Jodoh itu rahsia Allah. Bila melihat orang lain sudah bertemu jodoh, kadangkala diri yang tidak bertemu jodoh ini akan mengeluh. Mungkin itulah yang terjadi pada seorang makcik dari Makassar, Indonesia ini. Lantaran itu, gambar pernikahannya menjadi tular. Hajah Hawang bertemu jodoh dengan Sirajudin, seorang duda yang tidak mempunyai anak pada usia 56 tahun. Lama betul jadi anak dara. Gambar itu dimuat naik Facebook Firman Fotography dengan kapsyen menyentuh hati dan dikongsi 10,000 kali oleh warga maya. "Jangan bersedih ketika jodohmu belum kau temukan. Kerana sesungguhnya Tuhan sedang mempersiapkan jodoh yang terbaik untukmu." Melalui gambar dari Firman ini, dilihat majlis perkahwinan pasangan ini disambut dengan begitu meriah sekali.
Selain itu, gaya berposing pasangan pengantin dengan beberapa persalinan tampak begitu romantis sekali mengalahkan gaya orang muda. Malah, Hawang kelihatan cantik ditata rias sedemikian rupa di hari perkahwinannya. Cantik, kan mekap dia! Maka, jangan pernah rasa kecewa jika jodoh kita lambat sampai. Teruskan mencari, memilih dan berdoa. Serahkan segala-galanya pada-Nya. - CARI |
ADVERTISEMENT