Pengacara dan pelakon Ain Edruce, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam, lapor Berita Harian. Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur dan dihadiri keluarga terdekat.
Ain menerima mas kahwin RM888 selain tiga dulang hantaran berbalas lima. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan keluarganyz. "Alhamdulillah, majlis dapat diadakan dengan sempurna walaupun persiapan dibuat pada minit akhir kerana kesibukan saya dalam lakonan. "Semoga perjalanan kami dalam fasa fasa baharu sebagai suami isteri dipermudahkan. Saya juga tidak menganggap status sebagai isteri sebagai penghalang untuk mengembangkan jenama sendiri dalam dunia seni," katanya. Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ar Edruce Sabri disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.
Ain mendedahkan yang dia berkenalan dan terpikat dengan suaminya melalui Instagram, kira-kira setahun lalu kerana sikapnya yang berbeza dengan pemuda lain. "Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan. Walaupun bukanlah terlalu romantik, dia lelaki yang suka berterus-terang," katanya. |
Risaurisaurisau replied at 14-12-2019 10:50 AM
Maca camellia pun ya jgk ain ni
ADVERTISEMENT