CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ini Percubaan Untuk Alih Perhatian Dan Menyerang Saya" - Najib Nafi Bunuh Altantuya

17-12-2019 10:24 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 13371| Komen: 128|Original author: Oleh: natrahn

Description: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau terbabit mengarahkan pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu susulan pendedahan terkini bekas anggota UTK, Azilah Hadri.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau terbabit mengarahkan pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu susulan pendedahan terkini bekas anggota UTK, Azilah Hadri.


Beliau menganggap kenyataan akuan bersumpah itu berniat jahat. 


Kredit foto - Forbes


"Sekiranya kamu percaya SD itu maka kamu juga harus mempercayai SD terbaru yang dibuat terhadap PM kelapan," katanya yang merujuk kepada dakwaan salah laku seksual terhadap Anwar Ibrahim. 


Kredit foto: Google

Najib turut mempersoalkan mengapa maklumat itu tidak didedahkan lebih awal berbanding 10 tahun selepas kes itu dibicarakan. 


Najib mendakwa perkara itu mungkin didalangi pentadbiran Pakatan Harapan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu membabitkan PH. 




"Ini semata-mata rekaan oleh mereka yang terdesak untuk mengelakkan diri daripada tali gantung. Kenapa maklumat ini tidak keluar sebelum ini, tetapi hanya sekarang selepas lebih satu dekad selepas kematiannya dan hanya selepas 19 bulan PH berkuasa?
 
"Saya percaya ini adalah perjanjian antara kerajaan PH dan Azilah yang menjanjikan hukuman mati itu akan dimansuhkan atau ditangguhkan sebagai balasan. Ini adalah percubaan untuk mengalih perhatian dan menyerang saya," katanya memetik laporan Malaysiakini.


Kredit foto: Google

Najib bertegas tidak pernah bertemu dengan Altantuya sepertimana didakwa Azilah dalam akuan bersumpahnya (SD) itu dan mengalu-alukan polis menyiasat semula kes itu. 

Julung kali didedahkan, SD itu antara permohonan yang difailkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya pada 2015. - CARI
2

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdan 17-12-2019 10:39 AM

tanya sikit, kenapa mereka takut mendiang altantuya ?
Quote Kurex 17-12-2019 10:42 AM
Asdan: tanya sikit, kenapa mereka takut mendiang altantuya ?


mereka tak takut mendiang altantuya sebab bukannya altantuya tu jadi hantu, mereka cuma takut fitnah akhir zaman,  bagi mereka yg ada IMAN di hati.. @Asdan dah boleh kurangkan makan kepala ikan utk elakkan bodoh
Quote anarina 17-12-2019 11:19 AM
Bye boskur
Quote bonggo 17-12-2019 11:19 AM
Aku dh baca SD ni. Khatam dan paham. Dia sebagai banduan akhir aku rasa patut diberi peluang utk buktikan apa yang dia katakan. Kalau lah kita ditempat dia kena macam tu kita pun akan bermatian membela diri. Dulu dia takde peluang sebab najib berkuasa. Yang kata macam2 kat azilah ni tak rasa ke dia deserve pengadilan drpd dia terpaksa berserah diri ke tali gantung. Mati tu pasti tapi kalau ada kebenaran dan pengajaran drpd kes dia ni aku rasa dia mmg layak dpt keadilan yang sewajarnya
Quote Rogue98 17-12-2019 11:42 AM
Bukti apa lagi dia nak tunjuk? Sendiri yg bunuh nak salahkan org lain yg xde kaitan... typical gang Hanching.
Quote matamata 17-12-2019 11:49 AM
Well to be fair..... Tak lama dulu dia yg beria2 suruh bukak balik kertas siasatan...
Quote boojaat 17-12-2019 11:52 AM
bonggo replied at 17-12-2019 11:19 AM
Aku dh baca SD ni. Khatam dan paham. Dia sebagai banduan akhir aku rasa patut diberi peluang utk buk ...

Ingatkan dh gantung dh dulu.. belum juga rupanya.. yg  lari ke australia apa cerita ye? Masih hidup ka?
Quote natrahn 17-12-2019 11:52 AM
matamata replied at 17-12-2019 11:49 AM
Well to be fair..... Tak lama dulu dia yg beria2 suruh bukak balik kertas siasatan...

bulan feb 2019 memang DSN sendiri minta pembantunya buat report polis. N bila ada SD dari Azilah ni, kira ada bahan bukti baru la kan... banyak SD..

SD Yusof Rawther...SD Azilah...

Sirul sumpah DSN tak terlibat sebelum nih ( 2016 )..


Tah lah
Quote boojaat 17-12-2019 11:52 AM
Btw, mana nak baca SD nya??
Quote pengecatbintang 17-12-2019 11:53 AM
Dlm SD mendiang Bala,  mendiang bgtau..  Bijan ada menyodom Tuya
Quote natrahn 17-12-2019 11:53 AM
boojaat replied at 17-12-2019 11:52 AM
Ingatkan dh gantung dh dulu.. belum juga rupanya.. yg  lari ke australia apa cerita ye? Masih hidu ...

belum gantung..jatuh hukum 2015... laksana hukuman tu belum lagi... Sirul kat Australia.. Azilah kat sini...
Quote natrahn 17-12-2019 11:54 AM
bonggo replied at 17-12-2019 11:19 AM
Aku dh baca SD ni. Khatam dan paham. Dia sebagai banduan akhir aku rasa patut diberi peluang utk buk ...

setuju. Based pada SD Azilah tu, memang dorang ni kira kambing hitam lah.. dapat RM300 ja sebab bunuh spy kononnya...



Quote DollahRepek 17-12-2019 11:54 AM
Kenapa pula polis 2 org tu nk bunuh tuya tanpa sebab & kenapa masa perbicaraan saksi utama tidak dipanggil & razak baginda terlepas?..makin pening ooo
Quote natrahn 17-12-2019 12:04 PM
DollahRepek replied at 17-12-2019 11:54 AM
Kenapa pula polis 2 org tu nk bunuh tuya tanpa sebab & kenapa masa perbicaraan saksi utama tidak dip ...

DSP  Musa pun tak dipanggil.. sedangkan dia dikira saksi juga
Quote natrahn 17-12-2019 12:06 PM
boojaat replied at 17-12-2019 11:52 AM
Btw, mana nak baca SD nya??

@boojaat sini

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bunuh-altantuya-teks-penuh-akuan-bersumpah-azilah-hadri-225434
Quote DollahRepek 17-12-2019 12:06 PM
natrahn replied at 17-12-2019 12:04 PM
DSP  Musa pun tak dipanggil.. sedangkan dia dikira saksi juga

ini salah satu misteri jugak selain dari kes mh370 tu
Quote zehra2 17-12-2019 12:11 PM
kalau Altantuya tu perisik.. paling  berat pun malaysia akan usir keluar je..
kalau sampai membunuh perisik negara lain...  berat akibatnya pd malaysia..
kita pun antar perisik kita kat negara lain.. cuma nak dptkn maklumat je..
bukan nya sampai bunuhan gini.. tukar2 beg diplomatik je
Quote Caranthir 17-12-2019 12:17 PM
Najib yg bagi arahan ke.. atau puaka kak ros yg suruh sbb dah kantoi, pregnant kan dia tu.. heheheh
Quote natrahn 17-12-2019 12:23 PM
Caranthir replied at 17-12-2019 12:17 PM
Najib yg bagi arahan ke.. atau puaka kak ros yg suruh sbb dah kantoi, pregnant kan dia tu.. heheheh

saya ada versi lain..tapi takut nak citer sini huhu.. kang aku yang kena C4

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.083211 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top