Akhirnya ditembak mati oleh pihak polis! Begitulah nasib yang menimpa suspek utama dalam kes membunuh dan memenggal seorang wanita di Filipina yang ditembak maut Jumaat lalu.
Lloyd Bagtong, 21 sebelum ini ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam seorang wanita serta turut memakan otaknya kerana bercakap bahasa Inggeris dengannya, lapor Sunstar. Lelaki ini ditahan pihak berkuasa sebelum ini namun dia dikatakan berjaya merampas pistol daripada seorang pengiring polis dan menembak pegawai lain dalam satu kejadian. Kejadian itu dipercayai ketika tayar kenderaan pengiring pecah kira-kira 63 km dari Talisayan dan 30 km dari Cagayan de Oro.
Suspek di bawa ke situ bagi tujuan prosiding inkues kerana tiada pendakwaraya yang bertugas di Talisayan ketika itu. Suspek kemudiannya dilapor meminta kebenaran untuk membuang air kecil ketika kenderaan itu sedang berhenti. Difahamkan ketika suspek mengambil peluang merebut pistol dan melepaskan tembakan kepada polis pengiring. Namun, tiada anggota polis yang cedera dan suspek berjaya ditembak tiga kali oleh pihak polis. Bagtog dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia selepas mengenai tembakan di dada dan sisi badannya. - CARI |
puteralilin replied at 9-12-2019 12:18 PM
bagus buat gini, mati terus, mesti polis buat drama je ni kata dia rampas pistol bagai....padahal di ...
matryoshka replied at 9-12-2019 03:46 PM
Dia bukan sbb mental ni kalau men rampas2 ni......agaknye dia makan otak pompuan tu nk bg sel2 otak ...
ADVERTISEMENT