CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Abang Belanja Badan Abang," - Ramai Teruja Sharnaaz 'Belanja' Gambar Separuh Bogel

10-12-2019 10:18 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 20560| Komen: 82|Original author: SakuraJo

Amboi! Amboi! Amboi! Bukan main lagi netizen apabila pelakon Sharnaaz Ahmad memuat naik gambar tidak memakai baju atau separuh bogel di akaun Instagram miliknya. Gambar tersebut merupakan gambar yang diambil pada September yang lalu dipercayai sebelum dia memulakan rutin senaman bagi membina badan yang lebih tegap. 



"Hai semua. Apa khabar. Hehe ini gambar 24 September 2019."

"Saja membakar Isnin anda dengan bulu dada abang yang jarang ituh.."

Pelakon kacak itu berkongsi gambar itu dengan tujuan mahu membakar semangat orang ramai untuk berusaha mendapatkan sesuatu yang diinginkan dengan disiplin dan keazaman yang tinggi.

"Kalau ada keazaman, gunung Everest kita mampu tawan."


Dia juga secara berseloroh berkata akan berkongsi gambar yang terkini sekiranya postingnya itu mendapat lebih 30 ribu 'likes' daripada pengikutnya di laman sosial tersebut.

"Cukup 30k likes abang belanja badan sekarang."

Kredit foto : Ig Sharnaaz

Posting tersebut mendapat perhatian netizen yang seakan tidak percaya Sharnaaz memiliki lebihan lemak pada bahagian perutnya sebelum ini kerana secara luaran dia dilihat memiliki badan yang tegap. 

Kredit foto : Ig Sharnaaz

Malah, lebih ramai lagi yang tidak sabar untuk 'menuntut janji' ayah kepada Jebat itu untuk berkongsi gambar terkini nya selepas menjalani rutin senaman kurang daripada 3 bulan apabila posting itu mendapat lebih 30 ribu likes seperti yang diminta oleh Sharnaaz.

Kredit foto : Ig Sharnaaz 

Kalau dilihat gambar-gambar terkini, Sharnaaz kelihatan lebih kurus dan tegap berbanding beberapa bulan yang lepas. Ramai yang kagum dengan usaha dan kerja keras Sharnaaz yang sudah membuahkan hasil dalam masa yang singkat. 


Bila agak-agaknya Sharnaaz nak 'update' gambar terkini ye? Ramai sangat dah tu yang tak sabar kan nak tengok gambar cik abang hot kita ni. -CARI 

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adm89 10-12-2019 10:20 AM
euww geli la nenaz katik ni
Quote MadameOnion 10-12-2019 10:31 AM
strict diet betui dia ni
Quote miss_strangers 10-12-2019 10:36 AM
Iols lagu rela tengok nanaz berlakon Dari julripin. Nanaz berlakon xnampak hipokrit sgt
Quote RumiMenari 10-12-2019 10:48 AM
Sesi menggoda kak nab ke? Kot2 la terigau-igau kenangan dulu
Quote inspiro92 10-12-2019 11:24 AM
selalu mak janda yg pasang body pas cerai. skrg ni terbalik pulak. tp x pe lah nanaz oi.  jg kesihatan & build ur acting career back. build revenge body gitu.
Quote fliphair8 10-12-2019 11:26 AM
badan makan kari banyak....
Quote doubleA 10-12-2019 11:28 AM
miss_strangers replied at 10-12-2019 10:36 AM
Iols lagu rela tengok nanaz berlakon Dari julripin. Nanaz berlakon xnampak hipokrit sgt

Nanas tak kayu macam icebox utk cerita biasa, bukan cerita aksi. Icebox jadi tombiruo ok jah cuma kalau berlakon jadi suami orang, cover lebih sangat
Quote miss_strangers 10-12-2019 11:40 AM
doubleA replied at 10-12-2019 11:28 AM
Nanas tak kayu macam icebox utk cerita biasa, bukan cerita aksi. Icebox jadi tombiruo ok jah cuma  ...

Panggil dia ice box sbb muka dia petak ke? Ke sbb badan cam Peti sejuk??
Quote beni_nikaido 10-12-2019 11:49 AM
bagus la dia bina badan kasi segak sket
laki pun kena pasang badan gak
go nanas
Quote kaki_jalan88 10-12-2019 11:53 AM
rasa sebab skrg die nak start shooting filem baru die kan? tapi ok lah lawa jugak badan die x besa sgt macam zaman Jebat dulu
Quote brown_pupil 10-12-2019 12:04 PM
menangis ketap bibir gamaknya kak nab bila nengok gambar nanaz yg baru..
Quote kaklimahcomot 10-12-2019 12:07 PM
Adm89 replied at 10-12-2019 10:20 AM
euww geli la nenaz katik ni

nanaih katik? wkwkwkwkw....
Quote BoongaKertas 10-12-2019 12:09 PM
RumiMenari replied at 10-12-2019 02:48 AM
Sesi menggoda kak nab ke? Kot2 la terigau-igau kenangan dulu

nyesal iols baca komen chuols ni. terus teringat gmbr duduk celah tu
Quote Lavender_Violet 10-12-2019 12:52 PM
Haihh nanaz ni...fans tegur badan mcm hourglass heols sentap pulak
Sound fans kata cakap dgn cermin ke
Dah mmg time tu badan ko mcm hour glass, nk marah knp?
X nk dikeji (wpun betul) usah lah up gambo len kali
Quote af_mania 10-12-2019 01:03 PM
Tak pernah rasa dia ni kacak. Macam bangla bersepah.
Quote shania88 10-12-2019 01:05 PM
NANAZ SAJE NAK GODDDAAA KAK NAB

DIA MESTI TAU KAK NAB TASTE KAT BODY DIAAAA KANNNN

TELAN LIURR KAK NAB

KEMBANG KEPIS HIDUNG SAMBIL TAKOT2 DGN MAMATINI

SIAN KAK NABBB

NAPE NANAZ BUAT NAPSU KAK NAB BERGELORA NIIII

SAJE JE TAU NANAZ NIHHH
Quote mesmerize 10-12-2019 01:10 PM

nanaz tinggi kan?
ai penah jumpa dia masa dating ngan shila amzah dulu.. tinggi gak
Quote mesmerize 10-12-2019 01:11 PM
dia dah tepek pic baru dia.. wah kekar badan.. takde body fat
Quote lasagna 10-12-2019 01:14 PM
shania88 replied at 10-12-2019 01:05 PM
NANAZ SAJE NAK GODDDAAA KAK NAB

DIA MESTI TAU KAK NAB TASTE KAT BODY DIAAAA KANNNN

hahahah kebarangkalian mebi btul..

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.065600 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top