Merujuk South China Morning, kadar perkahwinan di China menurun sejak lima tahun lalu. Menurut statistik rasmi, hanya 7.2 peratus daripada 1,000 orang yang telah berkahwin pada tahun 2018. Pelik! Ada Juga yang tak suka kahwin? Bukan tak suka kahwinlah! Menurut Sandy To, lelaki sukar menerima wanita profesional yang berpendidikan tinggi dan stabil dari segi ekonomi. Tapi, ada juga wanita berjaya yang lebih memilih hidup membujang. Mereka hanya mahukan zuriat. Malangnya, wanita yang tidak berkahwin dihalang mengakses bank sperma dan rawatan IVF.
Mereka mula berpaling kepada penderma sperma dari Barat hanya dengan memilih penderma melalui katalog sebelum berlepas ke luar negara untuk rawatan IVF- In Vitro Fertilization. IVF (bayi tabung uji) adalah teknik persenyawaan telur dan sperma yang menyerupai proses persenyawaan secara semula jadi yang berlaku di dalam makmal. Bank sperma dan telur, Denmark Cryos International melihat trend ini sebagai peluang berharga. Mereka telah membangunkan laman web China dan menambah kakitangan yang mampu berbahasa Cina. Bukan sedikit, 200,000 yuan bersamaan ASD28,500 hanyalah kos minima jika mahu mengandung anak melalui bank sperma asing. Wanita juga perlu beberapa kali keluar negara untuk prosedur perubatan. Seperti dimaklum, undang-undang Cina melarang mengimport sperma manusia. Apalah sangat jumlah wang berbanding pengalaman manis memiliki seorang anak. Keterujaan mereka bermula seawal membuat pilihan melalui katalog. "Sebelum memilih penyumbang sperma, saya tidak mempertimbangkan bangsa," kata Carrie. Tapi selepas dia membelek katalog, dia mula tertarik dengan fizikal warga asing. Dia kini telah mempunyai dua anak kacukan Denmark. Pakar berkata, tanpa mengira adanya penderma Cina atau Cina- Amerika, wanita masih memilih untuk mempunyai anak campuran. Mereka bebas membuat pilihan melalui katalog yang dilengkapi dengan butiran seperti warna rambut, gambar zaman kanak-kanak dan latar belakang etnik penderma. Isu ini turut diakui oleh Xi Hao yang menyelaras klinik di Bejing. Dia bertugas membantu pelanggan China mengakses klinik kesuburan di California. "Pada dasarnya, penderma sperma terpilih kebanyakan putih" Makin maju manusia, makin pelik cara berfikir. Dalam hidup ni, manusia dicipta berpasang-pasangan agar merasai nikmat perkahwinan, sekali gus melahirkan zuriat halal. Adakala, kehendak hati dan kepintaran akal perlu diabaikan supaya tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya. - CARI |
Adakala, kehendak hati dan kepintaran akal perlu diabaikan supaya tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya.
Zack8hunter replied at 13-12-2019 11:44 AM
apsal tak ngesek terus jer? lagi murah dan cepat
ifanonline replied at 13-12-2019 11:23 AM
boleh dikatakan bangsa China ni antara paling hodoh di dunia...memang nak kena repair DNA
Asdan replied at 12-12-2019 07:27 PM
kalau kita lelaki, macamana nak beli benih wanita luar negara, dan buat IVF ?
Dwdrum replied at 13-12-2019 03:19 PM
u boleh buat ivf kah asdan u lelaki ....
ADVERTISEMENT