CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Sayu - Nora Dedah Mesej Terakhir Bersama Arwah Anaknya, Alif

19-12-2019 05:32 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 30162| Komen: 119

Kredit Foto - Instagram Nora Ariffin

Penyanyi Nora Ariffin telah memuatnaik gambar serta kenangan terakhir bersama arwah anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20 menerusi laman Instagramnya setelah anaknya itu meninggal dunia secara mengejut beberapa hari yang lalu.


Memetik laporan murai.My, Nora dilihat begitu rindukan anak kesayangannya itu dan berkongsi perbualan terakhirnya bersama Allahyarham Alif.  Alif meninggal dunia di rumah sebaik menghantar Nora ke lapangan terbang.

Dedah Nora, anak keduanya itulah yang menjadi penemannya sejak Arwah suaminya meninggal dunia dan anak sulungnya, Iman berkahwin dan tinggal berasingan. 

Kredit foto: Instagram Nora Ariffin

"Setiap malam waktu-waktu begini, bila Alif ada di rumah, dialah yang akan menemani saya minum air sambil berborak. Masa kualiti untuk kami.

"Setelah Johan tak ada, Iman berkahwin dah tinggal berasingan. Alif lah yang menjadi anak lelaki di rumah. Bila dia habis kelas, dia mesti balik rumah.

"Dialah pendengar segala cerita, teman berbual, teman keluar jalan-jalan bersama adik-adik lain, penasihat, peminat, penyokong dan pengkritik saya," luah Nora lagi.




Lebih pilu, Nora turut memberitahu setiap tiba kali hari lahir Alif , anak kesayangannya itu akan membelikan hadiah istimewa buatnya. 


Bertabahlah Nora kerana akhirnya kita semua akan kembali ke tempat yang sama.- CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut
8

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 19-12-2019 05:35 PM
woah bukan calang2 dugaan untuk nora ni..  sabar ya kak.. masa akan memadam kedukaan itu
Quote fuyupoktek 19-12-2019 05:38 PM
Kalo aku kt tmpt nora, aku rs aku x mampu nak hadap. Mgkn meroyan
Quote Imkhai 19-12-2019 05:39 PM
Kuat btl semangat acik nora,x hbis lg kepiluan suami prgi ni ank plk pergi klau aku x tahu la mcm mn nk hadap
Quote bondeh 19-12-2019 05:44 PM
Quote cikkuntum 19-12-2019 05:47 PM
like my mom...adik iols paling die sayang sbb arwah abah  meninggal masa adk iols umur 6 tahun...so mmg die syg kt adk nie kaw2 tp kami xkisah sbb kmi faham...then 2 tahun lepas adk iols excident sbb si polan bwk mtr membabi buta smpai adk iols meninggal dunia on 20 ramadan masa umur baru 17tahun...so start dri hr adk i xde smpai skrg emosi die xsekuat dlu...klu cte pasal adk...confirm berair mata...kami yg lain terpaksa tahan air mata jgak sbb nk nmpk kuat depan die...
so emosi org yg hilang ank dgn cara kematian nie lain macam...like hilang separuh nyawa die...
Quote z_k 19-12-2019 05:47 PM
sedihnya....
Quote Nana_Man 19-12-2019 06:02 PM
Kuat betul nora ni. Tak tau aku sekuat gitu ke tak.
Quote mixed 19-12-2019 06:03 PM
sedih nya x bole tahan baca

anak yg baik alif ni
al fatihah
Quote luluaurora 19-12-2019 06:04 PM
Beratnya dugaan,
Moga diberi ketabahn,
Takkan diuji melebihi kemampuan kita,

Untungnya arwah,
Doa ibu tak putus buatnya,
Doa yg tiada hijab..

Quote beta_carotene 19-12-2019 06:07 PM
Sedihnya.. "bole, knp xboleh pulak"
Hanya ajal yg memisahkan diorg anak beranak, Kalau Allah dah tentu kan mcm tu..

Setiap detik Setiap saat kita fikir kita akan hidup berpuluh2 tahun lagi sedangkan sesaat kemudian pun belum tentu Allah masih Izinkan kita hidup lagi atau tak
Quote RooneyMara 19-12-2019 06:10 PM
Berat sunggguh dugaan Nora ni n she is so strong. Kalau jd kat I, tak tau la mcm mana. Rasa boleh gila. Semoga Allah sentiasa bg dia kekuatan untuk hadapi ujian yg berat ni.
Quote Mary_jane 19-12-2019 06:15 PM
Sedihnya. Be strong nora
Quote mamaida28 19-12-2019 06:17 PM

"Mak bapa yang kehilangan anaknya, lebih dasyat kedukaan dari anak yang hilang mak dan bapa"

petikan dialog dari Bisik pada langit
Quote jerukkedondong 19-12-2019 06:24 PM
Wahai Allah..
Kuatkn lah hati  dan jiwa hamba mu yg bernama Nora ini..
Rahmati dia dan sayangilah dia...
Kerna dia jg seperti aku antara hmba2mu yg lemah dan tidak berdaya.

Quote doubleA 19-12-2019 06:28 PM
Oh lepas arwah alif ni, dua anak nora bawah tu perempuan eh? Yela, yg sulung dah kawen harus ada tanggungjawab kt family dia. Memang la arwah ni jadi no 2 lepas johan. Bertabahlah nora. Iols percaya kenangan dan ingatan tu takkan terpadam selama2nya walaupun musim silih berganti. Kawan iols yg dah bertahun2 mak meninggal, sampai harini kadang2 dia boleh rasa mak dia ada, tapi lepas tu akan tersedar dorang dah takda
Quote cmf_blingblings 19-12-2019 06:29 PM
Banyak sungguh cerita-cerita sedih di akhir-akhir 2019 ni.
Quote awanearisu 19-12-2019 06:29 PM
Semoga kak Nora tabah
Quote GegarVaganja 19-12-2019 06:49 PM
mamaida28 replied at 19-12-2019 06:17 PM
"Mak bapa yang kehilangan anaknya, lebih dasyat kedukaan dari anak yang hilang mak dan bapa"

p ...

Sedih la bila teringat cerita Bisik Pada Langit tu


Quote tumpanglalu74 19-12-2019 07:07 PM
Semoge Nora bertabah..  Bahagian buat dia.  Bahagian kita belom tau..

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.226916 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top