Seorang lelaki nekad berpakaian seperti wanita untuk bekerja sebagai tukang cuci bagi menyara ibu bapanya yang sudah uzur. Menurut The Star yang memetik laporan Malaysia Nanban, lelaki dikenali sebagai Raj itu dilaporkan kantoi sedang menukar pakaian wanita oleh beberapa individu yang menyangka dia berniat buruk.
Dalam kejadian berlaku di Tamil Nadu, India itu, Raj, 40, menjelaskan dia berhijrah dari bandar Sivaganga kerana susah mendapatkan pekerjaan di sana. Katanya, tidak ada yang mahu menerimanya bekerja sebagai tukang cuci rumah kerana dia seorang lelaki. Disebabkan itu, dia nekad berhijrah ke Madurai, di mana tiada siapa mengenalinya. Raj berkata, dia berpakaian seperti wanita dan bekerja sebagai tukang cuci di tiga buah rumah, di mana dia dikenali sebagai Rajathi. - CARI
|
sekngucing replied at 9-12-2019 04:37 PM
kah kah kah.. raj jd rajathi
kalau changa jd changthy? chazey? chazethi?
sekngucing replied at 9-12-2019 04:37 PM
kah kah kah.. raj jd rajathi
kalau changa jd changthy? chazey? chazethi?
Atata: Euwh skeri. Entah2 alasan dia jak. Imejin ko upah org kemas rumah pastu rumah kau ada anak ppuan. Tetiba org ko upah tu rupanya lelaki. Aiyooyo amma a ...
ADVERTISEMENT