Awal pagi semalam telah berlangsungnya pertandingan akhir Miss Universe 2019 yang berlangsung di Atlanta, Georgia . Pertandingan Miss Universe 2019 ini merupakan edisi yang ke-68 dan menyaksikan peserta dari 90 negara bertarung bagi merebut gelaran Miss Universe . Gelaran Miss Unierse edisi kali ini menjadi milik wakil dari Afrika Selatan, Zozibini Tunzi, 26 yang berjaya menewaskan calon favourite dari India, Filipina, Thailand, Puerto Rico, dan Mexico bagi memenangi pertandingan ratu cantik berprestij itu. Walaupun wakil Malaysia, shweta Sekhon tidak berjaya meloloskan diri ke pusingan separuh akhir , dia tidak pulang dengan tangan kosong apabila Malaysia diumumkan sebagai pemenang kategori National Costume terbaik. Ini adalah pertama kali buat negara memenangi kategori tersebut. National costume rekaan pereka tempatan, Carven Ong yang bertemakan ‘A Peranakan Indulgence’ daripada kaum Baba dan Nyonya itu telah berjaya menewaskan 89 national costume milik peserta lain dari seluruh dunia. Di saat pengumuman kemenangan tersebut, terdapat sedikit kesilapan pabila hosnya, Steve Harvey mengumumkan Filipina sebagai pemenang biarpun kemenangan pada ketika itu berpihak pada Malaysia berikutan kesilapan teknikal. Miss Malaysia memberanikan diri lalu meminta mikrofon dari hos lantas memperbetulkan kesilapan itu dengan mengatakan "It's not Philiphine , it's Malaysia!". Kemenangan bersifat seketika Malah pada ketika itu, akaun rasmi Twitter Miss Universe turut menamakan Malaysia sebagai pemenang kategori tersebut. Sayangnya Malaysia hanya mampu bergembira buat seketika kerana tidak lama kemudian laman rasmi Miss Universe telah mengumumkan Filipina adalah pemenang sebenar bagi kategori kostum kebangsaan terbaik tanpa sebarang penerangan rasmi dari pihak Miss Universe Organization, MUO mengenai kekeliruan yang timbul. Malah, posting asal mengenai kemenangan Malaysia turut dipadam dari Twitter rasmi MUO bagi mengelakkan kekeliruan. Sejurus pengumuman tersebut dibuat, rata-rata netizen telah menyuarakan bantahan mereka mengenai keputusan yang memalukan dua negara itu. Malah tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan Steve Harvey selaku hos yang membuat kesilapan sama seperti insiden penanugerahan mahkota Miss Universe pada tahun 2015 apabila dia telah tersalah umum pemenang sebenar pertandingan tersebut sehingga memaksa tiara dimahkotakan semula kepada pemenang sebenar. Lebih malang lagi insiden memalukan itu berlaku sewaktu siarang langsung dan ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia. Pengarah Miss Universe Malaysia Organization, MUMO, Datin Elaine Daly menceritakan mengenai kejadian tersebut melaui satu posting dilaman Instagramnnya. Beliau turut menyuarakan kekesalan dan rasa tidak puas hatinya terhadap kesilapan yang dibuat oleh penganjur sehingga tercetusnya kekeliruan dan insiden memalukan tersebut.
|
kucingitam replied at 10-12-2019 02:28 AM
eh pilipin ni...dahla sea games hauk jadi tuan rumah... ke ada agenda tertentu nak malukan malaysia ...
sekngucing replied at 10-12-2019 10:18 AM
steve harvey ni lagi.. malaun ni memang...
inspiro92 replied at 10-12-2019 10:45 AM
Bukan salah pinoy pun mmg salah penganjur. yg malu negara kita.pastu tuduh shweta memandaimandai ...
sekngucing replied at 10-12-2019 10:18 AM
steve harvey ni lagi.. malaun ni memang...
tripleid replied at 10-12-2019 03:48 AM
to be honest pinoy punye design lg gempak drp msia yg serabai ala2 fesyen din beramboi
ADVERTISEMENT