Tak tahan dibuli dan dihina dengan panggilan lady boy, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menembak mati rakan sekelasnya. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Bang Kraso, daerah Muang di Nonthaburi, dekat Bangkok semalam.
Difahamkan, dalam kejadian 8.30 pagi itu waktu tempatan, mangsa, Chonlasit Boonchan, 13 ditemui terbaring dengan darah di hadapan bilik darjah selepas ditembak di dahi. Suspek dikatakan memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tindakan, menurut Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi. Sumber juga berkata, suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya.
Pun begitu, dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di situ. Menurut suspek, mangsa berulang kali menamparnya dan memanggilanya 'toot' iaitu pondan sehingga menyebabkan dia mahu menembak mangsa. Suspek juga memberitahu pihak polis dia mencuri pistol bapanya pagi ini dan menembak mangsa ketika dia sedang membuka kasutnya untuk memasuki bilik darjah. Dia kini ditahan namun masih tidak dapat dipastikan sama ada tuduhan akan dikenakan ke atasnya. - CARI Sumber: Bernama
|
Asdan: tanya sikit, macamana pula kalau di forum ada pondan selalu cuba cari perhatian kita,kalau abaikan, adakah dikira membuli dia ?
Asdan replied at 19-12-2019 04:07 PM
tanya sikit, macamana pula kalau di forum ada pondan selalu cuba cari perhatian kita,
kalau aba ...
seramado replied at 20-12-2019 05:49 AM
Ayoo mn dpt pistol
ADVERTISEMENT