CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bagi Hujah Semua Ikut Sedap Je" - Grup Anti Vaksin Semakin Tular, Dr. Amalina Gesa Kementerian Bertindak

13-12-2019 12:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8541| Komen: 33|Original author: Shimmer Shine


Cerita mengenai anti vaksin memang panas. Pelbagai alasan diberi untuk menolak pemberian vaksin kepada kanak-kanak oleh segelintir masyarakat Malaysia. Menyedihkan kerana akhir-akhir ini, muncul penyakit yang sudah lama tidak kedengaran seperti polio di Sabah.

Malahan menerusi pendedahan Dr. Amalina, wujud satu kumpulan yang menentang vaksin ini dengan nama "Masyarakat Kena Tahu". 

Twitter


Dianggotai hampir 39,000 orang, grup FB itu sering berbincang mengenai keburukan vaksin sekaligus mahu menyebarkannya kepada orang lain pula.

Justeru itu, Dr.Amalina meminta Kementerian Kesihatan mengambil tindakan tegas untuk menyekat fitnah ini.

Twitter
Google

Warganet turut menyokong supaya grup FB ini ditutup supaya tidak lagi menyebar dakyah palsu. Ini kerana info di dalamnya sangat menakutkan seperti membandingkan kesihatan orang dulu dengan sekarang, mencari ilmu hanya menerusi Google Translate dan sebagainya. 


Lebih mengejutkan ialah ada satu lagi grup dengan nama sama di Facebook. Rupa-rupanya ia adalah grup asal yang menyebarkan info mengenai kesihatan. Oleh itu, namanya adalah 'Masyarakat Kena Tahu (ori)'. Ianya telah berpecah kepada dua grup mengikut kepercayaan masing-masing. 

Twitter

Diharapkan pihak berkuasa sedaya upaya berusaha menyekat penularan grup anti vaksin ini. Dibimbangi bilangan mereka makin bertambah hingga mungkin menimbulkan virus penyakit baru pula. - CARI 


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 13-12-2019 12:52 PM
Aku pernah share kepentingan Vaksin dan Hery Imuniti berdasarkan pembacaan aku.. Tapi ada kamjad kat Tagged acah2 ustaz kutuk aku.. Bila aku balas balik.. Meroyan mengata aku tak faham agama..
Quote i_is_kennot 13-12-2019 01:05 PM
sarah82: Aku pernah share kepentingan Vaksin dan Hery Imuniti berdasarkan pembacaan aku.. Tapi ada kamjad kat Tagged acah2 ustaz kutuk aku.. Bila aku balas bal ...
  Ada lagi tak sis article tu?
Quote cikkilata 13-12-2019 01:27 PM
Kadang2 x paham nape golongan diorg ni acah2 lebih berpengetahuan dr mufti..
Quote ikanmasin 13-12-2019 01:41 PM
sila tinggal dlm pulau yg takde apa2 kemudahan semua,
bawa geng2 ddk kat pulau tu diam2,jgn sebarkan penyakit
lain kat anak  org ramai yg mmg ada vaksin.sgt2 menyusahkan dan
merisaukan mak bapa lain pl..nak mudah sgt kan.isu ni kalau tidak
takde tindakan dr menteri atau kementerian mmg akan adalah pelbagai
penyakit bawaan dr anak2 anti vaksin ni.ptt jgn bg bercampur dgn anak2 yg
ada vaksin,ddk diam2 kat rumah,belajar kat rumah jer dah mak bapa byk duit
kan..susah kan nak fhm kan kat org2 yg terlebih pandai ni..ada sebab kenapa
vaksin ni diwujudkan.alahaii kesian anak2 mak bapa dah ada vaksin mmg lah
sembang kencang tp kesan kat anak2.bukan skrg tp akan dtg..sedih lah dan malang
anak2 yg dpt mak bapa jenis mcm ni..


