CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kahwinlah Baik-Baik, Tak Usah Buat Benda Pelik-Pelik Seperti Orang Jahil" - Ridhuan Tee Tegur Pendakwah

12-12-2019 10:16 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6247| Komen: 22|Original author: natrah

Baru-baru ini, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah membuat kenyataan mengenai isu-isu pendakwah yang lahir dari terbitan program realiti TV tempatan  menerusi laman F@cebooknya.


Beliau kesal ada pemegang-pemegang gelaran Pencetus Ummah (PU), Dai' dan seumpamanya mencemarkan imej agama Islam dengan tindakan mereka yang tidak sewajarnya. 

Kredit foto: Ismaweb.net

Baca lanjut: 



Da'i-da'i jagalah perangai elok-elok

Jangan guna alasan untuk menempek kesenangan



Beliau juga merayu agar mereka-mereka yang berkenaan berhenti dari terus mencetuskan kontroversi. Sebaliknya tumpukan fokus dan usaha dalam mneyebarkan dakwah dengan cara yang betul di samping menjaga tutur kata dan kelakuan. 

"Nasihat saya kepada semua pendakwah. 

"Pertama, tunjukkan contoh yang baik. Khalayak nampak Islam pada diri kamu. Jika kamu rosak, tempiasnya turut terkena kepada imej Islam. Rosakkan agama suci kita. Musuh-musuh Islam sentiasa guna senjata ini.

"Kedua, jika terlalu ghairah nak kawin lain. Buatlah dengan cara yang betul. Jangan sensasikan dan kontroversikan.

"Ketiga, jangan sensasikan perceraian dengan isteri pertama. Kasihan mereka. Malang sekali bila diceraikan ketika hamil. Begitu juga dengan nota WhatApps. Lepas itu, viralkan dalam laman sosial

"Keempat, dunia realiti TV bukanlah platform untuk menonjolkan diri. Tetapi adalah amanah. Makin ramai orang kenal, makin besar amanah. Justeru, jangan terlalu ghairah kalau dapat masuk TV.

"Kelima, dunia sebenar pendakwah adalah ilmu. Tuntutlah ilmu yang begitu luas, melebihi air di lautan. Yang ada pada kita mungkin setitik dua. Program realiti yang kita menangi sekadar hafalan, bukan dunia sebenar." ujarnya lagi.

Teguran yang sangat tepat untuk semua. Semoga kita semua termasuk da'i-da'i yang Prof maksudkan memahami hakikat islam yg sebenar dalam kehidupan seharian.

Semoga bermanfaat. - CARI 

Sumber: Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 12-12-2019 10:38 AM
Saya minta stesen tv tamatkan rancangan macamni
Macam sumpahan sehati berdansa
Semua tak jadi
Quote MadameOnion 12-12-2019 10:56 AM
inilah natijahnya bila agama diseiringkan dgn showbiz..ramai penonggeng saitannirrojim ambik kesempatan atas nama Allah.. semua kehendak Allah kaedahnya..padahal burung sendiri yg tak terkawal tengok janda anak 8..jilake
Quote haryatie 12-12-2019 10:57 AM
kannn...ini ntah apa2 jerk
buat hal yg pelik2..xde pulak rsa malu

Quote albob90 12-12-2019 11:00 AM
Dalam interview dengan mstar, Farhan ada cakap perkahwinan di Malaysia ni menyusahkan. Tapi wartawan tu tak nak bincang lebih bab tu.

Apa yang aku tahu, jabatan agama buat syarat2 tu sebab nak menjaga hak seorang wanita.
Quote larra89 12-12-2019 11:20 AM
'kalau dah gatal atau mahu menempek kesenangan, cakap je senang'

setepek dia bagi. kalau x terasa lagi tak tahu la nak kata apa.
Quote cassriena 12-12-2019 11:31 AM
harap si daif 18kali tu hadam teguran ni... bagus beliau menegur, supaya tak tercemar agama Islam. cepatlah mahkluk2 penunggang ni pupus
Quote johan-adx 12-12-2019 11:34 AM
btul sgt apa yg dia ckp tu
Quote anony-mous 12-12-2019 11:35 AM
albob90 replied at 12-12-2019 11:00 AM
Dalam interview dengan mstar, Farhan ada cakap perkahwinan di Malaysia ni menyusahkan. Tapi wartawan ...

