CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Kejadian Seram Histeria Di Sekolah Yang Menggemparkan

19-12-2019 12:24 PM| Diterbitkan: nidazahar| Dilihat: 13394| Komen: 32|Original author: Nida Zahar

Kes histeria bukanlah sesuatu yang asing dalam budaya kita. Puncanya masih menjadi misteri kerana ada yang mengaitkan dengan elemen mistik dan ada pula yang menganggapnya sekadar gangguan fikiran. Ikuti 5 kes histeria di sekolah yang telah menggemparkan negara.

 

1. Akibat tebang pokok

 

SMK Bandar Baru Bangi gempar apabila histeria tiba-tiba berlaku pada suatu pagi sehingga menjadi viral.


Kredit gambar: mstar.com.my ~ Gambar sekadar hiasan

Mangsa mendakwa, mereka ternampak lembaga menakutkan sebelum hilang kawalan diri dan menjadi agresif. Menurut Yang Dipertua PIBG, kejadian tersebut berkemungkinan mempunyai unsur mistik kerana berlaku setelah sebatang pokok besar ditebang untuk pembinaan pintu pagar baharu.


Kes histeria berlanjutan selama beberapa hari melibatkan 50 mangsa. Pihak sekolah telah mendapatkan bantuan Darussyifa untuk memulihkan keadaan.

 

2. Aku tak nak balik...

 

SMK Pusat Bandar Puchong I telah gempar apabila beberapa orang pelajar wanita diserang histeria pada awal pagi.

 

Seorang ibu  pelajar yang turut membantu menenangkan kekecohan sempat bertanya kepada pelajar yang dirasuk, "Mengapa kamu menangis?". Pelajar tersebut menjawab, "Aku suka dekat sini, aku tak nak balik..."

 

Kredit gambar: www.lekatlekit.com ~ Gambar sekadar hiasan

Menurut sumber, histeria tercetus apabila sebuah tandas lama di tingkat dua telah digunakan semula setelah lama tidak digunakan.

 

Pejabat Pelajaran Daerah yang dimaklumkan mengenai insiden tersebut telah mendapatkan bantuan pengamal perubatan untuk memulihkan keadaan. 

 

3. Sumpah Gunung Gading

 

Di SMK Serian, histeria bermula apabila sekumpulan pelajar pulang daripada perkhemahan di Gunung Gading.

 

Dipercayai, kejadian tersebut berlaku kerana ada pelajar yang telah melanggar pantang sewaktu berkhemah. Seoarang pelajar didakwa telah memetik bunga dan seorang lagi mengotori tasik berhampiran kem. Menurut kepercayaan tempatan, Gunung Gading didiami 99 dayang dari alam bunian. 

 

Kredit gambar: sarawaktourism.com

Walau bagaimanapun, pengawal keselamatan di situ berpendapat bangunan sekolah tersebut sememangnya berpenunggu. 

 

Menurutnya yang telah bertugas 10 tahun, histeria pernah berlaku selepas sebatang pokok besar ditebang di belakang surau. Dia juga mendakwa sering terbau wangi-wangian dan rasa meremang ketika meronda waktu malam.

 

Kejadian histeria berlarutan beberapa hari sebelum berjaya dipulihkan.

 

4. Akibat Sihir

 

Di SMK Ketereh, beberapa orang pelajar telah menjerit ketika perhimpunan pada jam 7.30 pagi dan akhirnya merebak sehingga terpaksa mendapatkan bantuan Darussyifa. Perawat-perawat yang dipanggil untuk membantu telah berjaya memulihkan keadaaan jam 11 pagi, tetapi kes berulang pada tengah hari.

  

Seorang mangsa mendakwa, dia ternampak lembaga hitam di belakang rakannya, lalu hilang kawalan dan menjerit ketakutan. Setelah pulang, kejadian kerasukan berjangkit pula kepada ahli keluarganya di rumah.

