CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bangganya! Mat Saleh UK Membawang Ramai-Ramai Puji Kereta Proton

10-12-2019 02:56 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 12363| Komen: 43|Original author: Tukang Tulis

Proton Saga model awal yang dijual di UK. Kredit foto:  Facebook / Practical Classics

Mereka yang gemar menonton drama komedi Mr. Bean pasti pernah melihat kelibat kereta Proton yang muncul dalam beberapa episod yang ditayangkan.

Pada masa sama, mungkin ramai rakyat Malaysia sendiri tidak tahu kereta-kereta keluaran Proton menerima sambutan positif di United Kingdom (UK).

Apa yang diintai Mr. Bean di belakang kereta Proton? Kredit foto: Carian Google
Practical Classics iaitu sebuah majalah di UK yang mengkhususkan kepada kereta-kereta klasik memberi penghormatan kepada kereta-kereta Proton melalui laman Facebook pada 6 Disember lalu.


Kata pengendalinya, walaupun tidak glamor, kereta-kereta Proton yang pertama di UK membuktikan harga yang murah tidak semestinya menunjukkan kualiti rendah atau tidak boleh diharap.

"Saya melihat contoh ini beberapa hari lalu dan saya perlu mengatakannya, ia memang terbaik dan penghargaan sebenar kepada pemiliknya," jelasnya.

Kredit foto: Facebbok / Practical Classics
Salah seorang warga Britain yang mengikuti laman Facebook berkenaan menyatakan mendiang bapanya pernah memilik Proton Saga 1.3 model awal.

"Selepas bertahun-tahun tanpa kereta Proton, saya sedang cuba memujuk seorang pemilik Persona 2.0 (untuk menjualnya kepada saya)," katanya.

Kredit foto: Facebook
Seorang lagi warga Britain memuji Proton Saga 1.5 LE SE model 1990 miliknya yang masih lagi dalam keadaan baik walaupun berusia hampir 30 tahun dan dipandu lebih 30,000 batu.

Seperti yang diceritakan oleh seorang pengikut laman Facebook Practical Classics, mendiang jirannya yang juga seorang jurutera tertarik dengan model awal yang dikeluarkan Proton.

"Dia seorang yang cerewet, jadi kualitinya sudah tentu baik. Sebelum itu, dia memiliki kereta Vauxhall, Rover dan Austin termasuk Mini, Maxi, Allegro dan Triumph Spitfire," katanya.

Kredit foto: Facebook
Apabila seorang pengikut laman Facebook tersebut menyatakan bahawa but kereta Proton mengeluarkan bunyi 'clang' yang kuat semasa ditutup, seorang pengikut yang lain menjawab, bunyi yang sama juga dapat didengar pada kereta Mercedes 190.

Kredit foto: Facebook
Model-model awal Proton mempunyai nilai sentimental yang tinggi dalam kalangan rakyat Britain yang berbangga memilikinya, jauh berbeza dengan sikap sinis segelintir rakyat kita sendiri yang pernah memperlekehkannya sebagai 'kereta tin Milo'. - CARI

11

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-12-2019 03:06 PM
So proud of you Protun
Quote nazzse 10-12-2019 03:07 PM
ehhh saga 1st edition memang lawa pun..same goes to wira..
design yang latest ni je huduh..bontok pendek & tinggi
Quote jazaa100 10-12-2019 03:16 PM
Design yg cantik utk proton pd aku wira aeroback....

Saga aeroback pun cantik....
Quote prettyuglybabe 10-12-2019 03:17 PM
kualiti proton sana tak sama kualiti proton sini..
Quote LostStar 10-12-2019 03:19 PM
proton dlu proton sekarang samakah
Quote Ina8895 10-12-2019 03:27 PM
LostStar: proton dlu proton sekarang samakah


Mula2 jepun, lepas tu perancis. Sekarang china
Quote Kurex 10-12-2019 03:29 PM
slayah aku pakai saga yg keluaran 1st tu.. enjin memang best
Quote misuke 10-12-2019 03:36 PM
bangga pulak rasa {:hooray
Quote Ina8895 10-12-2019 03:41 PM
Kurex: slayah aku pakai saga yg keluaran 1st tu.. enjin memang best


Share le gambor keta tu
Quote Themilo 10-12-2019 03:56 PM
kalaulah alamarhum Peyno wujud lagi, beliau mesti berbangga dengan pencapaian proton. semoga beliau tenang di alam sana.

#moodtaburbungadipusara
Quote mawarika 10-12-2019 04:10 PM
Themilo replied at 10-12-2019 03:56 PM
kalaulah alamarhum Peyno wujud lagi, beliau mesti berbangga dengan pencapaian proton. semoga beliau  ...

Lama sungguh peyno pegi meninggalkan kita
Quote orgsepang 10-12-2019 04:15 PM
Suami akak ada kereta ni, masih elok dan tak banyak meragam dibandingkan dengan dua lagi jenama lain miliknya malah tahun lepas kami ke tasik kenyir guna kereta ini sebab kononnya nak jimat minyak.
Quote brego 10-12-2019 04:15 PM
Edited by brego at 10-12-2019 04:17 PM

mana la dia dapat spare part kereta tu semua yer.
dah la kereta tak ramai org pakai kat sana.
Quote tobby 10-12-2019 04:17 PM
Yg mula2 tu power sbb injin Mitsu Jepun
Quote harisbee 10-12-2019 04:27 PM
Spec proton ke uk mantap...spec ke ummah kita je haus
Quote Themilo 10-12-2019 04:45 PM
mawarika replied at 10-12-2019 08:10 AM
Lama sungguh peyno pegi meninggalkan kita

bila ada thread proton & negara J, terbayang komen-komen aruah
Quote Artemesiaa 10-12-2019 04:50 PM
Apa2 kereta pun kalau dijaga dan diselengara dengan baik pasti akan bertahan lama
Quote Sazida 10-12-2019 05:26 PM
Bpk aku pakai kete ni. Tahun 95. Sampai skg elok jer. Now tgh cat baru.
Quote Perawankota 10-12-2019 07:05 PM
Katanya kualiti proton utk pasaran luar Negara dgn pasaran tempatan x sama..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.052954 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top