CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Lelaki Ubahsuai Bangkai Kucing Menjadi Helikopter

11-10-2013 02:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6546| Komen: 15

Description: Penggiat Seni Dari Belanda, Bart Jansen Melengkapkan Bangkai Haiwan Kesayangannya, Orville Dengan Kipas Di Keempat-Empat Kakinya Sebelum Bekerja Sama Dengan Arjen Beltman Seorang Pakar Radio Kawalan J ...
RAMAI pencinta haiwan tidak dapat menerima kenyataan untuk berpisah dengan haiwan kesayangan yang telah mati.

Seekor kucing yang diberi nama Orville, sempena nama seorang juruterbang terkenal Orville Wright, mati baru-baru ini akibat dilanggar oleh sebuah kereta.
'


Pemiliknya yang juga merupakan seorang penggiat seni membuat keputusan untuk menjadikan bangkai haiwan kesayangannya itu sebagai sebuah kerja seni kekal.

Sebagai satu tanda peringatan kepada haiwan kesayangan, bangkai kucing itu diubah kepada sebuah helikopter kawalan jauh yang mampu terbang dengan sistem kawalan jauh.






Penggiat seni dari Belanda, Bart Jansen melengkapkan bangkai haiwan kesayangannya, Orville dengan kipas di keempat-empat kakinya sebelum bekerja sama dengan Arjen Beltman seorang pakar radio kawalan jauh bagi merekacipta mekanisma penerbangan untuk dipasang pada haiwan itu.

Mereka menamakan kerja seni yang dihasilkan sebagai Orvillecopter yang kini menjadi bahan pameran di fstival seni Kunstrai di Amsterdam.

Para pengunjung boleh melihat Orville diterbangkan menggunakan alat kawalan jauh.

Menurut Jansen, Orvillecopter adalah 'separuh kucing dan separuh machine' dan ia merupakan sebahagian daripada kerja seni visual sebagai tanda peringatan kepada kucing kesayangannya Orville.




Tambahnya lagi, tidak lama lagi Orville akan 'terbang bersama burung-burung'. "oh, semasa hidup dahulu, Orville sangat sukakan burung.

"Dia akan dapat enjin yang lebih berkuasa dan kelengkapan yang lebih besar untuk hari jadinya tidak lama lagi. Semoga ia menjadi kapal terbang yang stabil" tambahnya lagi.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ohsemmm 11-10-2013 12:26 PM
ni bukan kerja seni...ni kerja gila
Quote cikatilia 11-10-2013 12:39 PM

dah gila ke apa
kesian... err bangkai kucing tu

mcm terseksa aje.
Quote spiderman80 11-10-2013 12:58 PM
Nasib baik lelaki tu kokesen bangsa suci mulia bagi sesetengah cacai ketuanan sini, jadi tak akan dihentam kaw-kaw punya. Cuba kalau lelaki tu Cina kafir mata sepet, dah tentu dia ni dihina dan dicaci sehingga berlarutan 20 pages.
Quote bianglala 11-10-2013 01:23 PM
sayang pun biarlah berpada-pada...
Quote aTiKah_aYuNi 11-10-2013 04:05 PM
seni yg gile....
Quote honda_jazz 11-10-2013 07:30 PM
gilor
Quote BelovedTaeyeon 12-10-2013 08:44 AM
Salaam.

Banyak sangat makan benda haram dan buat kerja haram.

Akal jadi zero.
Quote missgarry 12-10-2013 08:58 PM
Comey kucing
Quote Artemesiaa 12-10-2013 10:31 PM
Siaran ulangan
Quote wanitajelita 13-10-2013 06:47 PM
kesian bangkai kucing tu terkangkang, mata terbeliak
Quote mitnick 13-10-2013 08:50 PM
kucing nmpk sedeh
Quote mizsrose 14-10-2013 08:36 AM
gile. diorang awet dulu kot kucing tu kang ulat bangkai dok berterbangan lak...
Quote Zaizenki 14-10-2013 11:16 AM
menyeksa binatang...
Quote putput 14-10-2013 05:25 PM
atas dasar seni
Quote putput 14-10-2013 05:25 PM
tak apa...org poteh tak caya kena sembar kilat... so no hal lah

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.066828 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top