 

Misteri kejadian terjawab apabila elemen sihir ditemui didalam kawasan sekolah.

 

Kredit gambar: www.fatehteam.com


5. Pocong

 

Ketika kekecohan di SMK Ketereh reda, SMK Pengkalan Chepa  2 pula diganggu apabila beberapa pelajar mendakwa ternampak pocong di sebuah kelas kosong. 

 

Kredit gambar: www.detiksabah.com


Seorang mangsa memberitahu,  dia berasa kebas di kedua-dua belah tangan, kemudian rebah dan mula meracau-racau.

 

Seorang guru menceritakan, ketika dia menenangkan seorang pelajar, hatinya tiba-tiba menjadi gelisah, lalu satu sosok lembaga hitam muncul dan menarik tubuhnya. Dia membaca ayat Kursi berkali-kali sehingga akhirnya 'dilepaskan'.


Kes histeria hanya berjaya dipulihkan pada hari kelima secara berperingkat. - CARI 

 

Rujukan:

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/359119/diserang-histeria-selepas-mengaji

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/10/19/histeria-solat-hajat

http://sarawakghoststory.blogspot.com/2009/04/hysteria-at-smk-serian-pt-1.html

https://www.bharian.com.my/node/143444

https://peraktoday.com.my/2014/02/10-pelajar-kena-serangan-histeria/ 

1

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 19-12-2019 12:40 PM
Ken aku mengajar sklh kat kedah juga.. Teruk gak kejadian histeria.. Dah la dia tu mudah terasuk.
Quote Kurex 19-12-2019 01:21 PM
dekat kolej kurex selalu histeria.. kurex sumpah seranah jin tu dalam hati sebab ganggu nak exam & buat assignment.. asal histeria je kitaorang kena kumpul dekat surau baca yasin
Quote vee_zara 19-12-2019 01:59 PM
Hmm dulu takde la percaya sgt psl histeria2 ni. Tp masa i kerja part time kat supermarket dulu ada kes kena rasuk. So i pun tolong la tenangkan. I pegang bahagian kaki. Sekali budak pompuan yg kena rasuk tu jegil mata kt i dgn mata merah. Tanjat mak nak. Trus percaya!
Quote buragazz 19-12-2019 03:04 PM
Member aku lelaki pernah kene kat surau.. aku ingat pempuan je.. masa tu kat luar pintu surau tgh lepak2 tunggu maktu maghrib rasanya.. tiba2 dia menggila.. budak2 ni dah pegang dia dia boleh meronta sampai terlepas.. nasib ustad dtg..
Quote supernaturalee 19-12-2019 04:01 PM
sarah82 replied at 19-12-2019 12:40 PM
Ken aku mengajar sklh kat kedah juga.. Teruk gak kejadian histeria.. Dah la dia tu mudah terasuk.

sape ken?





Quote sarah82 19-12-2019 04:04 PM
supernaturalee replied at 19-12-2019 04:01 PM
sape ken?


Kwn aku cikgu.. Hahahahaa.. Dia dari kecik lembik.. Aku garang dan selalu jadi pelindung dia kalau dia kena buli.

ken = kwn.. Aku typo.. Ampunnnn
Quote RatuDunia94 19-12-2019 08:48 PM
Sekolah melayu je ke yg kena gangguan histeria ni
Quote kukukatablog 19-12-2019 09:52 PM
Sekolah aku dulu serentak 5 orang kena sekali,
ramai2 kumpul dalam surau,
dari pagi sampai petang baru habis,
aku pon sibuk nak tolong pegang,
xcited sebb first time tengok benda camtu,
bila dah reda, ustaz darussyifa bgtau,
"kemungkinan besar dikalangan kita yang menolong ni akan diganggu bila balik rumah nnt"
aku jadi takut, hampir 2 bulan tido bukak lampu,
mcm teringiang2 jeritan dorang,
bila 2-3 pagi slalu terkejut dari tidur mcm ada yang memerhati dalam bilik,
start dari tu mmg x nak dah tolong sapa2 kna histeria nih....
Quote Perawankota 19-12-2019 09:52 PM
Teringat p teman someone shooting tahun Lepas kt sk bdr tssik selatan.. Tgh2 duk, tiba2 MUA mengilai2.. Rupanya kena rasuk Lepas pakai tandas kt tepi dewan.. Seram aku dengar, sbb kuar suara jantan..
Quote saviour_09 20-12-2019 08:32 AM
kat kuantan ni
dulu femes jap sekolah tanjung lumpur tu

