2019 - tahun tragis buat industri penerbitan buku Bahasa Melayu. Menyedihkan. Tetapi sepahit manapun ia adalah hakikat yang harus diterima. Biarpun Kuala Lumpur baru dinobatkan sebagai 'Ibu Kota Buku Dunia 2020', namun kejatuhan industri buku menenggelamkan festival tersebut. Dengan satu persatu syarikat penerbitan gulung tikar, di mana masa depan buku-buku kita?
Setelah Utusan Publication membuat jualan gudangnya, dikhabarkan satu lagi badan insitusi buku juga akan dikecilkan. Manakala peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula dipertikaikan. Warganet yang suka membaca buku semestinya terasa dengan penutupan ini. Sementelah membesar dengan pelbagai buku tempatan antara memori yang sangat indah. Namun, akhirnya terpaksa akur dengan situasi yang menghimpit. Manakala bagi warganet lain pula, industri digital secara tidak langsung membunuh industri buku hingga tiada permintaan daripada anak muda menyebabkan ianya lumpuh. Jika itu jawapannya, bagaimana dengan program 'Ibu Kota Dunia 2020'? Malukah kita sebagai tuan rumah? - CARI |
ADVERTISEMENT