Susulan kisah wanita menghidap penyakit misteri hingga berat badannya naik mendadak 200 KG dan meninggal dunia semalam, jenazah dilaporkan selamat dikebumikan di kampung Gaung di Pasir Mas.
Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham Nur Izzati yang berusia 29 tahun mengalami pendarahan luar biasa sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Dalam pada itu, bagi menguruskan jenazah mangsa, khidmat bomba dari balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas digunakan. "Kami menggunakan tali dan diikat pada pengusung bagi tujuan menurunkan jenazah Allahyarham sambil dibantu ahli keluarga terdekat. "Urusan menurunkan jenazah mengambil masa 25 minit sebelum kami serahkan kepada ahli keluarga untuk menyempurnakan urusan pengebumian," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Shapawi Stapa.
Katanya lagi, seramai 10 anggota bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung bagi urusan menurunkan jenazah ke liang lahad. "Sebelum ini adik bongsu Allahyarham pernah berdepan dengan masalah yang sama kira-kira empat bulan lalu," kata beliau lagi. - CARI |
ADVERTISEMENT