siap masuk tv3 lagi

punya la lama histeria
majoriti student cakap nampak nenek tua bongkok belakang sekolah tu

Quote gideoncross 20-12-2019 10:27 AM
Trkejut hbis iol trtngok gmbr hntu bungkus tu wlaupun skrg bru pkul 1026am, kus smngat mak.
Quote Themilo 20-12-2019 11:44 AM
masa program orientasi kat UiTM DUngun tahun 2002, kolej meols budak2 laki pun terjerit-jerit kena histeria.

Yang pompuan bersahut-sahutan.

takut yall
Quote sosimple 22-12-2019 08:44 AM
sepanjang duduk asrama n belajar uni x pernah lagi tengok n dengar histeria.. selalu tertanya acaner la tu
Quote hyie 22-12-2019 11:10 AM
masa meols sekolah menengah dulu, ada je minah india form 2 kena histeria, pastu lagi over plak tu efek dia ala2 drama tamil gitu...kowser sangat...so benda ni serang tak kira bangsa dan agama lah...
Quote mialunar 22-12-2019 12:16 PM
vee_zara replied at 19-12-2019 01:59 PM
Hmm dulu takde la percaya sgt psl histeria2 ni. Tp masa i kerja part time kat supermarket dulu ada k ...

Hahaha... Lawak chuols
Quote deydeylala 22-12-2019 02:52 PM
teringat time belajar kat uitm seri iskandar dulu. batch jun 2010. histeria berjemaah time mds. dewan dah jadi macam ombak. semua jatuh.
Quote neez_cookies 23-12-2019 10:59 AM
Sama kes la kat sekolah aku. Balik perkampungan math ada sorang budak ni demam seminggu muka tak terurus. Bila tanya mak dia cakap bawak pergi berubat kat ustaz. Ustaz tu cakap ada benda kacau. Bila budak tu dah elok semangat dia. Aku tanya la apa yang dia nampak. Dia cakap ada lembaga berbulu kat bawah tangga. Waktu malam semua dah tidur dalam dewan dia terjaga sebab dengar ada lembaga tepi dewan ketuk tingkap. W
Quote fefeeling 23-12-2019 02:22 PM
kukukatablog replied at 19-12-2019 09:52 PM
Sekolah aku dulu serentak 5 orang kena sekali,
ramai2 kumpul dalam surau,
dari pagi sampai petang  ...

Dulu masa kat uni students majority Chinese, kami Malays ada la sejoek je. Punya la akan damai, sekali ada budak kena rasuk balik dari berhuha lepas maghrib.. sapa2 budak pompuan yg kuat semangat je dibenarkan pegi bilik dia baca Yasin sementara tunggu ustaz dtg tolong sebab budak2 laki yg alim warning jangan cari pasal nak tolong kalau tak kuat semangat sebab yg rasuk budak tu 2 ekor laki bini... oi serammm
Quote noradaniez 23-12-2019 11:21 PM
Sekolah anak aku dulu DTHO sampai budak2 ptg kena tahan x bg masuk. Lepas tu suruh semua balik. Teruk gak berminggu gangguan. Tv3 ada cuba try masuk nak buat temuramah dgn pihak sekolah tp x lepas kat guard sbb MP dpt arahan tak bg krew tv3 masuk.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.259507 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top