CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jika Suspek Berparang, Hadi Saran Bersilat

11-10-2013 03:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6929| Komen: 56


PORTAL Malaysiakini.com melaporkan yang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata boleh menembak penjenayah tetapi “perlu kena pada tempatnya”.

” Kita kena tahu dia penjenayah atau pun tidak. Kalau dia bersenjatakan parang sahaja, anggota polis kita banyak yang tahu silat. Cukuplah, sepadan dengan penjenayah itu.

“Penjenayah ada kecil besar,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan kontroversi “tembak dulu” oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Diminta menjelaskan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak, Abdul Hadi menjawab:

“Tindakan (menembak) boleh, tapi kena pada tempatnya. Bukan tak boleh, (tapi) kena pada tempatnya,” katanya sambil ketawa kecil.
Kita berterima kasih pada Hadi kerana mengutarakan pandangan yang ‘bijak’ itu.

Sebenarnya kita cukup tak faham mengapa ramai ahli politik ‘bijak pandai’ di negara ini yang cukup sayang kepada penjenayah.

Kalau boleh mereka lebih rela melihat anggota polis kita ‘dalam keranda’ daripada penjenayah itu sendiri berada di dalamnya.

Pelik, akhir-akhir ini kita lihat ahli politik kita cepat benar ‘melantun’ kalau polis mengambil tindakan.

Tetapi bila indeks jenayah meningkat, merekalah orang pertama yang akan bertukar menjadi gila meroyan- buat sidang akhbar sana sini mengutuk pihak berwajib kerana kononnya gagal membendung masalah ini.

Namun bila Ops Cantas dilancarkan, beribu samseng ditangkap dan ada yang ditembak mati, mereka juga yang melatah!

Saranan Hadi itu adalah cukup memalukan, apatah lagi bila ia datang dari mulut seorang presiden parti yang dihormati.

Kita kena ingat, kita tidak boleh mengagak apa yang dalam fikiran penjenayah bila senjata sudah berada di genggaman tangannya.

Tak kiralah sama ada ia pedang, parang mahupun senjata api sekalipun.

Dia akan berbuat apa saja untuk melepaskan diri…jadi kalau anggota PDRM sendiri sudah mempunyai pistol di pinggang, apa kejadah dia nak habiskan masa dan kudratnya untuk bersilat pula dengan penjenayah ini?

Ini bukan pertandingan siapa handal dan siapa kuat seperti Laksamana Tuah dan Jebat.

Ini adalah perlawanan untuk menumpaskan mereka yang tidak hairan pada undang-undang,

Hadi juga kena ingat, polis bukan sebarangan melepaskan tembakan.

Mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pertumpahan darah, bila penjenayah mula bertindak agresif, baru mereka menggunakan opsyen lain termasuklah menembak ke arah suspek.

Jadi soal polis kena bersilat seperti mana saranan Hadi tadi tak timbul langsung.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 11-10-2013 12:55 PM
welkam bek pokcik an..sunyi takde pokcik dlm cari..ilang plak time disclose audit repot..rasa mcm smash x berbalas je masa tu...

Errr ni ot ekkk?sori..sori..  
Quote Anak_Nogori 11-10-2013 12:59 PM
jengkoil posted on 11-10-2013 12:55 PM
welkam bek pokcik an..sunyi takde pokcik dlm cari..ilang plak time disclose audit repot..rasa mcm sm ...

masa tu..pakcik tengah sibuk kat kg buat penyediaan kolam udang dan kelah...ni baru balik lah ni...minggu depan balik kg semula..mungkin lagi lama.

jom semejid.
Quote GalileO 11-10-2013 01:09 PM
suruh dia jadi polislah...baru tau langit tinggi ke rendah......bila indeks jenayah tinggi tau plak geng depa melalak...bila ada action dibuat ..lain pula...macam-macam...
Quote airfilterbersih 11-10-2013 01:20 PM
Bodo punye jadi boncit...
Quote zvicmorrow 11-10-2013 01:26 PM
sebab tu jenayah semakin banyak dan sebagai rakyat biasa aku rasa tidak selamat angkara petikan kata-kata politician yg bodoh.of course penjenayah akan lebih berani kerana dia tau ada org-org kuat yg akan menyokong mereka dari belakang..cehhh......
Quote mertzxx 11-10-2013 01:26 PM
Kekadang diorg ni duk pk konon2 nak jadi HERO. Baru-baru ini pun guru silat kena tetak dgn penjenayah. GURU SILAT OK!!!......Ini kan pula anggota Polis yg dapat latihan silat/taekwando....basic jer.
Pada aku kalau diorg dah angkat parang ....nak serang, no choicelah ....tembak jerlah!!
Quote ogre 11-10-2013 01:48 PM
Bila nak hapuskan penjenayah
Mereka bising

