CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Sila Pindah Planet Lain!" - Netizen Salahkan Antivaksin Usai Kes Polio Muncul Kembali

10-12-2019 10:48 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9450| Komen: 54|Original author: natrahn


Gempar! Setelah 27 tahun negara Malaysia tercinta bebas dari penyakit berbahaya yang boleh membawa maut  iaitu penyakit polio, negara kita dikejutkan dengan satu penemuan kes polio di Tuaran, Sabah melibatkan seorang bayi berusia 3 bulan warganegara Malaysia.

Perkara ini turut dikongsikan menerusi laman F@cebook Public Health Malaysia seperti berikut:

Loading FB Post...


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM), hasil siasatan mendapati, kawasan kejiranan pesakit tersebut kebanyakkanya tidak menerima vaksin polio. 23 daripada 199 orang yang berumur di antara 2 hingga 15 tahun tidak menerima vaksin tersebut.

Kesukaran bernafas akibat penyakit polio pada suatu ketika dahulu menyebabkan 
orang ramai khususnya di Amerika Syarikat, menggunakan mesin ini sebagai alat bantuan pernafasan - Google

Selepas penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak di kejiranan tersebut telah bersetuju untuk menerima vaksin tersebut seperti yang dilaporkan KKM.

Susulan berita yang membimbangkan ini, warga maya rata-rata menyalahkan golongan anti vaksin yang menyebabkan penyakit berbahaya ini kembali muncul selepas hampir 3 dekad.




Perkara yang kita takuti  telah pun terjadi. Sikap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sesetengah pihak akhirnya mendatangkan masalah pada orang lain. 

Justeru, KKM menyeru orang ramai khususnya ibu bapa untuk memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap.

Kanak-kanak yang cicir imunisasi boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan imunisasi.

Di samping itu, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan. - CARI 

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 10-12-2019 10:56 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote salmon-suki 10-12-2019 11:03 AM
Vaksin tu wajib ke tak sebenarnya?kalau wajib,dah ada baby lahir,vaksinkn aje..xleh ke?kalau parents refused,kasi jail and sekolahkn itu worang..
Quote kucingitam 10-12-2019 11:06 AM
salmon-suki replied at 10-12-2019 11:03 AM
Vaksin tu wajib ke tak sebenarnya?kalau wajib,dah ada baby lahir,vaksinkn aje..xleh ke?kalau parents ...

mmg lah  lepas lahir terus suntik.

yang kemudian2 tu, kalau parents tak bawa, cemana nak cucuk..


Quote mzzenma 10-12-2019 11:21 AM
dekat benang konspirasi teori kata vaksin tu agenda freemason..geng2 antivax mesti suka lepak benang tu
Quote natrahn 10-12-2019 11:32 AM
kucingitam replied at 10-12-2019 11:06 AM
mmg lah  lepas lahir terus suntik.

yang kemudian2 tu, kalau parents tak bawa, cemana nak cucuk. ...

Antivax dorang tak bagi langsung cucuk masa lahir tu...bersalin bole plak gi spital hehe
Quote natrahn 10-12-2019 11:33 AM
mzzenma replied at 10-12-2019 11:21 AM
dekat benang konspirasi teori kata vaksin tu agenda freemason..geng2 antivax mesti suka lepak benang ...

Ye... Dorang kata virus polio ni disebarkan tru najis once terima vaksin opv tu... .
Quote belilies 10-12-2019 12:41 PM
Eh bodoh. Tau beranak je kejenye.
Quote Artemesiaa 10-12-2019 01:01 PM
Benda yang boleh membahayakan bukan saja anak mereka sendiri tapi anak orang lain juga semuanya kerana anti vaksin
Quote polluxsstar 10-12-2019 01:19 PM
salmon-suki replied at 10-12-2019 11:03 AM
Vaksin tu wajib ke tak sebenarnya?kalau wajib,dah ada baby lahir,vaksinkn aje..xleh ke?kalau parents ...

