Polis menahan empat remaja tempatan bawah umur kerana disyaki merogol disyaki merogol gadis Orang Kelainan Upaya (OKU) pada Sabtu lalu. Memetik Astro AWANI, bapa mangsa mendakwa pada hari kejadian beliau yang terjaga dari tidur sekitar jam 2 pagi mendapati anak perempuannya itu tidak ada di rumah.
"Bapa mangsa kemudian membawa mangsa pulang ke rumah dan mangsa menceritakan menggunakan bahasa isyarat memberitahu bahawa dia telah dirogol oleh beberapa suspek yang dikenali. "Keesokan hari, bapa mangsa telah membuat laporan polis dan mangsa telah dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan," kata Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Sabarudin Rahmat. Sebaik menerima laporan itu, polis menahan empat remaja berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun. Siasatan awal mendapati pada malam kejadian, salah seorang suspek memanggil mangsa, 18, menerusi panggilan video untuk menemui kesemua suspek di sebuah pondok kosong 15 meter dari rumah mangsa.
Kesemua suspek direman tujuh hari dari tarikh tangkapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperukntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun, jika sabit kesalahan. - CARI
|
ADVERTISEMENT