Walaupun ditahan di hospital kerana dijangkiti virus influenza A, pelawak dan pengacara terkemuka Zizan Razak masih sempat berjenaka dalam Instagram. Secara berseloroh, dia menyatakan bahawa sekurang-kurangnya dia mempunyai 'A' dalam pengalaman hidupnya. "Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A. "Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM. Tapi, sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan," tulisnya. Zizan turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila berada di tempat awam dengan memakai topeng muka untuk mencegah jangkitan. "Dan Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza sama ada A atau B bergantung kepada kecemerlangan anda. "Dan doakan Zizan cepat sembuh ya. Dan terima kasih kepada yang kasi bunga serta buah dan yang mendoakan buat Zizan. I love u guys," ujarnya. Semoga Zizan segera sembuh dan jangan lupa memakai topeng muka selepas keluar dari hospital nanti. - CARI |
unguaurora replied at 20-12-2019 10:40 AM
Demam asyik kena tggl gf je
ADVERTISEMENT