Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa saksi lain akan dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berikutan dakwaan cabul yang dibuat oleh Muhammed Yusoff Rawther. Memetik laporan Malaysia Gazette pada 11 Disember, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menjelaskan, mereka akan dipanggil setelah pihaknya mendapat tarikh yang sesuai. Polis juga telah merakamkan keterangan Muhammed Yusoff yang juga bekas pegawai Anwar serta mengambil akuan bersumpahnya pada 9 Disember lalu. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara. Huzir turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan. Sementara itu, Anwar dalam satu kenyataan melalui Facebook menyatakan terima kasih kepada polis kerana menyegerakan siasatan kes yang dianggap sebagai fitnah terbaharu terhadap dirinya. "Ingin saya tegaskan bahawa saya bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan," jelasnya. Muhammed Yusuff juga datang ke Bukit Aman untuk kali kedua pada 10 Disember untuk memberi keterangan tentang kes itu. Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 7 Disember dan pernah menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan dirinya akibat diancam pihak tertentu. Muhammad Yusuff dalam akuan bersumpahnya mendakwa Anwar mencabulnya pada 2 Oktober 2018. Namun, dakwaan itu dinafikan oleh Anwar dengan alasan beliau sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson ketika itu. Sama-sama kita nantikan apakah episod seterusnya dalam kes yang boleh menggegarkan dunia politik tanah air ini. - CARI
|
otai_g: bang non da checkmate.da bnyk kes bang non ni merujuk pd homoseksual.x kan semuanya kbtln dan konspirasi. Jd sndri blh pikir.
Ina8895 replied at 12-12-2019 11:06 AM
Jemin camna?
EmaAsmadi replied at 12-12-2019 12:27 PM
Sejarah mungkin berulang
rykall: sejarah mungkin berulang...tetapi kalau berulang tidak akan mungkin raykat akan berguling di jalan raya sambil teriak reformasi...raykat lebih pening ...
ADVERTISEMENT