CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sanggup Ke Lelaki Malaysia Jadi 'Kerusi' Untuk Isteri Mengandung Macam Ni?

12-12-2019 10:24 AM| Diterbitkan: aarsyad93| Dilihat: 7441| Komen: 26|Original author: Oleh: Amir Arsyad

Foto: Rumanoffs


Kita mungkin pernah lupa bersama siapa kita ketawa, tetapi tidak akan pernah lupa dengan siapa kita menangis. Itulah suami isteri. Susah senang sentiasa bersama.

Tapi, akhir-akhir ni banyak pula isu keruntuhan rumah tangga yang berlaku. Macam-macam ragam perceraian. Jawapan klise adalah tidak sehaluan atau sudah pudar rasa cinta hingga terlupa bahawa,

"Cinta bukanlah mencari pasangan yang sempurna, sebaliknya menerima pasangan kita dengan sempurna."

Mungkin video dari YouTube di bawah akan menyedarkan anda yang tanggungjawab seorang suami itu berat. Tapi, tak payahlah buat dekat sini kerana hospital di Malaysia belum kekurangan kerusi lagi. 


Video ini dinyatakan sebagai salah satu video yang telah berjaya mencairkan hati warganet.



Sweet couple, kan? Sungguh menyentuh perasaan apabila seorang suami di barat daya Sichuan, China dilihat sanggup membongkok menjadi 'kerusi' untuk isterinya yang mengandung sehingga digelar "human chair".


Photo Credits: You Tube

Menurut Daily Mail, lelaki penyayang itu juga menghulurkan botol air kerana merasakan isterinya mungkin haus dan keletihan. Setelah beberapa teguk, isterinya mula mengurut kaki yang terasa kebas-kebas.

Video ni telah dimuat naik ke akaun rasmi TikTok Polis Hengang dan menjadi tular.  

"Video ini sepatutnya berjudul 'Heartless', tetapi kita juga harus memuji tindakan suami yang baik," Komen warganet

Tajuk Heartless dipilih kerana tiada yang sudi mengosongkan tempat duduk buat wanita itu. Namun, di Malaysia dijamin perkara ni jarang berlaku atau tidak mungkin berlaku kerana rakyat Malaysia prihatin.

Video ini turut mendapat perhatian wargamaya di YouTube.

"Dia seorang wanita, dia seorang ibu, dia seorang anak, dia seorang isteri, dia seorang kakak. Lelaki sejati tidak pernah menyakiti wanita."

Foto: YouTube

Cinta suami tiada sempadan. Semoga lebih ramai suami yang prihatin muncul selepas ini. Dan sebagai orang awam, sikap mengutamakan mereka yang memerlukan amatlah dituntut. - CARI
2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote albob90 12-12-2019 10:58 AM
Terbaik. Suami contoh.
Quote shark_eow7 12-12-2019 12:06 PM
dalam perut tu anak dia.. yg duduk tu bini dia.. jadi dua2 duduk atas dia.. hehehe
Quote i_is_kennot 12-12-2019 12:24 PM
Untung si isteri.. {:childlike
Quote missycutie 12-12-2019 01:12 PM
Bertuah wife dia
Quote delsmomm 12-12-2019 01:16 PM
Pestaim baca story PRC bermoral kat porem...

semedang baca story xsemenggah je kalau pasal PRC ni...
Quote haryatie 12-12-2019 01:24 PM
baik nya suami dia
kat malaysia ni ramai yg sibuk nk cri istri baru ada laaa
kalau ada yg buat maybe di kata takut bini, bini derhaka
Quote ikanmasin 12-12-2019 01:56 PM
bini dia jg..dpt laki baik syukur lah fhm keadaan bini tu tgh mengandung..
Quote Andyscenes 12-12-2019 03:02 PM
aku pun akan buat mcm ni, kalau wanita tu mengandungkan anak aku. hargailah isteri dan anak.
Quote Artemesiaa 12-12-2019 03:29 PM
Bertuahnya dia dapat suami yang memahami macam tu tahu tanggungjawabnya bukan hanya tahu nak berseronok je
Quote helicornia 12-12-2019 03:35 PM
touching la...
Quote yuki812 12-12-2019 03:57 PM
forumner laki yg suka cakap berdegar2..tang gini tak mo komen ke..sanggup ke tidak..
Quote buapakperut 12-12-2019 05:35 PM
sekali sekala cina prc berakhlak baik
Quote Perawankota 12-12-2019 07:26 PM
Baiknya hati somi...
Quote Pink_Purple 13-12-2019 01:35 AM
di malaysia bini sarat mengandung diceraikan kerana seorang pompuan lain..ustaz tu bukan orang jahil..pas2 gah pulak dalam socmed dok puji bini yg baru kenal 3 hari..last2 kantoi, mana mau sorok muka..
Quote mizkajura 14-12-2019 10:30 AM
Suami malaysia bagi batan* je.{:smile
Quote missbigrockstar 14-12-2019 07:47 PM
Yg badan sihat2 dok main hp semua tu boleh pula muka tebal tak bagi seat kat pompuan pregnant tu
Quote Melorqe 17-12-2019 05:08 PM
cisss
ko suruh la yg duduk kat kerusi tu bangun
yg bukan pregnant tu boleh la duduk kat atas lantai
Quote Melur1 18-12-2019 02:55 AM
tak terdaya agaknya.. alih2 patah riuk sebab sesetengah lelaki zaman skrg memang jenis nak goyang kaki jer
Quote aarsyad93 25-12-2019 07:30 PM
Andyscenes replied at 12-12-2019 03:02 PM
aku pun akan buat mcm ni, kalau wanita tu mengandungkan anak aku. hargailah isteri dan anak.

terbaik bro. Moga aman rumah tangga anda dan dipenuhi rahmat dari ALLAH.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.064126 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top