"Kalau benci pun, jangan sampai jadi batu api fitnah yang bukan-bukan. " Pelakon Izreen Azminda memberi peringatan kepada semua yang berniat melaga-lagakan dirinya dengan pihak tertentu dipercayai bekas madunya, Intan Liana Saleh. "Awas! Aku tak pernah post benda-benda mengarut ni di Instagram," tulisnya di Instagram. Izreen Azminda Aznam, 34, ternyata tidak dapat bertahan lagi dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya akhirnya menyuarakan apa yang terbuku di hati selama ini. Dia memutuskan untuk membuka mulut selepas ada pihak mendakwa dia kononnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang dipercayai mengaitkan nama bekas madunya ketika live di Instagram. Bersama entri itu, Izreen sertakan sekali paparan skrin perbualan dengan individu yang dikatakan cuba memfitnah dirinya. "Lepas ni kalau ada apa-apa lebih baik tanya tuan badan dulu sebelum 'sembur' apa-apa sebab kadang-kadang kita tak tahu ada yang sengaja nak laga-lagakan," ujarnya terkilan. Sudah-sudahlah tu mengapi-apikan mereka. Berilah peluang Izreen tenang di samping suami dan anak. - CARI
|
kucing_gebu replied at 4-12-2019 03:22 PM
Kesian...
Dah le jd surirumah.
Ude please la bwk binik hang ni p tgk GV.. sedeyyyy
Labulababibu replied at 4-12-2019 03:38 PM
Patut la intan bersuara dua tiga harini.. Tp bagus jugak intan bangkit, jgn bg diorg pijak kepala..
mizruncing replied at 4-12-2019 04:26 PM
org tu tnya kt tuan badan la tu. yg kau nk sembur dh knp jering. oo intan dtg GV ek. tergugat le tu ...
ADVERTISEMENT