Susah kalau ada kawan atau saudara mara mahupun adik-beradik sendiri yang jenis liat nak bayar hutang. Waktu pinjam dulu bukan main manis lagi janji nak bayar sekian-sekian tapi bila dah berbulan lamanya tak ada dengar khabar berita langsung. Adat berhutang, si peminjam haruslah bayar apabila sudah berjanji pada waktu dan tarikhnya. Bukannya mendiamkan diri dan terus mengelak dari membayar hutang. Jadi, bagaimana caranya untuk menuntut hutang dari si peminjam yang degil nak mati ini? Ada caranya. Anda boleh membuat tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil supaya duit anda boleh diperolehi kembali. BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH (Prosidur Tuntutan Kecil) Mahkamah Majistret Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00. Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam dan mengurangkan kos perbicaraan. Apakah Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut 1. Mendapatkan kembali hutang 2. Tuntutan barangan melibatkan nilai 3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar 4. Sewa menyewa 5. Tuntutan atas barangan yang rosak. 6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan Di Mana Tuntutan Perlu Dibuat Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat. Caranya senang, seorang pengguna F@cebook telah melakukannya. Jadi kita ikut petua dari lelaki ini. Secara ringkasnya cara-caranya adalah seperti berikut: 'Paksa' penghutang bayar hutang dalam tempoh 30 hari Pergi Mahkamah Sivil untuk buka fail tuntutan kecil Apabila defendan mengaku salah meminjam tapi tak membayarnya kembali, mahkamah akan beri arahan untuk bayar segera dalam masa 30 hari. Jika masih gagal melunaskan hutang, planitif boleh buat tindakan mahkamah semula di mana penghutang perlu membayar terus hutang/ harta disita atau waran tangkap dikeluarkan untuk ditahan! Rasakan! Liat sangat mahu bayar hutang kan? Kredit : FB Doc Ensem Sumber asal : MN Magnes Ded
|
imransulaiman replied at 10-12-2019 05:42 PM
Wah! Menarik ni! Ada 3 orang yang aku nak kejar!
Seorang duduk di Penang! Lepas sama-sama study ...
natrahn replied at 10-12-2019 06:46 PM
Semoga berhasil... detail cara kat sumber asal tu..saya pun nak cuba tuntut hutang juga nih..tak s ...
imransulaiman replied at 10-12-2019 07:13 PM
Kalau berlainan negeri pun boleh ke? Lepas tu detail penghutang cuma nama sahaja... Alamat terkini ...
imransulaiman replied at 10-12-2019 05:42 PM
Wah! Menarik ni! Ada 3 orang yang aku nak kejar!
Seorang duduk di Penang! Lepas sama-sama study ...
imransulaiman replied at 10-12-2019 05:42 PM
Wah! Menarik ni! Ada 3 orang yang aku nak kejar!
Seorang duduk di Penang! Lepas sama-sama study ...
sonatalady replied at 10-12-2019 07:23 PM
Kena cari info lebih details ni.
Byk hutang nak minta balik.
bbbebeh replied at 11-12-2019 11:37 AM
erm...kalau pinjaman yang melebihi rm5k ke atas cane plak??any idea guys??
nononcrux replied at 11-12-2019 08:11 AM
baik budiman hang ni.. nak pinjam duit boleh
caprut replied at 11-12-2019 04:04 PM
Sumpah tension
ADVERTISEMENT