Ramai orang suka membuat isyarat 'peace' menggunakan jari-jari mereka ketika mengambil gambar yang kemudiannya dimuat naik ke media sosial. Namun, mereka mungkin tidak menyedari perbuatan itu boleh menyebabkan maklumat peribadi digodam. Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memetik kajian Institut Informatik Kebangsaan Jepun menjelaskan, cap jari seseorang individu boleh dicipta semula dengan menggunakan gambar yang diambil dari jarak tiga meter. "Tambah mereka, penggodam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari selagi gambar yang diambil itu terang dan jelas. "Apabila ia berjaya diperoleh, penggodam boleh mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang (seperti maklumat perbankan) melalui telefon pintar ataupun tablet dengan mudah," kata PDRM.
Justeru, PDRM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati walaupun sistem biometrik yang berasaskan pengesanan cap jari, mata dan wajah dianggap sebagai teknologi yang canggih. Kata PDRM, penggodam juga berupaya memanipulasi teknologi terkini untuk mencari peluang yang disediakan oleh orang ramai tanpa mereka sedari bagi mencuri maklumat peribadi. Memang kita patut berhati-hati ketika memuat naik sebarang bahan dalam media sosial agar tidak mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri. - CARI
|
Kurex replied at 6-12-2019 11:28 AM
nasib baik dalam. gambar,kurex selalu bagi middle finger
ais_kosong replied at 6-12-2019 11:32 AM
lepas ni kena tunjuk middle finger la kan
Kurex replied at 6-12-2019 11:34 AM
middle finger kuku dekat bahagian depan
TravellingBear replied at 7-12-2019 08:00 AM
Laaaa gambo bukan real pon.... semua filter edit sampai dinding pon senget benget . Confirm face sca ...
ADVERTISEMENT