CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"You Pakai Apa?" - Pertanyaan Polis Kepada Mangsa Gangguan Seksual Meresahkan Warganet

18-12-2019 10:56 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10217| Komen: 20|Original author: Shimmer Shine

Twitter


Usai gangguan seksual yang didakwa tidak mendapat tindakan sewajarnya dari polis, segelintir warganet merasa berang dengan situasi tersebut. Kes diterima tetapi kemudiannya dibuang dengan alasan tiada bukti kukuh meresahkan lagi golongan ini.

Google
Pertanyaan kepada mangsa "Awak pakai apa" dianggap kurang adab kerana ia seolah-olah tidak percaya kepada mangsa gangguan seksual ini. 

Twitter


Bagi mereka, polis yang mengendalikannya wajib sensitif dengan emosi mangsa, bukannya sekadar bertanya soalan tak perlu. Ada yang mencadangkan polis wanita yang mengendalikan kes ini. 


Bagaimanapun, ia dibantah oleh warganet lain yang menyifatkan soalan itu adalah wajib kerana pihak polis perlu tahu situasi sebenar. Ianya adalah prosedur polis tidak mengira jantina polis terlibat. 


Hal yang sama juga mendapat perhatian daripada Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang meminta pihak berkuasa lebih peka dengan masalah mangsa. Mereka perlu diberi latihan untuk menangani kes ini.

Google

Jadi, setelah mengetahui punca, maka anggota terlibat perlu menjalani latihan yang perlu. Atau sebenarnya ia sudah ada tetapi kita yang tidak tahu? - CARI 

1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-12-2019 11:02 AM
gambar atas ni, kurex selalu kena kalau naik lrt, lif yg penuh.. pergi sondol kenapa..
kalau kena dgn cina tua lagi la cilaka. dia pulak saje sondol buntut dia dekat depan kurex.. cam hanatttttttt
Quote MissLana 18-12-2019 11:15 AM
kalau tgk cte Law & Order: SVU tu mmg details detective tanya psl pakaian, even masa mangsa kena gangguan pun dia nak tau lg details. Dah mmg nama pun gangguan seksual kan mmg la isu sensitif, tp percaya la dgn SOP polis yg dorang menyiasat tanpa judging
Quote natrahn 18-12-2019 11:15 AM
Standby jarum @kurex... Cucuk bila perlu
Quote Clan204 18-12-2019 11:22 AM
io ke aio mmg akan tanya mcm2 dan biasa akan pusing2 soalan. sbb dieorg nak tau betul ke tidak tuduhan tu... lepas tu baru dieorg blh bg cadangan kat pendakwaraya utk terus kes atau tak. ingat dieorg buat keje cincai je ke... lain la kalau ade rekod video 4k... senang keje io tu semua.
Quote prettyuglybabe 18-12-2019 11:47 AM
takde bukti kukuh tu berdasarkan statement pengadu la..
kalau statement pengadu tak konsisten macam mana..
polis dah tentu-tentu akan twist soalan untuk buktikan pertuduhan..
Quote sarah82 18-12-2019 12:25 PM
Kurex replied at 18-12-2019 11:02 AM
gambar atas ni, kurex selalu kena kalau naik lrt, lif yg penuh.. pergi sondol kenapa..
kalau kena  ...

Kurex ensem yg yummy tu la apek tua tu suka kat kurex.. Cuba kurex spray lada kat apek tu.. Biar dia menggelupur kepedihan
Quote Nt-ViruS 18-12-2019 02:01 PM
ewwww
Quote Artemesiaa 18-12-2019 04:01 PM
Sebab tu ramai akhirnya malas nak buat aduan
Quote luluaurora 18-12-2019 04:22 PM
Polis akan tnya n tekan,
Dr segala aspek polis akan tnya,
If anda x bersalah tak perlu terasa,
Kadng faktor pakaian pn boleh jd asbab kepada berlakunya ganggun seksual..

