CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Personaliti Boleh Ditentukan Dengan Cara Anda Mandi, Cuba Tengok Kena Tak?

17-12-2019 10:52 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 7800| Komen: 34|Original author: Oleh: top5complete

Mandi adalah rutin harian kita untuk menjaga kebersihan diri. Bagaimanapun, lain orang lain cara mandinya. Ada yang terperap lama untuk membuang air besar dahulu, ada yang menggosok gigi dahulu sebelum mandi dan ada yang suka mula membasuh bahagian tertentu sebelum yang lain.


Tanpa disedari, perbuatan ini menggambarkan personaliti kita.


1. Basuh bahagian dada

Foto: Shutterstock

Selalunya, orang yang basuh bahagian dada dulu mereka ni orang yang praktikal. Mereka tahu apa yang mereka nak dalam hidup dan menghargai kejujuran. Mereka tidak suka kehidupan yang bermegah-megah.


2. Muka

Foto: scmp.com


Orang yang basuh bahagian muka dahulu selalunya mementingkan kecantikan dan tidak mudah nampak selekeh di hadapan umum. Duit adalah perkara utama dalam hidup dan mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan maruah.


3. Ketiak

Foto: Getty Images

Orang yang basuh ketiak dulu adalah seorang yang boleh diharap, suka membantu dan kuat berkerja. Kerana personaliti ini, mereka disayangi dan disukai ramai. Mereka juga terkenal dengan sikap merendah diri.


4. Rambut

Foto: Elle

Orang yang membasuh rambut dahulu dikatakan seorang yang artistik. Mereka suka berangan, tetapi mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai apa yang diimpikan. Kekayaan bukanlah sesuatu yang penting buat mereka.


5. Bahagian Sulit

Foto: PopSugar

Orang yang membasuh alat sulit dahulu dikatakan seseorang yang pendiam dan pemalu. Mereka tak ada banyak kawan dan sering dibuli oleh orang lain yang menyebabkan mereka kurang keyakinan diri. Orang lain merasakan orang-orang sebegini sangat bosan dan tidak menarik.

6. Bahu

Foto: Dissolve

Orang yang suka basuh bahu dulu dianggap sebagai seorang yang pengecut dan suka hidup bersendirian. Mereka juga menganggap duit dan kuasa adalah aspek terpenting dalam kehidupan.


7. Selain di atas

Orang yang suka basuh bahagian selain daripada di atas dikatakan berjenis biasa sahaja. Bagaimanapun, jangan sesekali memandang rendah kerana mereka memiliki kuasa dalaman yang orang lain tidak tahu.

Jadi, anda yang mana satu? - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • tgmamat


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 17-12-2019 10:55 AM
start dari kaki org biasa2 aja ler niiiii...
Quote saviour_09 17-12-2019 11:01 AM
LostStar replied at 17-12-2019 10:55 AM
start dari kaki org biasa2 aja ler niiiii...

aah macam kita ni start dari kaki
rakyot marhaen besa2 je sissss
Quote gummiebear 17-12-2019 11:02 AM
Iols start dari kaki dulu sebab nak test air sejuk ke tak
Quote Kurex 17-12-2019 11:03 AM
rambut tu.. macam betul.. iols suka berfantasi
Quote natrahn 17-12-2019 11:13 AM
gummiebear replied at 17-12-2019 11:02 AM
Iols start dari kaki dulu sebab nak test air sejuk ke tak

kan..pastu gosok gigi, cuci muka..baru mandi hehehe
Quote Boomibulat 17-12-2019 11:24 AM
Org tua ckp kena mula dr kaki dulu naik ke atas..
Quote Mfzg89 17-12-2019 11:42 AM
kalau bontot dulu? rasa x feel mandi x berak dulu..
Quote fly_in_d_sky 17-12-2019 11:57 AM
tengok mood ada masa basuh muka dulu ... ada masa basuh rambut dulu ... ada masa mandi dulu ... start bahagian dada ..
macam mana tu?
Quote adeqbun 17-12-2019 12:10 PM
ntah lupe la basuh mana dlu./.tau2 dh setel mandi
Quote pokaibanktokyo 17-12-2019 12:23 PM
Ye lah tu.
Quote Nora_29 17-12-2019 12:42 PM
Hujung2, yang penting perbuatan mandi uollssss
Rasa melekit badan tu buat apa peram2 pi jela mandi
Tak kira laa ikut belah mana pun, yang penting bersih glowing bersilau2 badan masing2

Tapi, iolls akan termenung dulu gosok gigi dan baru fikir nak mula mandi dari side mana 1...air kat rumah sejuk hawau maka kena bukak shower slow2 dulu rasa dengan kaki baru berani bersiram dengan jayanya...
Quote syamzana 17-12-2019 12:50 PM
mandi gosok dada dulu...dah shower tu jenis menegak dari depan bila pulas je terus direct ke dada. kalau shower jenis melekat kat siling tu wajib la air jatuh ke kepala dulu.
Quote BlueRose99 17-12-2019 01:01 PM
Masuk bilik air nak mandi mestilah mengadap cermin dulu.. cuci make up kat muka then basuh.
Quote diss69 17-12-2019 01:44 PM
Xtentu... Biasanya kaki dulu...
Quote bobo_beck 17-12-2019 02:24 PM
Quote orgsepang 17-12-2019 02:29 PM
Kalau petang guna shower jadi belasah saja mana2 yang sampai dulu.
Pagi gosok gigi dulu terus basuh muka baru shower.
Kira yang akhir tu le.
Quote Kenabertaubat 17-12-2019 02:29 PM
I start kaki dulu.
Quote ainashiqa 17-12-2019 04:59 PM
Sama la dgn aku.. Harini basuh part lain dulu.. Esok part lain dulu {:smile
Quote Artemesiaa 17-12-2019 05:25 PM
Kalai ikut orang block belah2 sini rata2 mula dari kaki atau tangan dulu

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046424 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top