Peserta program realiti TV Pencetus Ummah (PU) musim keempat iaitu Muhammad Haris Bin Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Rizz dan juga Riz Ismail baru-baru ini membuat pengakuan yang dia pernah menyimpan hasrat untuk menyertai ujibakat program Hero Remaja.
Menerusi posting di akaun Instagram milik Riz yang juga kini bergelar pelakon, hasrat itu sudah lama terpendam sebelum dia memasuki program realiti Pencetus Ummah lagi. "Sebenar-benarnya memang hasrat hati aku nak masuk Hero Remaja." "Dari dulu tapi ter- masuk pencetus ummah, walaupun dah bertahun-tahun simpan hasrat hati ni." Tambahnya lagi, dia berhasrat untuk mencuba nasib bagi pencarian Hero Remaja pada tahun ini, tetapi tidak menepati syarat kerana faktor usia.
"Aku tahun ni 24, rasa macam bolehlah nak cuba. Tapi hampeh bila tengok syarat dia (tahun 2020, umur 24) bertakung air mata melihatnya." Pelakon yang pernah membintangi drama popular Lelaki Kiriman Tuhan ini bagaimanapun redha dan berkata dia yakin dengan ketentuan Tuhan dan rezeki yang diperolehinya. Riz juga sempat berseloroh dengan berpantun empat kerat untuk menghiburkan hatinya sendiri. "Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat Takpelah tak boleh masuk Hero Remaja, Yang penting dompetnya sentiasa padat."
|
ADVERTISEMENT