Untunglah! Selepas melancarkan pelan khusus untuk peranti mudah alih di Malaysia, kini Netflix mengumumkan pelan tersebut di Indonesia. Memetik Amaz, Indonesia merupakan negara ketiga dalam kumpulan kecil yang menerima pakej langganan yang sama.
Ini bermaksud, ia ditawarkan lebih murah berbanding pelan sedia ada. Malah, ia lebih murah berbanding Malaysia sendiri iaitu ditawarkan cuma pada harga Rp 40,000 sebulan atau bersamaan RM14.52. Hal tersebut diumumkan menerusi laman Twitter Netflix Indonesia yang seterusnya mendapat respon positif di kalangan warganet. Jika dibandingkan dengan Malaysia, pengguna di negara ini perlu melanggan RM17 sebulan.
Untuk rekod, pelan peranti mudah alih ini hanya ditawarkan di negara yang mempunyai jumlah pengguna telefon pintar yang lebih tinggi berbanding televisyen sendiri. Ia sesuai dengan statistik menunjukkan pengguna di Asia lebih gemar menonton Netflix menggunakan telefon bimbit berbanding televisyen. - CARI
|
sarah82 replied at 11-12-2019 08:23 PM
Huwaaa.. Aku ambik paling murah rm33 sebulan.
dino replied at 11-12-2019 08:59 PM
share la ngan sesapa ambik pakej 51 tu.. jauh lg ok dr astro haha
sarah82 replied at 11-12-2019 09:57 PM
Nak share dgn sapa? Aku bukan ada geng suka layan netflix
aHoi83 replied at 11-12-2019 10:13 PM
Ce tanya kawan2 dulu. Tak pun, post saja di forum lowyat
dino replied at 11-12-2019 08:59 PM
share la ngan sesapa ambik pakej 51 tu.. jauh lg ok dr astro haha
sarah82 replied at 11-12-2019 09:57 PM
Nak share dgn sapa? Aku bukan ada geng suka layan netflix
sarahmirza replied at 11-12-2019 10:48 PM
Dengan I la... Skrg share 3 orang..
Hihihi
chicozinn replied at 11-12-2019 10:32 PM
Aku ni noob pasal netflix ni..yg aku tau netflix ade movie je..adekah netflix pun cver sports, docum ...
Suchi replied at 11-12-2019 09:18 PM
Tp tahun depan kena tambah 6% dah berapa ribu kena bayar sebulan tu???
Baru nk try guna netflix ...
chicozinn replied at 11-12-2019 10:32 PM
Aku ni noob pasal netflix ni..yg aku tau netflix ade movie je..adekah netflix pun cver sports, docum ...
sarah82 replied at 11-12-2019 10:55 PM
4 org boleh kan? Brp kena byr? Iols ok saja.. Hahahaha
sarahmirza replied at 11-12-2019 11:03 PM
Tak pasti la 4 ke 5 orang...
ADVERTISEMENT