Seorang wanita mengalami penyakit misteri sejak Ogos lalu sehingga menyebabkan berat badannya naik mendadak sehingga 200 kg dilaporkan meninggal dunia malam tadi.
Memetik laporan Sinar Harian, Nur Izzati Afiqah Hussein, 29 menghembuskan nafas terakhirnya di Kampung Gaung, Tendong dekat Pasir Mas, Kelantan. Menurut ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57 berkata Nur Izzati mengalami pendarahan luar biasa sebelum meninggal dunia. "Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak. "Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul," katanya.
Ketika itu, katanya lagi Nur Izzati masih boleh bercakap namun beransur-ansur menjadi lemah sehingga meninggal dunia. Katanya lagi, dia dan ahli keluarga reda dengan pemergian Nur Izzati yang dianggap seorang yang baik. "Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit," katanya. Difahamkan, adik bongsunya, Muhammad Khairul Akram turut mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia 25 tahun. - CARI
|
bintangct replied at 19-12-2019 11:26 AM
Innalillahiwainnahilahirojiun
Oh adik dia pun sakit yg sama dan meninggal.. kesiannya
ADVERTISEMENT