Bodoh nya farhan ni. Sama mcm kapir yg ckp islam ni leceh kene jg aurat. Jantan mcm farhan ni sah2 xlayak buat laki. Proses kahwin dgn malaysia pon xsggup nk setelkan, apatah lg isu2 lepas kahwin yg lain. Tau nk nikah, lps tu bersedap2
Quote natrahn 12-12-2019 12:30 PM
albob90 replied at 12-12-2019 11:00 AM
Dalam interview dengan mstar, Farhan ada cakap perkahwinan di Malaysia ni menyusahkan. Tapi wartawan ...

betul..nanti kalau bercerai ada hitam putih...senang la nak buat tuntutan untuk nafkah anak-anak kelak... itu salah satu tujuannya.

Quote meow_tompok 12-12-2019 01:46 PM
anony-mous replied at 12-12-2019 11:35 AM
Bodoh nya farhan ni. Sama mcm kapir yg ckp islam ni leceh kene jg aurat. Jantan mcm farhan ni sah2 ...

mohon yg 18 org tu sujud syukur





Quote sehirkedi 12-12-2019 01:55 PM
Suami kalau betul beriman, tak ada masa nak kahwin lain sebab dia jalankan tanggungjawab sebagai suami sepenuhnya. Cari rezeki, jaga anak, basuh/sidai baju dan masak.
Itu tugas suami. Isteri hanya membantu suami sahaja. Tapi sekarang ni semua tugas diletakkan di bahu isteri, sebab tu lah jantan miang ada banyak masa terluang. Mula lah nak kahwin lain.
Kalau lelaki yg betul2 jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, takutlahnak kahwin lagi sebab berapa banyak kerja dia kena buat??? Ajer pengsan




Quote chicozinn 12-12-2019 02:36 PM
Ya Allah akhirnya ade gak ustaz menegur..btw aku setuju 100% program2 bodoh penonggeng agama cam PU, Dai ni dihentikan..meluat cam la xmsuk program tu tak bleh jadi pendakwah..cam hamjad
Quote per706 12-12-2019 03:14 PM
Edited by per706 at 12-12-2019 03:22 PM

Elok jugak, nk kena ade otai pendakwah tgur puak2 gini.kalu x,tersasar la niat dihati yg awalnye kengkonon nk berdakwah,bile da lma,lebih nk glamor n kpentingan diri je.yg buruknya islam,pdahal yg hina tu pelaku.mansuh je la rnacngan merepek ni.dri dlu x pernh minat.bila agama dikomersialkn ni la jdiknya.
Quote Artemesiaa 12-12-2019 03:27 PM
Betul tu elok berhentikan je rancangan macam tu banyak je cara lain yang lebih baik boleh dilakukan untuk tujuan dakwah.
Quote Joysparta 12-12-2019 05:04 PM
elokla ada ustaz ni yang betul2 berani sound benda yang betul
dari member2 dikalangan ustaz tu sendiri yang backup baik punya..
Quote natrahn 12-12-2019 05:33 PM
chicozinn replied at 12-12-2019 02:36 PM
Ya Allah akhirnya ade gak ustaz menegur..btw aku setuju 100% program2 bodoh penonggeng agama cam PU, ...

kan.. PU haritu macam backup juga
Quote missinpiece 12-12-2019 06:16 PM
sehirkedi replied at 12-12-2019 01:55 PM
Suami kalau betul beriman, tak ada masa nak kahwin lain sebab dia jalankan tanggungjawab sebagai sua ...

Setuju. Tapi berapa kerat sangat yg betul2 nak belajar, nak memahami tanggungjawab sepenuhnya seorg ayah dan suami..
Quote Perawankota 12-12-2019 07:29 PM
Betul sgt sgt sgt
Quote salmon-suki 12-12-2019 07:36 PM
Baguslah ada teguran drpd ustaz ridhuan tee ni pd budak2 hingusan tuh..kdg2 org y beragama ni diuji dgn cara y tidak mereka sangka2..ada y diuji dgn ilmu agama mereka sendiri,ada juga diuju dgn cara begini..pokok pangkalnya,atas diri sendiri dan akal utk bezakan y baik dan tidak..

Kita perlukan lebih ramai pendakwah y bukan sahaja terkenal dgn ilmu agama,tetapi juga sbg role model...y bawak agama tu sebetul2nya..bkn mggunakan agama utk kepentingn diri!

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.044211 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top