So jawab segala soalan n bagi kerjasama.
Quote mamapea 18-12-2019 05:31 PM
aku pun pernah kena thn 2004...masa polis siasat mmg diorg tanya pakai baju apa...tp yg handle kes aku mmg polis wanita...
Quote i_is_kennot 18-12-2019 06:35 PM
Yg no. 5 tu selalu kena samada sendiri atau depan kawan2 , dah jadi habit agaknya.
Quote UmbrellaCorps 18-12-2019 10:08 PM
aku rasa orang perempuan 90% akan dapat gangguan2 macam ni, cuma cara kita tangani tu je yg berbeza. Aku senang je, aku sound terus je kuat2.. pernah ada satu mamat ni dia mari dekat2 dgn aku sebab masa tu hujan, ramai berhimpit2 nak berteduh. Aku sound kuat2 "apahal yg mari himpit rapat2 ni? Gatai dah ke?" Terus mamat tu lari jauh2, hahaha...
Bagi aku yg penting kita perempuan ni kena kuat dan tegas. Cakap je terus terang, tak payah takut2.
Quote dani-rox 18-12-2019 11:42 PM
luluaurora replied at 18-12-2019 04:22 PM
Polis akan tnya n tekan,
Dr segala aspek polis akan tnya,
If anda x bersalah tak perlu terasa,
If anda x bersalah tak perlu terasa,



maksudnya, mangsa gangguan seksual nih akan dianggap suspicious jua?

ai tak paham, aspek apa yg penting sgt hingga polis bole tanya soalan psl pakaian mangsa? bukankah ini secara tidak langsung menjurus kepada victim blaming?


Quote dani-rox 18-12-2019 11:49 PM
pakai short skirt atau jubah... so what? org gila seks nih tak pilih mangsa. budak kecik, org tua menopos pun dicabul. objektif apa yg dpt dicapai dgn tanya psl pakaian. padanlah ramai takmo buat report polis. tak cukup trauma dgn gangguan seksual, lepas tu ditambah lg soklan yg mcm nak cari kesalahan mangsa.


Quote dani-rox 19-12-2019 12:12 AM
Edited by dani-rox at 19-12-2019 12:13 AM

ai pernah kena cabul, tp polis pompuan yg soal ai tak pernah tanya psl pakaian. dia lebih berminat nak tahu rupa dan apa saja benda yg boleh identify pencabul tuh.

tp bg yg ingin tahu, masa tuh ai pakai t-shirt 3x besar dari badan ai dan seluar jeans longgar dan benda tu berlaku di tgh hari buta.

takmo simpati dgn trauma mangsa sudah, tp tak payahlah longgokkan mangsa dgn penjenayah sekali - dua2 dianggap suspicious. wtf sgt.
Quote luluaurora 19-12-2019 08:55 AM
dani-rox replied at 18-12-2019 11:42 PM
maksudnya, mangsa gangguan seksual nih akan dianggap suspicious jua?

ai tak paham, aspek ...

Polis perlu pndng dr segala sudut,
Boleh jadi false report, so perlu ditanya dri segala segi..

Even logic pn ada ja lelaki gatal bla nmpk pmpuan brpakain menjolok mata..

Cth di opis aku skrg ni, pntang nmpk yg pkai bju ketat, pkai skirt, adaaa ja komen berbaur lucah..
Quote JohnnySins 19-12-2019 01:32 PM


lepaih ni hangpa oghang2 jantan yang masih suci teruna kalau kena dengan oghang betina nomboq 1 3 4 5 10 11 boleh pi lapoq...kasi ajaq sikit oghang2 betina ni...wakakakakakakakakakakakkaa
Quote JohnnySins 19-12-2019 01:34 PM
i_is_kennot replied at 18-12-2019 06:35 PM
Yg no. 5 tu selalu kena samada sendiri atau depan kawan2 , dah jadi habit agaknya.

tanya sikit..kalau akak2 senior tempat kereja hang buat nomboq 5 tu kat hang.....hang ghasa nak pi lapoqkan tak? share ur opinion...wakakakakakakakkakaa
Quote JohnnySins 19-12-2019 01:35 PM
luluaurora replied at 19-12-2019 08:55 AM
Polis perlu pndng dr segala sudut,
Boleh jadi false report, so perlu ditanya dri segala segi..
...

apa motif perempuan berbaju ketat? kalau ikut logik user2 website ni..motif tu penting...wakakakakakakakakkakaa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064859 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top