Ternyata bukan sahaja manusia boleh jadi gila kerana rasa kesunyian apabila dikurung. Penemuan saintifik terbaru mendapati bahawa bakteria juga rupanya berasa begitu apabila dikunci dalam kurungan.
Seorang saintis di Universiti New Mexico, juga menulis dalam jurnal Nature Chemical Biology, Jeff Brinker, berkata bakteria yang dikurung sendirian sebenarnya tahu bahawa ia dikurung. Sepanjang dalam kurungan, mikrob yang kesunyian ini tidak pernah duduk diam. Ia akan bercakap sendiri dan cuba utuk membebaskan diri dari 'penjara'. Samalah seperti mana dilakukan oleh manusia. Apabila seseorang diasingkan sendirian dalam sebuah bilik, mereka akan berperilaku seperti ini memerhati dinding di sekeliling, menguis-guis permukaan lantai dan mendengar bunyi gema perbualan dari luar sel. Bagaimanapun, bakteria tidaklah memberikan respons sebegitu kerana bakteria kurang kemampuan daripada unsur deria itu.
Akan tetapi, organisma ini sebenarnya mempunyai deria bau yang sangat baik. 'Mereka' boleh menghidu dinding sekeliling menggunakan proses kimia, dikenali sebagai quorum sensing. Menerusi kajian menggunakan teknologi nano ke atas bakteria yang dikurung dalam bekas kaca, ahli sains menemukan sesuatu yang luar biasa. Ternyata, organisma halus itu boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan dunia sekeliling menggunakan quorum sensing. Bagaimanakah caranya? Bakteria ini pintar. Untuk mengetahui perkara di sekelilingnya, ia akan merembeskan bahan kimia tersebut, disebut autoinducers. Sebaik sahaja dilepaskan, molekul isyarat kimia akan merebak jauh sekitar kawasan ligkingan. Bagi bakteria, molekul isyarat kimia ini adalah seperti kata-kata ucapan yang mana masing-masing membawa maksud berbeza. Dari sini jugalah bakteria dapat tahu apabila kepekatan autoinducers tinggi, bererti ada banyak bakteria lain di sekelilingnya. Akan tetapi, jika isyarat kimia berkenaan berkepekatan rendah, bermakna ia sedang bersendirian. Mikrob kecil ini mungkin tidak suka hidup terasing. Sebab itu, apabila ia mengetahui sedang terperangkap, bakteria cepat-cepat bertindak balas untuk membebaskan diri. Hal paling biasa dilakukannya adalah dengan cara menyerang atau memusnahkan sel. Dalam serangan itu, bakteria akan mengaktifkan gen yang boleh membantunya untuk keluar melarikan diri. - CARI |
damsel_fiji replied at 20-12-2019 09:32 PM
tengah membayangkan bagaimana lah bakteria2 ni membawang sesama dorang..adakah ala2 "tu anak salmone ...
ADVERTISEMENT