CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lulus Iklan Aplikasi 'Sugar Daddy'- Dapat Sekeping Gambar Sahaja, Pegawai DBP Ingat Buku Kekeluargaan

19-12-2019 10:31 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7987| Komen: 76|Original author: natrahn



Gambar papan iklan yang memaparkan aplikasi 'dating' atas talian SugarBook mula tersebar semalam dan menerima bantahan ramai. Menurut laman Facebook Sugarbook, iklan tersebut pertama kali dibuat dan mula dipaparkan pada 3 Disember.

Lantas DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dalam kenyataan berasingan berkata pihaknya tidak pernah meluluskan iklan itu dan telah mengarahkan ia ditarik balik.

Kredit Foto - Malaysiakini

Ekoran itu, YWP - yang bertanggungjawab terhadap dua papan iklan yang terlibat - juga berkata telah memanggil dan memberi surat tunjuk sebab kepada operator iklan.


Memetik Malaysiakini, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata badan itu hanya menyemak iklan aplikasi 'dating' atas talian SugarBook dari sudut penggunaan bahasa Melayu.

Malah pihaknya hanya menerima teks iklan dan sekeping gambar sebagai gambar utama dalam iklan bahasa Melayu aplikasi itu untuk disemak.



Foto: FMT

"Betul kita luluskan (ayat pada iklan) 'di sinilah bertemunya yang cantik dan yang berjaya'. Kita semak bahasa sahaja, kandungan bukan kami yang pantau," katanya.

"Kami hanya terima sekeping gambar sahaja, pegawai (yang menyemak) menganggap ia buku kekeluargaan," katanya lagi, sambil menegaskan soal kandungan bukan di bawah bidang kuasa DBP, sebaliknya pihak berkuasa tempatan.

Kredit foto: Entrepreneur - Darren Chan

Itu maklumbalas beliau berkenaan kenyataan CEO SugarBook Darren Chan bahawa iklan aplikasi itu mendapat kelulusan DBP dan mendapat makluman yang salah daripada syarikat penerbitan iklan sehingga menyangka ia "hanya satu-satunya kelulusan yang diperlukan".

Khabarnya Sugarbook ialah aplikasi 'dating' atas talian yang diasaskan di Malaysia yang dikatakan menghubungi "sugar daddy" atau "sugar mommy" dengan "sugar baby" di seluruh Asia. 

Namun begitu, sugar baby atau sugar daddy bukanlah satu budaya yang diterima di negara ini dan boleh memberi impak negatif kepada golongan remaja khususnya.

Semoga pada masa akan datang, DBP lebih berhati-hati meluluskan permohonan iklan seumpamanya. - CARI 


Sumber - Malaysiakini

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 19-12-2019 10:39 AM
dah mcm muka bapak ayam ceo nya
Quote exclusive_vvip 19-12-2019 10:52 AM
walaupun i tau bukan salah DBP 100%, tapi i nak cakap, i meluat dengan org2 DBP sekarang...pemalas!...semua words english nak dimelayukan...Literature jadi Literatur, Rehabilitation jadi rehabilisasi ke apatah..macam2 perkataan lagi la...
Quote supermum 19-12-2019 11:12 AM
dani-rox replied at 19-12-2019 10:39 AM
dah mcm muka bapak ayam ceo nya

Memang bapak ayam pun kan. Jenis high class punya.
Quote Mahadaya 19-12-2019 11:14 AM
Bagus aplikasi ni
Quote bondeh 19-12-2019 11:22 AM
supermum replied at 19-12-2019 11:12 AM
Memang bapak ayam pun kan. Jenis high class punya.

mesti VVVVVVVVVVVIP
Quote R2D2 19-12-2019 11:25 AM
dia htr DBP iklan BM
dia tayangkan di billboard iklan BI
Quote Meiizu 19-12-2019 11:32 AM
huntoonnggglahhh job specific nak mampossss. "ayat pada iklan" DBP luluskan... iklan kementerian lain plak luluskan...
samalah kalau berurusan kat mana2 pun jwpn senang "itu bukan bidang kuasa kami ".

kalau ikut geram aku rasa memeng patut pun staff govmnt ni jgn byk sangat, jgn bagi pencen..biar govmt ada byk duit tapi tulah cut sana sini cukai tetap naik, menteri,GLC BOD ; overpaid.
patut kalau boleh save money byk lah govmnt boleh contribute kpd rakyat tapi yilekkkkk.
ampa bangsa M kejelah elok2 weihhh..toksah duk penaya rakyat jelata.

ehhh sudah ot
Quote Meiizu 19-12-2019 11:35 AM
exclusive_vvip replied at 19-12-2019 10:52 AM
walaupun i tau bukan salah DBP 100%, tapi i nak cakap, i meluat dengan org2 DBP sekarang...pemalas!. ...

entah apalah job scope diorang
Quote supermum 19-12-2019 11:38 AM
Meiizu replied at 19-12-2019 11:32 AM
huntoonnggglahhh job specific nak mampossss. "ayat pada iklan" DBP luluskan... iklan kementerian lai ...

Kan. Sedangkan benda boleh multitask. Membazir fund and redundant.
Quote Potato_kering 19-12-2019 11:48 AM
Bodohnya pegawai itu.
Quote Meiizu 19-12-2019 11:50 AM
supermum replied at 19-12-2019 11:38 AM
Kan. Sedangkan benda boleh multitask. Membazir fund and redundant.

jgn kata kitorang dengki kat staff, kita nak tengok dlm job scope yg besar ...besar harapan rakyat kalau govmnt boleh generate income , save fund ...fund tu boleh ke arah kebaikan utk perubatan, pendidikan & ketenteraan
Quote tagas 19-12-2019 11:51 AM
"Betul kita luluskan (ayat pada iklan) 'di sinilah bertemunya yang cantik dan yang berjaya'. Kita semak bahasa sahaja, kandungan bukan kami yang pantau," katanya.

dbp kena belajar berfikir di luar kotak

jgn la bendul sgt main lulus aje
Quote ninjago 19-12-2019 11:57 AM
naive btul pegawai2 DBP. Klau i dah prejudis sgt dah ayat iklan tu camtu. nampak word Sugar tu pun dah buat fikir benda lain.
Quote yuki812 19-12-2019 12:01 PM
nampak lah staff DBP ni pemikiran masih di bawah tempurung. Takde inisiatif nak tanya atau explore ke apa ke. tapi post jawatan pegawai..
Quote Melorqe 19-12-2019 12:09 PM
ninjago replied at 19-12-2019 11:57 AM
naive btul pegawai2 DBP. Klau i dah prejudis sgt dah ayat iklan tu camtu. nampak word Sugar tu pun d ...

cuba ambil pekerja swasta jadi management team dbp/ glc. kan bagus.kami akan bawa budaya kami.
Quote Melorqe 19-12-2019 12:10 PM
gila la apek ni
betul2 bapak ayam
cuba google, jgnkan kat sini, kat Oz, NZ pun dia pulun.
zaman sekarang pusat pelacuran pun dah online ek.
payah dah jais nak serbu. hek hek hekkk
Quote xy_daen 19-12-2019 12:16 PM
So sekarang korang setuju tak kena kurangkan jumlah pekerja gomen tu semua..
Quote JibboTheCat 19-12-2019 12:22 PM
buku kekeluargaan?????? hahahahhahahah
Quote tripleid 19-12-2019 12:26 PM
Edited by tripleid at 19-12-2019 12:36 PM

tak pasal2 dh dapat promote free app tu..
skrg dah viral rasanya lg ramai yg tau pasal app tu compare yg tgk kat billboard jah

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.210477 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top