CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Video Sofyank Kreatif Gila Sampai Orang Luar Kagum, Tapi Warganet Sibuk Betulkan Grammar Pula"

10-12-2019 12:12 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7457| Komen: 36|Original author: Shimmer Shine



Anak muda Malaysia, Sofyank memang berbakat dalam penghasilan video kreatif, hinggakan Vlogger trik magik antarabangsa Zach King pun mengagumi bakatnya. Bukan itu sahaja, aktor Will Smith pernah berkolabrasi dengannya. 


Namun, apabila beliau berkongsi pujian Zach terhadap video terbarunya, ramai pula rakyat Malaysia yang lebih menumpukan pada tatabahasa Sofyank ketika berkomunikasi (mengkritik bahasa Inggerisnya) dan bukan bakatnya! Dah mengapa?


Twitter

Perbahasan antara yang mengkritik bahasa Inggeris Sofyank dengan yang menyokong pereka video kreafif itu semakin panas apabila masing-masing mempertahankan pendapat sendiri. 

Ig

Timbul isu budak-budak Melayu sengaja membesarkan soal tatabahasa sedangkan bakat sebesar pemuda ini tidak pula dipandang. 

Twitter

Atau pun mungkin bila teguran dibaca sebagai kritikan, ianya menjadi masalah besar. Apatah lagi nada yang dibaca adalah mengikut mood pembaca ketika itu. 

Ig

Namun begitu, tiada masalah bagi Sofyank malahan jawapan darinya memang merendah diri. Beliau berjanji akan terus memperbaiki kualiti percakapan bahasa Inggerisnya dan kini sedang mencuba dalam pelbagai cara. 


Begitulah, tidak salah menegur tetapi adab itu perlu supaya orang lain tidak salah faham. Maklumlah apabila semuanya menerusi alam maya, perlu lebih berhati-hati kala berbicara. - CARI 



1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • akidhuyuf

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • armin


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 10-12-2019 12:31 PM
Aku suka layan video budak ni.
Quote hyie 10-12-2019 12:44 PM
malays memang begitu sis...dia akan cari sekecil2 kesalahan orang lain untuk dijadikan modal menghencap...padehal pencapaian diri sendiri jauh bertiang lagi sedihhhhhhhh...inferior much huh???
Quote Fettybombom 10-12-2019 01:00 PM
Inila nama melayu jatuhkn melayu yg lofa ckp, tak dpt bersaing, mulala cari sebesar besar kuman silap org,, lg satu suka nk laga2 org... Bila bgtau peel tu gitu, xnk mengakuuu
Quote buragazz 10-12-2019 01:13 PM
Srebab tu susah sangat Malays nak meletop kat Malaysia ni sebab dek orang melayu memang suka cari kesalahan.. banyak dah cecontoh macam Yuna.. filem2 dan macam2 lagi...
Quote Kurex 10-12-2019 01:15 PM
best ke video dia?
Quote RinIna 10-12-2019 01:29 PM
Terbaik bro..
Quote grizz 10-12-2019 03:51 PM
bagus..merendah diri..sopan je die jwp..stay humble k..
Quote Megikari 10-12-2019 04:56 PM
Yang mengomen pasal pronunciation dia tu pun grammar ke laut.. "doesn't sounded", "a fluent english" my ass la deyy {:laugh
Quote munchkin 10-12-2019 05:30 PM
Doesnt sounded? English apa tu?
Quote munchkin 10-12-2019 05:31 PM
When you saying those scripts? Apo ni?
Quote munchkin 10-12-2019 05:31 PM
Ehhhhh mamat ni talented lah!!!! Tahniah!!!!
Quote gummiebear 10-12-2019 07:00 PM
Ingat senang ke nak buat vid tu semua tambah2 ZachKing sendiri recognized his talent. Chuols whoayus kan jah haters itu dekk
Quote violetungu 10-12-2019 07:50 PM
Pernah tengok video2 dia mmg dia berbakatla dalam editing..memang nampak real.
Quote che-cikL 10-12-2019 11:30 PM
Kuaq bunyi English macan cekek kelatam
Quote che-cikL 10-12-2019 11:32 PM
Tapi ralit juge backlog vids dia

Ok lah tu, layak diketengahkan... Bukan calang2 tu Will Smith, akak forem ado?
Quote aleesyasofia 11-12-2019 12:47 AM
ikut ler nk ckp mcm mana pon.. jnji paham..
Quote Perawankota 11-12-2019 01:26 AM
Dia sendiri me ngaku x pandai Sgt English.. Dah3lah asik sibuk nk betulkan grammar org..
Quote dani-rox 11-12-2019 02:48 AM
aiyoyooo yg kritik grammar tu pon mcm ketam, english ke laut jua

ai harap sofyank terus sukses... esok2 bila americans/british etc datang interview, jawab jah dgn bahasa melayu. mcm Japanese video game creator berbual2 dgn tv host Conan O Brien, dia cakap Jepun diselit dgn isyarat tangan yg penting org jumpa kau sbb talent, bukan english grammar tahap fakulti English unibersiti oxford
Quote tajmahal 11-12-2019 08:43 AM
sangat berbakat pian ni! let alone the grammar!

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.064445 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top