"Fitnah ini beri kesan buruk kepada keluarga kami. Mereka langsung tak sensitif." Itu luahan kekecewaan peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Sham Visa terhadap tuduhan netizen dia dan Naqiu menjalin hubungan terlarang. Menyifatkannya sebagai keterlaluan serta tidak masuk akal, Sham menegaskan fitnah itu mungkin disebarkan oleh mereka yang melakukan perkara terkutuk itu atau datang dari keluarga yang kurang kasih sayang.
MENGAIBKAN! Tuduhan itu sangat berat kerana masing-masing sudah berkeluarga. Sham turut mempersoalkan adakah satu kesalahan sekiranya dia menunjukkan kasih sayang seorang abang kepada adik. Tambahan pula mereka sudah lama kenal sejak Naqiu masih bersama kumpulan Boboy lagi seperti dipetik Harian Metro. Tuduhan itu timbul setelah mereka dilihat sering berpelukan apabila berjaya mara ke minggu seterusnya sepanjang GV6 berlangsung. Bahkan apabila Sham mencium pipi Naqiu apabila dia diumumkan juara konsert mingguan membuatkan isu itu semakin hangat diperkatakan. Gambar kemesraan mereka yang tular turut menjadi pencetus fitnah tersebut. Sementara itu, Naqiu berkata dia tidak boleh bertolak-ansur dengan dakwaan itu apatah lagi sudah mempunyai lima anak. "Saya hanya mampu ketawa bila mereka buat tuduhan berdasarkan keakraban kami. Saya hormat Sham sebagai abang dan dia banyak memberikan sokongan serta dorongan walaupun kami sama-sama bertanding."
|
ADVERTISEMENT