CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Kena Adil " - Anak Dah Jangka Shira Kongsi Keputusan PT3

20-12-2019 10:27 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 30722| Komen: 236|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Instagram Sharifah Shahirah

Perkongsian keputusan PT3 anak lelaki Sharifah Shahira di Instagram menarik perhatian orang ramai yang geli hati melihat kenyataannya itu. 

Penyampai radio Suria FM itu mengatakan, di zaman dia sehingga ke anaknya sering menerima keputusan D, namun jangan sesekali menghina anaknya.





Memetik laporan Harian Metro, Shira menyatakan dia tidak peduli segala tanggapan negatif orang ramai mengenai tindakannya memuat naik keputusan anak lelakinya itu.

Airell yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati hanya mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris manakala D (Bahasa Melayu), D (Bahasa Melayu Lisan), F (Sejarah), F (Geografi), D (Pendidikan Islam), D (Matematik), D (Sains) dan D (Reka Bentuk dan Teknologi).

"Saya kena adil. Kalau keputusan anak sebelum ini saya kongsikan, jadi untuk anak yang ambil keputusan PT3 kali ini pun saya memuat naik di Instagram. 

"Saya tahu tahap akademik anak. Tak tahu nak buat apa lagi, tapi mungkin salah saya kerana kurang beri perhatian kepadanya.

"Walaupun menghantarnya ke pusat tuisyen, tapi saya lihat minatnya lebih kepada menonton YouTube. Namun, saya sering memberi nasihat dan mengingatkan dia mengenai kehidupan dan masa depan," katanya.

Shira berkata, dia sudah menjangka keputusan yang bakal diterima anak lelakinya itu dan tidak memarahinya.

"Anak sudah dapat jangka saya akan kongsikan keputusannya di Instagram. Saya tak rasa dia malu atau sedih sebab ada perkara lain yang dia tak suka saya kongsikan di Instagram berbanding keputusannya itu.

"Meskipun cikgu di sekolah minta hantar anak ke sekolah swasta tapi saya tak rasa itu cara terbaik.

"Sekarang ini saya nak simpan duit sebab banyak komitmen yang perlu ditanggung selain semua anak akan dihantar belajar ke kolej nanti,katanya.



Shira memang sempoi tetap jadi penyokong setia anak-anak tanpa mengira tahap kecemerlangan akademik, kerana kejayaan bukan diukur pada kepandaian yang terbukti dengan segulung sijil semata-mata. - CARI
3

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 20-12-2019 10:30 AM
takpe dia tak pandai pun

janji dia sayang ko sudahlah
Quote sokmogitu 20-12-2019 10:34 AM
budak2 berlainan potensi. Ada yg straight A PMR pun last2 jd penagih bantai bini jd biawak hidup... ada yang tak pass SRP pun boleh jd produser drama pakai mcm budak2 bru lps pt3 walaupun dah kertu umur cecah 50 thun.
Quote umbut 20-12-2019 10:34 AM
Anak2 power english.. yg upsr haritu pun eng A...
Quote belilies 20-12-2019 10:38 AM
Geo n sej tu mcm xde usaha nak buat kerja lapangan. Terok sgt tu kalu f. Padahal subjek dua tu mmg dbantu oleh kerja lapangan
Quote borrow 20-12-2019 10:38 AM
if anak cool ja , tapa share.  Anak malu jgan share.  Jgn buat anak rasa diri tak didengari. Nanti dia cari org lain utk luahkan perasaan.

DDDD Tapa result hauk tak semestinya future hauk.  
Quote virgo19 20-12-2019 10:40 AM
Suka dgn cara shiera. adil upload semua keputusan anak, orang lain selalu upload yg cemerlang je, kesian anak yg tak cemerlang, mak ayah malu nak upload.
Quote Orix 20-12-2019 10:44 AM
Matematik D ???? aiyoh, iols plg takut kalo keturunan iols bodo math. dlm byak2 subjek ko nak fail pun ko fail la, tp jgan la bodo math.
Quote jijilaaa 20-12-2019 10:50 AM
bahaya la budaya mak pak xkisah result anak. at least jgn smpai banyak D oii...C is still ok la for me. D dgn F tu nmpak mcm xde usaha je nak jawab. mak bapak kaya, hidup selesa. Dia boleh belajar dlm keadaan selesa.tenang, ada aicond, ada meja study. lain la anak org susah ke, kena keja part time cari duit ke, yang tu ak paham la sbb tak de masa nak study

apa2 pun dah mak dia kata jgn kecam..so let it be la.. duit mak ayah ado untuk diwarisi. apa nak risau.

teringat zaman ak sekolah dulu. buat kerja rumah baring atas tilam, dah lengoh meniarap, tukar g buat kat meja makan. panas tu jgn cakap la..mana nak merasa aircond/kipas dulu.
Quote JibboTheCat 20-12-2019 10:55 AM
kalau dh usaha sedaya upaya, tapi tu je rezeki yang dia dpt, takpe alhamdulillah.. boleh usaha lebih gigih lagi nanti
Quote violetungu 20-12-2019 10:56 AM
Kadang2 result elok pun xkemana..at least english A..masa depan setiap org berbeza...
Quote kucingitam 20-12-2019 10:59 AM
gaya macam anak tak belajr langsung ni..
Quote husna_amal 20-12-2019 11:01 AM
Dia tahu tahap anak dia macam mana. Mungkin anak dia pandai dalam bidang tertentu. Tengok dari keputusan anak dia boleh kearah aliran bahasa inggeris.
Quote Missfadh 20-12-2019 11:03 AM
English A tu. Yg lain tu tak tahu lah nk ckp apa. Mcm tak belajar langsung.
Quote Biabetik 20-12-2019 11:05 AM
kucingitam replied at 20-12-2019 10:59 AM
gaya macam anak tak belajr langsung ni..

Kan.. Teruk sgt resultnya. 1 2 D boleh terima lg, ni berderet D F. Apoooo???....
Quote Girl-N-Roses 20-12-2019 11:10 AM

bagus shera ni
tak yah tunggu anak cemerlang
anak result teruk pun dia share
at least dia tk hipokrit
Quote juruterra 20-12-2019 11:15 AM
takpayah la menormalkan result teruk. I disagree bila org ckp "result exam tak menentukan masa depan"...maybe in isolated cases. But most cases it matters. Kalau kau dh dpt F (nampak sgt malas berusaha), macamana nak berjaya dengan sikap malas tu. lain la kalau ada learning difficulties mcm dyslexia atau autism.
So no to  publishing result anak yg teruk especially coming from celebrity(and at the same iols x galakkaan share result anak yg bagus utk berbangga2 sebab anak2 kita bukan trophy yea tuan puan)
Quote miss_perfect 20-12-2019 11:20 AM
Pendidikan Islam pun D ni... takkan la tak reti langsung pasal agama sendiri?
Quote sarahmirza 20-12-2019 11:21 AM
kucingitam replied at 20-12-2019 10:59 AM
gaya macam anak tak belajr langsung ni..

Mana la u tau dia tak belajar langsung?
Agaknya sebab u tak pernah hadap keputusan budak macam ni kan...
Tak adil nak terus jump to the conclusion...
Duduk serumah dengan dia pun tak, nak komen serba tau...
Quote AliyaSophia88 20-12-2019 11:24 AM
miss_perfect replied at 20-12-2019 11:20 AM
Pendidikan Islam pun D ni... takkan la tak reti langsung pasal agama sendiri?

Ha yg ni pelik betul kalau tak A pun B. Da agama sendiri kan. Takkan takleh score

Lihat semua komen(236)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.046881 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top