Bila kes jenayah banyak
Mereka bising

Apa mereka nak?
Quote SulurBidar 11-10-2013 01:56 PM
Another stupid statement from Haji Hadi Awang..
Malang bebenor PAS kerana mempunyai presiden yg lembab otaknya lagi tidak memahami keadaan semasa akibat jumud berpolitik.
Kalau PAS nak maju, Hj.Hadi Awang dan puaknya perlu disingkirkan.
Kalau tak,PAS kekal sbg parti kampungan.
Quote Anak_Nogori 11-10-2013 02:05 PM
bila polis ramai yg mati krn ikut nasihat Hadi suruh bersilat....aaa padan muka Zahid Hamidi ni..sapa suruh bersilat?..pistol kan ada...bodoh ke polis ni..Zahid ni pun sama bodohnya..
Quote zorrro_03 11-10-2013 02:10 PM
Ni berita dlm media mana? Utusheet ke?  Aku rasa wartawan yg spin ni nak kena halau mcm zahid hamidi buat hari tu.
Quote Magika 11-10-2013 02:13 PM
zorrro_03 posted on 11-10-2013 02:10 PM
Ni berita dlm media mana? Utusheet ke?  Aku rasa wartawan yg spin ni nak kena halau mcm zahid hamidi ...

MALAYSIAKINI

http://www.malaysiakini.com/news/243528

Jika penjenayah berparang, Hadi saran bersilat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, boleh menembak penjenayah tetapi "perlu kena pada tempatnya".

"Kita kena tahu dia penjenayah atau pun tidak. Kalau dia bersenjatakan parang sahaja, anggota polis kita banyak yang tahu silat. Cukuplah, sepadan dengan penjenayah itu.

"Penjenayah ada kecil besar," katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan kontroversi "tembak dulu" oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Diminta menjelaskan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak, Abdul Hadi menjawab:

"Tindakan (menembak) boleh, tapi kena pada tempatnya. Bukan tak boleh, (tapi) kena pada tempatnya," katanya sambil ketawa kecil.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Zahid kerana "tidak membaca dan tidak mengetahui soalan yang dikemukakan" terhadap menteri tersebut.

Quote ang_bess 11-10-2013 02:17 PM
saya menyokong zahid hamidi dan polis dalam ops cantas ni. x gune nak berunding dengan penjenayah berat. bunuh atau dibunuh konsep nyer.
Quote Anakdesa 11-10-2013 02:18 PM
Pasni semua kena bawak parang le waktu bertugas.... kihkihkih...

Ini mesti cina apek gigi jongang ritu yg buat lapuran ni... Last edited by Anakdesa on 11-10-2013 02:22 PM

Quote tempur 11-10-2013 02:23 PM
statement yg tak berapa cerdik dari seorg pemimpin...katakan lah polis bersilat cantikkk..tiba tiba diorg keluarkan pistol....agak agaknya apa jadi kepada kat polis tu.... aku cadangkan kalau ada politician yg bermulut puaka ni kena rompak ke...polis jgn ambik tindakan dan buat tak tahu je..agak agak apa akan jadi nanti ye..apapun aku sokong penuh tindakan pihak berkuasa... walau pun kadang kadang meluat dgn polis yg berlagak bila tahan aku time check lesen.....

Quote sahamboi 11-10-2013 02:27 PM
Kalau penjenayah tu lagi terror bersilat macam mana... tak pasal2 polis tu mati kena tembak dgn pistol sendiri... dia ingat zaman kesultanan melayu melaka ke apa...
Quote xytol 11-10-2013 02:31 PM
bersilat la sangat.... kat tempat aku guru silat..kena tikam dengan budak yang muka nampak inosen sahajo..ni kalau dah berparang2 sah nampak no jahatnya...dah kenapa sibuk nak buka silat segala...tembak dah la..habis cerita..tak paham aku....
Quote Anakdesa 11-10-2013 02:35 PM
Sekarang ni musim pemimpin2 memberi kenyataan2 yang kurang cerdik.... hehe.

Cuma bezanya, kalu pemimpin pembangkang yg bersuara... suam2 suku je hebohnya....

Bila pemimpin kerajaan yang bersuara, gegak gempita seluruh alam.... hehehe.

Mentaliti macai... Last edited by Anakdesa on 11-10-2013 09:16 PM

Quote mast3r 11-10-2013 02:37 PM
Suruh je si Hadi ni bersilat dlu lawan penjenayah
Quote Anakdesa 11-10-2013 02:42 PM
Jangan lepas ni semakin ramai anakbini polis yang kehilangan ayah dan suami  sudahlah.....

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.158190 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top