri pun kate professional tp usah bohong ok kamu pun ade feveretism. Melalui percakapan sume org tau dr awl minggu. Sume nk lari. Anyway yep mmg dh rezki mereka. Tp tolong jg exclusive tu. Dah la aritu drag smp 3mgu utk ke final. Kalo rase nk appreciate korg patut buat penyingkiran pd minggu ke 3/4. So adil bg sume peserta meneroka balik bakat mereka yg menyepi dulu. Diorg pun bole dpt ilmu byk dan belajar lama dan penonton dpt kenali diorg lg. Anyway congrat both of U.
Quote Mary_jane 23-12-2019 02:43 PM
Then mockup trophy bagi kat naqiu.
Quote jijilaaa 23-12-2019 02:49 PM
Mulotkoyak replied at 23-12-2019 02:43 PM
Maseh rase pelik dgn kemenangan sebegini. Kalau luar negara, juara tu seri perlu di evaluate kembali ...

setuju!! nampak kali ni astro betul jaga artis under mindorder.. si naqiu dgn sham dijamin tempat ke final. walaupun sham nyanyi paling teruk siap lupa lirik. patutnya tempat sham diisi oleh roy. sham langsung tak bagi saingan kepada peserta final yang lain.
Quote BicaraHatiku 23-12-2019 02:54 PM
Edited by BicaraHatiku at 23-12-2019 03:06 PM

Nampak sgt x nengok PC smlm ponen ni. jawapan semua ada kt saner yerr. Mmg ketua juri nk kasi 2 juara. Malah pihak produksi setuju. Haper salahnya.. dua2 bagus. Lain la salah sorang tu Daddy Sham. Tu mmg patut bawak spanduk berpiket dpn Astro HQ. Ishhh... kecoh x bertempat mcm ko tu reporter Harian Metro
Quote Kurex 23-12-2019 02:58 PM
BicaraHatiku: Nampak sgt x nengok PC smlm ponen ni. jawapan semua ada kt saner yerr!


kiss je ponen ni bagi dia sedar @BicaraHatiku
Quote Mulotkoyak 23-12-2019 03:02 PM
jijilaaa replied at 23-12-2019 02:49 PM
setuju!! nampak kali ni astro betul jaga artis under mindorder.. si naqiu dgn sham dijamin tempat  ...

Rase roy lebih deserve to go to final kn compared wann and sham. Tp tu la rezki Allah utk mereka.
Quote Catpaw 23-12-2019 03:05 PM
Mulotkoyak: Rase roy lebih deserve to go to final kn compared wann and sham. Tp tu la rezki Allah utk mereka.


Kalau roy mesti best sebab suara dia memang dah power. Sham macam lembik je dah la final semua lirik pun tercicir
Quote bungarose 23-12-2019 03:09 PM
Kesian kat roy xdapat masuk final
Dan di final......kesian kat timoh dapat no 4
Quote minah_selekeh 23-12-2019 03:09 PM
Tapi RM100,000 tu kongsi ke sorang satu?
Quote bobo_beck 23-12-2019 03:14 PM
Quote JibboTheCat 23-12-2019 03:15 PM
memang dah dirancang pon.. saje nak buat drama
Quote BicaraHatiku 23-12-2019 03:17 PM
Edited by BicaraHatiku at 23-12-2019 03:31 PM
Kurex replied at 23-12-2019 02:58 PM
kiss je ponen ni bagi dia sedar @BicaraHatiku


Eihhh ... baik iols kiss Sabhi Berahi... body berlemak penuh protein lagi kelazatan. Farm Fresh x pyh cari duta baru amek dia jew
Quote prettyuglybabe 23-12-2019 03:17 PM
sebab tu la industri malaysia tak ke mana
Quote claudya 23-12-2019 03:19 PM
dah habis dah pun. move on je tak boleh ke? see Astro dah berjaya la buat orang berkata2. macam la baru kenal Astro semalam.
Quote bondeh 23-12-2019 03:39 PM
nasib tahun nih meolls banyak missed minggu konsert... tup2 terus tengok final
Quote Cyempaka 23-12-2019 03:45 PM
dah kenapa kecoh sgt. macamlah kita tak biasa dgn astro dan dramanya. biar je la nak 8 juara pun. aku ok je. bkn dia potong gaji kita nak bayar kat juara2 tu pun
Quote fliphair8 23-12-2019 04:02 PM
so winning prize 100k bahagi 2 ke camne ni? hakak tak layan GV tapi nak ler hakak nyibuk2 hal orang

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037174 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top