CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tular Mesej Mesra Seorang Wanita, Zara Zya Tepis Dakwaan Putus Tunang Kerana Tidak 'Straight'

19-12-2019 10:03 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 54241| Komen: 186|Original author: Myeonir

Belum selesai lagi mengenai kes putus tunang di antara pasangan 'hot' Malaysia iaitu Zara Zya dan Hafreez Adam. Kedua pihak lebih senang menutup mulut daripada mendedahkan punca utama mereka berpisah.


Pun begitu, kini berterbangan pula khabar angin mengatakan bahawa sebab sebenar ikatan itu terputus adalah kerana Zara Zya tidak 'straight' dan mempunyai hubungan sejenis dengan wanita lain.


Hal ini kerana kelmarin sebuah video perbualan mesra pelakon wanita itu bersama seorang wanita telah tular ke seluruh pelosok media sosial. Wanita itu dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengannya.



Kredit foto: IG
Pun begitu, Zara sendiri telah tampil dan menjelaskan bahawa khabar angin itu semua adalah tidak benar dan dia hanyalah mempunyai hubngan sebagai rakan dengan wanita berkenaan dan tidak lebih daripada itu, lapor Berita Harian.

"Saya dan wanita itu cuma kawan baik. Video mesej yang tular itu sekadar komunikasi antara kawan. Saya tidak tahu apa tujuan dia memuat naik rakaman itu di laman sosial," jelasnya.

Kredit foto: IG
Zara juga berkeras menafikan bahawa sebab dia putus dengan Hafreez adalah sebab kemunculan orang ketiga. Selain dia turut menolak spekulasi bahawa dia sebenarnya suka dengan wanita.

“Sumpah, itu bukan punca kami putus kerana saya dan wanita terbabit hanya berkawan. Serius, saya bukan ke arah itu (hubungan sejenis).

“Rasanya orang lain pun apabila bermesej dengan kawan perempuan yang rapat, pasti ada menyebut perkataan sayang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai video tersebut, Zara mengatakan bahawa dia sendiri telh mendapatkan penjelasan daripada wanita tersebut tetapi masih tidak memahami atas alasan apa yang membuatkan dia memuat naik perbualan mereka.

Kredit foto: Blog
Hafreez ketika dihubungi turut menyangkal dakwaan bahawa wanita itu adalah punca dia dan Zara berpisah. Hafreez berkata, tidak mungkin bekas tunangnya itu menjalin hubungan sejenis kerana dia tidak pernah melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka.

“Video itu bukan punca kami putus, malah sepanjang mengenali Zara, dia sangat manja dan tidak pernah pula berkelakuan pelik.

“Saya tidak tahu, tetapi mungkin juga ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Namun, saya tidak dapat mengulas panjang mengenai isu ini kerana dia bukan tunang saya lagi," jelasnya.

Macam-macam betul! -CARI
2

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bondeh 19-12-2019 10:10 AM
penutup 2019 di porom  benang paling melambak
Quote Mleeen82 19-12-2019 10:23 AM
x pasal2...… je Zara ni
Quote barfi 19-12-2019 10:24 AM
Huduh nya pengkid tu..

Iols ada terjumpa few pengkid yg lawa gila..
Terkesima tengok
Quote jebatmaspunyer 19-12-2019 10:24 AM
bodo laa yang jenis pemikiran sempit.... agaknya y cakap zara tu x straight based on perbualan tu x pernah ada bff pompuan... gilerr.. biasa  jer perbualan camtu...
Quote roti_banjir 19-12-2019 11:04 AM
setakat sayang, baby, love, aku jer ker yg rasa cam normal conversation between sesame kawan rapat????
Quote jijilaaa 19-12-2019 11:04 AM
alamak ak pun kalu ws dgn bff mmg selalu sayang2 baby2..babe2

adakah ak dlm kategori pengkid??
Quote roti_banjir 19-12-2019 11:06 AM
kot lar ada mesej hangat, panas membara, yg menunjukkan ada perlakuan luar alam dari kedua2 nya, klu ada baru lar aku leh purcaya si Zara Zya nih adalah geng serai….
Quote supernaturalee 19-12-2019 11:07 AM
zara je ke yg dipersoalkan
what about the other party?



Quote mieymiey 19-12-2019 11:10 AM
Weols sesama kawan pompuan pun panggil baby. Iols tak straight ker?
Quote awanearisu 19-12-2019 11:10 AM
Edited by awanearisu at 19-12-2019 11:13 AM

Kawan tikam kawankah. Kasihan pula. Tengok perbualan tersebut biasa-biasa sahaja. Mungkin kawannya tersalah faham dengan perhatian yang beliau berikan.

Pengajaran juga untuk zya agar lebih berhati-hati jika bersahabat dengan wanita lgbt.
Quote supermum 19-12-2019 11:14 AM
Lol biasanya conversation tu. Takde aura cinta2 terus. Kalau setakat nak show off ko berkawan dgn Zara, ok la. Nak cakap ko bercinta sejenis, memang takle.
Quote AshkieLa 19-12-2019 11:18 AM
Edited by AshkieLa at 19-12-2019 11:21 AM

rasa mcm normal lagi conversation gitu between bff...
tiba2 jer reveal whatsapp conversation dan dalam masa yg sama ex-tunang dok bg statement tapi berapa kerat je yg side pada heols.. netizen dan rakan2 retis lebih kesiankan zara...
jadi bende ni nampak fishy pulak....
Quote haruslah 19-12-2019 11:29 AM
tp i baca wasap tu mcm ade nada2 jeles dr side pompuan tu

siap bg bunga bagai i cerita pasa sayang x sayang

hmmmmm
Quote starbug7 19-12-2019 11:30 AM
" Namun, saya tidak dapat mengulas panjang mengenai isu ini kerana dia bukan tunang saya lagi"

Ouch! Hafreez tak payah nak offensive sgt boleh takk.. tak payah nak justify kenapa ko tak boleh komen pasal ex
Quote claudya 19-12-2019 11:31 AM
i dengan member i pun panggil “baby” bila text ke apa. tapi i straight perempuan dengan perempuan normal je kot.
Quote mieymiey 19-12-2019 11:49 AM
Tapi si ZZ ni memang ada yang speku sheols tak straight kan?
Quote papadomku 19-12-2019 11:52 AM
baca whatsapp tu, takde la rasa pelik pun. Normal kot pompuan mesej camtu dgn kawan2
Quote edoraixora 19-12-2019 11:56 AM
aku dgn kawan aku pun convo ber darling2
mapuhlah kena tuduh lgbtq
Quote fuyupoktek 19-12-2019 11:56 AM
Oitnb byk nau adegan lesbian smapai aku nk muntahh menengoknya
Xleh nk imejin plak sis Zara ni kategori itu

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.081126 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top