CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mana Ada Dijual Pada Bangsa Asing" - Pemilik Sos AminahHassan Jawab Fitnah

16-12-2019 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6908| Komen: 40

Description: Sering difitnah merupakan milik 'bangsa asing', syarikat sos AminahHassan tampil menafikan hal tersebut.Memetik laporan ProjekMM, syarikat itu menegaskan mereka tidak pernah dibeli pihak lain sebalikn ...
Sering difitnah merupakan milik 'bangsa asing', syarikat sos AminahHassan tampil menafikan hal tersebut.

Memetik laporan ProjekMM, syarikat itu menegaskan mereka tidak pernah dibeli pihak lain sebaliknya hanya menghentikan operasinya seketika.


Kredit foto: FB

“[...] kerana mengalami kemerosoton jualan.

“Ia berpunca dari khabar angin dakwaan yang mengatakan ia adalah hak milik bangsa asing dan juga ia sudah dijual kepada syarikat lain.

“Akibat itu produk jualan kami tidak mendapat sambutan. Kami sangat terkesan dengan berita-berita palsu tersebut," kata Syarikat Amisan Products (M) Sdn Bhd  menerusi Facebook.

Dipasarkan sejak tahun 1979, syarikat itu diusahakan oleh anak kepada pasangan Aminah dan Hassan dan kini tampil dengan nafas baru. 


“Pihak pengurusan...mengambil inisiatif untuk membangunkan semula perusahaan ini kembali untuk memenuhi semula permintaan peminat AminahHassan.

“Insya-Allah doa-doa saudara saudari semua akan membantu dan memberi semangat buat kami untuk terus maju,” kata syarikat itu.

Semoga penjelasan tersebut dapat menangkis dakwaan negatif selama ini. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 16-12-2019 11:50 AM
#bmf punya pasal la ni
Quote najib888 16-12-2019 11:56 AM
Punya lama bmf start, baru hr ni bersuara?
Quote LostStar 16-12-2019 12:31 PM
jgn laaa.. sos ni sedap tak pedas.. daku suka...
Quote Artemesiaa 16-12-2019 12:37 PM
Eloklah akhirnya ada penjelasan dari pengusaha harap tak timbul lagi salah faham
Quote Denco 16-12-2019 12:40 PM
sos ni mmg lejen wehhh...lg sedap dr sos2 yg ada kat market skrg
Quote ohnoLia 16-12-2019 12:41 PM
Ok ai pun suka..

Ai pun suka kclicap jalen
Quote Boomibulat 16-12-2019 12:52 PM
Pnh nmpk tp blm pnh try..tp teringat iklan tv thn 80an..
Quote natrahn 16-12-2019 12:58 PM
sedap sos ni ..sos zaman saya muda-muda dulu..
Quote shernazz 16-12-2019 01:17 PM
Sos cili iols suka sos mae pranom, sos cili life dan sos lingham
Sos lingham iols baru belajar makan 10 tahun lepas sebab member iols yang buat murtabak suggest makan murtabakndia dgn sos ni.. terus iols falling in love gitchuuuu
Quote kodoklawa 16-12-2019 01:23 PM
sos kacang aminah hassan sedap..masa den kocik lagi..teringat sampai tua
Quote orgsepang 16-12-2019 02:00 PM
Alhamdullilah. Terjawab sudah segala persoalan walau masih hairan kenapa mengambil masa yang lama. Semoga urusan mereka dipermudahkan.
Quote BoongaKertas 16-12-2019 02:35 PM
sos feveret meols dari kecik sampai ke tua. lepastu Life plak skrg and linggam.
Quote renko 16-12-2019 02:43 PM
hahahahahahaha
melayu isle la tu duk buat fitnah
Quote i_is_kennot 16-12-2019 02:55 PM
Pernah nmpk kt supermarket,   tapi tak pernah beli
Quote GuaSayangMelaka 16-12-2019 02:59 PM
ramai takut macam PAU AHMAD ..NAMA MELAYU TP CINA SOHAI PUNYA
Quote paz 16-12-2019 03:18 PM
Suka sos AH, dulu kalau cari memang sos ni aja. Tapi dah lama takde kan terus tak makan sos.
Quote amon_79 16-12-2019 03:24 PM
iols rasa brand AH neh stop skejap sbb management la...anak dia mula2 tu xbrapa nk pandai manage... dulu ada petrol pam kat shah alam pon bungkus.. tu yg iols dgr2 kabar angin ler.. mybe skrg dh ok..dh bijak..
Quote che-cikL 16-12-2019 03:43 PM
Rindunya sos ni... Buat cicah kerang rebus, pergghh
Quote nononcrux 16-12-2019 03:44 PM
apesal aku tak pernah nampak sos ni dlm pasar raya.. kalau ada nak try juga

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.289667 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top