Quote per706 13-12-2019 02:03 PM
Paksa la amek vaksin,utk ank n org keliling..kalu x nak amek la tndakan yg sepatotnya..vaksin satu tnggungjwab bukn pilihan..puak2 ni pon dok rekrut org,ujung2 kalu ank org tu meninggal, senyap x terkutik.zamn dlu laen.zman skang laen.dlm aer ujan pom ade asid. Ajal rahsia Allah, tpi kalu meninggal sbb lnsung x berusaha, menyesal pon x dpt pulngkan nywa.
Quote chicozinn 13-12-2019 02:26 PM
aku pun risau gak ngan golongan anti vaxx ni,,iye betul aku tau pasal freemason illuminati tapi bila benda berkaitan kesihatan, please la amik vaxx demi kepentingan yg tersayang tu..
Quote MadameOnion 13-12-2019 02:55 PM
golongan antivax adalah golongan manusia bodo dan harus nyahhh dari muka bumi..sekian
Quote Kurex 13-12-2019 02:58 PM
selalunya yg antivaksin ni la yg lagi hanat perangai dorang
Quote HazeLJoseph 13-12-2019 03:29 PM
Aku dah komen pada bebenang lain tentang usaha aku menvaksinkan anak dengan susah payah.Aku lempang je kalau jumpaa anti vaksin.. muka kau juga kat klinik kesihatan kalau anak sakit. Bontot hemorrhoid pon kau kena jumpa doktor nak settle.. lahi nak sembang vaksin



aku punya injection heparin yang ada porcine,aman aman je aku hidup masih study,belum jadi babi lagi... kalau jadi babi pon apa salahnya,dari jadi anti vacc {:run
Quote Supersirap 13-12-2019 03:37 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote putehh 13-12-2019 03:42 PM
aku baca gak kt grup tu...diorg semua bangga..anak2 diorg yg tak vaksin semua sihat...jarang demam bagai....

xpaham ke apa? vaksin tu bukan untuk demam...tp utk penyakit2 mcm polio bagai tu...haishh....
Quote Cassieopeia 13-12-2019 05:09 PM
Patut buat syarat budak yang tak vaksin tak boleh daftar sekolah. kalau nak pegi sek private tapi biasa yg  taknak vaksin ni keje biase biase je pun.
Quote JibboTheCat 13-12-2019 05:36 PM
Jom kita ramai2 report je fb diorang ni! Geram betol la dgn dak2 antivax ni. Menyusahkan orang
Quote awanearisu 13-12-2019 06:42 PM
Kita hampir terlupa mengenai perkembangan di Samoa ini disebabkan pelbagai berita yang menakutkan akhir-akhir ini. 3 hari lepas ada dilaporkan oleh media tempatan. Agak menakutkan kerana kadar kematian agak tinggi.

Screenshot_20191213-183851.png
Quote belilies 13-12-2019 07:37 PM
Cassieopeia replied at 13-12-2019 05:09 PM
Patut buat syarat budak yang tak vaksin tak boleh daftar sekolah. kalau nak pegi sek private tapi bi ...

Hopefully boleh buatlah yg ni, asal xclash dgn dasar keciciran murid je. Tp skolah skrg mmg strict, kalu edar form imunisasi hpv/bcg etc tu if returned form tick "tak setuju" parents akan dipanggil oleh pihak klinik/pejabat kesihatan (lupa dh mana satu) utk ditanya napa refuse.
Quote diss69 13-12-2019 08:33 PM
Memang menyusahkan org lain....kalau doc pakar, ahli agama dh bg hujahan mengikut kepakaran masing2.. Nape deorang masih susah nk percaya..
Quote yatt_takez 13-12-2019 09:06 PM
aku x bagi anak aku dekatkan diri dengan golongan xda vaksin ni.x kuasa aku menyusahkan hidup aku...kau nak susah ku susah sendiri jangan nak menyusahkan hidup aku.aku hidup zaman sekarang bukan hidup zaman mak pak menek aku dulu..
Quote mamasaffiya 13-12-2019 10:02 PM
Cassieopeia replied at 13-12-2019 05:09 PM
Patut buat syarat budak yang tak vaksin tak boleh daftar sekolah. kalau nak pegi sek private tapi bi ...

Skrg ni nak daftar sekolah rendah anak mmg nak buku pink
Quote salmon-suki 13-12-2019 10:13 PM
yatt_takez replied at 13-12-2019 09:06 PM
aku x bagi anak aku dekatkan diri dengan golongan xda vaksin ni.x kuasa aku menyusahkan hidup aku... ...

Susah jgk sis nak detect budak2 y tak divaksin ni kan especially kt sekolah sbb kita xde depan mata dorg..kesian budak2 y kena vaksin tp still dijangkiti penyakit disebabkn kebodohan dan sifat penting diri makpak antivax nih..

Tolong laa gomen,halau jah dorg ni kuar drpd tmpt tumpuan...htr pegi pulau,biar dorg survive kt situ sendiri..bak kata dorg jgk,org dulu2 xde vaksin xde sakit ape,sama laa dorg,duk je kt pulau tu,cari mkn sndiri,bab teknologi tu semua,org dulu2 pun xde guna tepon cmni..guna merpati jah htr surat..geram je rasa!

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.070036 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top