Lisa Nur Marini Mohd Kamal, 22, menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya apabila telah menjadi wakil graduan sempena hari graduasinya di Universiti Wisconsin Madison. Membanggakan apabila beliau mampu berucap dengan berani dan petah di hadapan 7,000 warga Amerika Syarikat di universiti itu. Tak nampak kekok langsung. Menerusi video yang sedang tular dapat kita lihat beliau menyanyikan lagu Broadway muzikal popular, Hamilton. Lagu pemberi semangat untuk beliau melalui hari-hari sukar di universiti. Siswazah bidang Geologi itu turut menceritakan perjalanan hidup yang dilaluinya demi melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka itu.
“Tahun kedua saya di kolej, saya menghadapi beberapa kesukaran sehingga hilang motivasi untuk menghabiskan ijazah ini. “Saya masih ingat ketika berusia enam tahun, saya menangis ketika beraksi di atas pentas kecil, namun kini pada usia 22 tahun, saya diberi peluang untuk berucap di hadapan khalayak ramai. Ia sangat menakjubkan,” katanya seperti lapor media tempatan. Ketekunan beliau membuahkan hasil apabila pernah dianugerahkan Biasiswa Junior Lowell R. Laudon Cemerlang dari jabatan geosains dan anugerah ' On To the Future' daripada Persatuan Geologi Amerika. Beliau membesar di Kuala Lumpur walaupun dilahirkan di Amerika berikutan ibu bapanya juga pernah belajar di negara tersebut. Majlis bersejarah itu juga telah mendapat liputan dari saluran berita. Pihak berita telah hadir untuk menemurahan Lisa dan ibu bapanya. Siapa kata hendak berjaya mudah. Namun bukan mustahil kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. - CARI |
ADVERTISEMENT