Beberapa bulan lepas ada kita mendengar khabar berita tentang Abby Abadi yang selamat melahirkan anak pertamanya bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria. Namun sangat mendukacitakan apabila semalam Abby Abadi telah memuat naik status di Instagram bahawa anaknya yang tidak sampai setahun itu telah meninggal dunia kerana masalah pada hati.
Abby Abadi dan suami, Fizal Zakaria yang kini berada di Tanah Suci Makkah sangat terkilan kerana mereka tidak sempat melihat dan menguruskan anak mereka itu buat kali terakhir. "Sangat sedih sebab abah tak dapat jumpa Baby D untuk kali terakhir, abah tak dapat nak uruskan baby D. " "Maafkan abah sayang sebab tak dapat uruskan untuk kali terakhir" tulisnya di Instagram.
Menurut Abby di Instagram, anak mereka itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Kuala Lumpur. "Maafkan mama dan abah sayang. Pak ngah, mak teh dan pak teh akan uruskan jenazah selepas subuh esok. "Baby D, tarik mama dan abah masuk syurga nanti ye sayang," luah Abby. Semoga Abby dan suami cekal dan kuat untuk menghadapi kesedihan ini. Takziah buat mereka sekeluarga. - CARI |
LadyCarefree replied at 8-12-2019 12:02 PM
Boleh pulak suruh anak dia tarik tarik masuk sorga. Apadaaaaa
barfi replied at 8-12-2019 12:05 PM
Takde sapa yg paksa you tunaikan umrah disaat anak you tengah fighting antara hidup dan mati
ADVERTISEMENT