CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kahwin Warga Tempatan, Cara Terbaru Peniaga Thailand Buka Kedai Tomyam

5-12-2019 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10084| Komen: 83

Rupanya lambakan restoran tomyam di Johor Bahru mempunyai cerita di sebaliknya.

Harian Metro melaporkan ia kebanyakannya dimiliki warga Thailand, menjalankan perniagaan di sebalik lesen warga tempatan mahupun ada yang langsung tiada lesen perniagaan. 


Kini, taktik itu mula berubah apabila peniaga tersebut dikatakan mula bernikah dengan warga tempatan dan sekaligus menggunakan nama isteri atau keluarga isteri mereka bagi mendapatkan lesen. 

Foto: The vocket

“Bermula sebagai tukang masak, mereka mengumpul wang untuk menyewa tapak di dalam restoran bukan saja disebabkan lebih murah berbanding menyewa kedai, malah tidak perlukan lesen perniagaan.

“Dengan cara ini, kebanyakan pelanggan mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) berpendapat tukang masak itu pekerja restoran berkenaan walaupun mereka sebenarnya menyewa tapak dan berniaga.

“Formula itu diguna pakai hingga mereka mempunyai kenalan di mana mereka menggunakan nama penduduk tempatan bagi mendapatkan lesen,” menurut satu sumber. 

Peniaga Thailand ini mula menggunakan taktik berkahwin dengan warga tempatan pula. 

“Sikap penduduk tempatan yang menyewakan lesen, malah ada yang menekan peniaga itu (naikkan harga) menyebabkan mereka nekad bernikah dengan warga tempatan.

“Kini, kebanyakan daripada peniaga Thailand tidak lagi bimbang kerana mempunyai penduduk tempatan sebagai keluarga sendiri.

“Mereka boleh berniaga dengan aman tanpa perlu risaukan pihak berkuasa mahupun penduduk tempatan.

“Pesaing terdekat mereka adalah peniaga dari Kelantan kerana mempunyai kemahiran hampir sama untuk menyediakan tomyam, namun jumlah peniaga dari Kelantan tidak banyak disebabkan modal berniaga di Johor Bahru besar dari segi sewa, gaji pekerja dan kos lain,” katanya lagi. 

Malah, warga tempatan di Johor juga sukar membezakan peniaga Thailand ini dengan Kelantan kerana pertuturan yang hampir serupa. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cutieslilies 5-12-2019 11:51 AM
hurmmmmmmmmmmmmmm.....
Quote rospinki 5-12-2019 12:16 PM
dan diorgtu kuat main bomohmcm anak tokey toyey tu kesian aku kt dia
mak pak org siam tapi meniaga kt sini
byk sgt bomoh makan diri
hidup taktenang
duit byk tapi utk pegi berubat sana sini
kena gangguan
anak2 terbiar mencari perhatian
mcm bekas bopren anak aku sorg tu
budak baik tapi aku rasa ada sesuatu kt dia yg menghimpit..
Quote leylapple 5-12-2019 12:16 PM
ala...sama agama kan? lagipun dah kawin dgn warga tempatan...blh bertutur dlm bahasa melayu and so on...

so apa masalahnya?

lagipun sebelah negara jer...buruk2 pun masih serumpun
Quote Artemesiaa 5-12-2019 12:20 PM
Bukan benda baru pun dah lama berlaku merata tempat ada kes macam ni sama seperti kes Bangla dan Pakistan sebelum ni.
Quote pokaibanktokyo 5-12-2019 12:24 PM
Melayu thailand
Quote ifanonline 5-12-2019 12:26 PM
orang siam ni kote dia kecik berbanding kote melayu johor...

bangsa cina malaysia paling kecil kote nya...

keling besar...
Quote orgsepang 5-12-2019 12:26 PM
Bukan thailand saja, indo, bangla dan lain2 semua kahwin orang tempatan untuk dapatkan lesen berniaga. Dah lama dan mestinya semakin berkembang. Negara ni memang dipenuhi orang luar sajok.
Quote Boomibulat 5-12-2019 12:28 PM
Kawin dgn siam ni rasa ok skit..jgn kawin indon bangla pakistan
Quote sarah82 5-12-2019 12:50 PM
Depa Melayu Pattani la.. Kejadahnya depa SIAM.
Quote sarah82 5-12-2019 12:51 PM
Boomibulat replied at 5-12-2019 12:28 PM
Kawin dgn siam ni rasa ok skit..jgn kawin indon bangla pakistan

D pa bukan siam laaa.. Melayu pattani..
Quote fushimi 5-12-2019 01:08 PM
isu basi tapi tak pernah take action  pun

Quote MissVixen 5-12-2019 01:17 PM
Edited by MissVixen at 5-12-2019 01:18 PM

Ramai orang kena kutuk bila kahwin indon, bangla. Tapi melayu pattani takde orang bising. Perangai ok siket kot. Rupa pon cantik siket kalau nak bandingkan dengan bibik indon. Boleh baiki keturunan. Imigresen di sempadan pon bagi lepas je bila angkat tangan. Yang bukak kedai makan siam tu semua ada lesen ke?
Quote 3480 5-12-2019 01:18 PM
Masakan siam sedap tp sedaaappp lg masakan tempatan kita. Kt kl ni kedai tomyam besepah, kedai mlayu indon masak pon besepah. Biasye2 ja rasa dia. Kedai mkn masakan tempatan (ikut negeri2 d Malaysia) x byk pon. Tp klu Ada mmg sedap depa masak. Ada aura
Quote MissVixen 5-12-2019 01:22 PM
3480 replied at 5-12-2019 01:18 PM
Masakan siam sedap tp sedaaappp lg masakan tempatan kita. Kt kl ni kedai tomyam besepah, kedai mlayu ...

Sedap memang sedap kalau kedai melayu betul. Masalahnya kedai jenis ni waktu bukak dia tak konsisten. Dekat kampung aku kedai makan atau runcit melayu totok ni selalu tutup dari bukak. Kalau bukak, menu banyak takde atau bukak lewat dari waktu dijanjikan.
Quote 3480 5-12-2019 01:24 PM
MissVixen replied at 5-12-2019 01:22 PM
Sedap memang sedap kalau kedai melayu betul. Masalahnya kedai jenis ni waktu bukak dia tak konsist ...

Tu la masalahnya.. lg satu mahai beno mcm eklusif sgt. Ku rsa yg mahai tu sbb x byk kedai gini kt kl ni
Quote prettyuglybabe 5-12-2019 01:25 PM
mesti kelantan yang komplen ni kan
Quote any42 5-12-2019 01:26 PM
tomyam mkn kt kedai sedap btul. bt sndri xprnah rsa sesedap kt kedai. tp kbanyakan kdai tomyam tahap kbersihan hemmmmm
Quote yuki812 5-12-2019 01:26 PM
tak kisah ler kawin ngn bangla..paki..thai ke indon..janji boleh gebang ckp besar claim kawin ngn org obersea katanya
ko adooo...
Quote MissVixen 5-12-2019 01:27 PM
3480 replied at 5-12-2019 01:24 PM
Tu la masalahnya.. lg satu mahai beno mcm eklusif sgt. Ku rsa yg mahai tu sbb x byk kedai gini kt  ...

Betul. Kadang2 ambil lauk jenis dan kuantiti sama, harga lain2. Bukan kl je, Grik yang ceruk kampung tu pon ada kedai nak tibai orang. Harga nak pergi buat haji tiap tahun.

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046846 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top