kalau ikut jadual vaksin KKM, umur baby 2 bulan dpt suntikan pertama IPV.
pastu dos ke2 masa umur 3 bulan, pastu ada lagi..x silap 4 dos IPV.
so baby ni umur 3 bulan dh kena sbb badan baby ni kan masih fragile.
wpun dh dpt suntikan pertama, x menjamin bdn baby dah cukup kebal utk melawan virus tu.
saya yakin baby ni dapatkan rawatan di Klinik Kerajaan dan ada dapatkan vaksin.
Penyebar virus adalah dari warga asing yg sememangnya kita tahu ramai membiak di Sabah
terutamanya Filipin yang ramai di bahagian Barat Sabah.
Quote buragazz 10-12-2019 01:21 PM
Kat abah nun memang ramai puak2 pinoy ni jadi tak heran ler akan ada penularan.. tapi yg lagi bangang dah tau possibility tu ada.. tetap degil tak nak ambik vaksin.. klu ko je mampos takpe ni dengan yang lain sekali terlibat..
Quote apraditha 10-12-2019 01:34 PM
hai.....menunggu komen2 dari or write up dari antivac ni....huhuhuhu....paling suka guna kad agama.....makanan sunnah....
Quote felinecat 10-12-2019 01:56 PM
Org malaysia ke org pinoy.bahaya betul.pg eksport balik pinoy la dgn penyakit2 tu sekali
Quote Catpaw 10-12-2019 02:00 PM
Pinoy pendatang ke, elok la jemput pendatang ramai2 percuma wabak kat Malaysia
Quote meow_tompok 10-12-2019 02:51 PM
Vaksin tu percuma saja.... tu pun nak berkira jugak ker

bagi percuma pun tak mo

Quote per706 10-12-2019 03:26 PM
mzzenma: dekat benang konspirasi teori kata vaksin tu agenda freemason..geng2 antivax mesti suka lepak benang tu

Maaf memcelah..x semua berpendpt mcam tu dlm tu x silap sya,sya lepak grup tu gak...tpi tiga2 ank saya fully vaksin.sbb bgi sya itu hak ank2 sya utk hidop sihat dan tngungjwab kita pda masyarakat...blah suami sya ada yg x percya vaksin..ank nya da meninggal awal taon ritu..pastu bru mak ayah dia mcam menyesal sbb x tunaikan hak ank...ajal mmg ditgn Allah kan,tpi usaha juga satu tuntutan..
Quote CatMiow 10-12-2019 03:31 PM
Aku anggap yg kena ni warganegara la ye..  Sebab tak sebut pun warganegara atau bukan..

Harap wabak tidak menular.  Baru tahu kita bebas polio hanya 27 tahun..  Tak sampai 3 dekad dah ada kes pula.

Tapi kat sabah ni ramai pinoy,  mungkin ramai tak vaksin.  Sebab rasanya dorng ni kena bayar,  sedangkan beranak pun dorng kena bayar 3k..  Tu pun banyak yg  hutang.
Quote chinta89 10-12-2019 03:33 PM
selain sb antivak, aku rse punca pendatang pun ye jgk.
Quote natrahn 10-12-2019 04:24 PM
per706 replied at 10-12-2019 03:26 PM
Maaf memcelah..x semua berpendpt mcam tu dlm tu x silap sya,sya lepak grup tu gak...tpi tiga2 ank ...

Betul... Rasulullah SAW kekasih Allah pun pergi berperang pakai perisai. Ikhtiar tu perlu.
Quote lemak_masin 10-12-2019 04:36 PM
Dah takdirrr.... kalau divaksin pun bukan jaminan tak kene..kalau nak mati kat mana pun mati... kalau anak korang dah bervaksin, kenapa nak takut dengan anak yang takde vaksin...



sekian...
Kata2 dari geng antivax pengamal makanan kurmaa dan kismiss..

Jgn marahkan sayaaa... saya jawabkan bagi pihak merekaaa...

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.051265 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top