CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Pun Tergamam, Neelofa Umum Keluar Dari MeleTOP Selepas 7 Tahun

4-12-2019 09:37 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 15465| Komen: 90|Original author: Myeonir

Semestinya ramai rakyat Malaysia sudah mengetahui bahawa rancangan hiburan iaitu MeleTOP dikemudikan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad. Mereka sangat sinonim dengan program itu sehinggakan tiada siapa yang dapat menandingi gandingan mereka.


Walaupun Neelofa banyak kali juga tidak dapat hadir ke sesi penggambaran kerana hal lain tetapi rata-rata peminat tetap mahukannya dalam rancangan itu.

Kredit foto: IG
Namun begitu, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Mengejutkan apabila usahawan terkenal itu telah mengumumkan dia mengundur diri daripada rancangan hiburan popular MeleTOP.



Menerusi sedutan video yang dimuat naik oleh laman Instagram MeleTOP itu, pelakon wanita berkenaan nyata tidak dapat menahan kesedihan dan mengalirkan air mata semasa pengumuman itu dibuat.

"Saya dengan berat hati akan meninggalkan rancangan MeleTOP dan ini menjadi bulan terakhir saya.

"MeleTOP telah banyak mendidik saya dan kerjaya seni saya membesar bersama rancangan ini. Ia ibaratnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya," katanya sebak.

Nabil juga kelihatan terkesima dengan pengumuman itu dan cuba berseloroh mengenainya. Tetapi nampaknya dia juga seperti terkejut dengan berita tersebut.

Kredit foto: IG
Pengumuman itu sekali gus menjawab spekulasi ramai selepas terdengar desas-desus sebelum ini mengatakan bahawa Neelofa bakal menarik diri selepas tujuh tahun bersama rancangan itu.

Kebanyakan peminat nampaknya begitu kecewa dengan penarikan diri Neelofa ini dan turut tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan tempat kosong tersebut di samping Nabil Ahmad.

Sedihnya Lofa! -CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-12-2019 09:40 AM
baguslahhhhghg
Quote TabletSusu 4-12-2019 09:42 AM
bagusssssssss sgttttttt
Quote Potato_kering 4-12-2019 09:42 AM
Maybe she leave for good utk buat lebih kebajikan, lebih devoted pada yang SATU, perlahan2 jadi yg terbaik. Yg kecam maki hamun ditakuk situ je la. All the best lofa. Nothing last kat dunia hiburan ni.
Quote miss_strangers 4-12-2019 09:44 AM
Yeah akhirnya miss world neelofa berundur juga Dari meletops...xyah la jadi host mesia ni...jadi je host kat Hollywood nun alang2 dah Ada kaki kat Sana Kan..
Quote BebeQ 4-12-2019 09:48 AM
Nabil acah2 tergamam la.
Dah promote ada pengumuman, haruslah satu produksi tahu.
Quote stargazer20 4-12-2019 09:51 AM

bagus baguss..at last !!!dia ni memang cantik,tapi wajah dia tu so arrogant !dah kaya raya tak payah lah nk jadi hos lagi..beri peluang dengan orang lain to shine..
Quote kaseh80 4-12-2019 09:52 AM
Alhamdullilah lopak dah takde
Asteruk sila ambil pengacara yg lebih professional commited
and paling penting compassionate pada org lain





Quote MadameOnion 4-12-2019 09:55 AM
sujud sukurrrrr sis..reaction nabil tergamam tu nampak sooo fake..
Quote fushimi 4-12-2019 10:00 AM
baguslah

Quote Boomibulat 4-12-2019 10:01 AM
Tinggallah hj nabil terkebil2..
Quote imanamsyar 4-12-2019 10:05 AM
yayyyyyyyyyyyyyyyyyyy... akhirnyaaaaa...
Quote buragazz 4-12-2019 10:14 AM
Sapa la yang kecewa dia blah tu.. propa naw2..
Quote minguk 4-12-2019 10:16 AM
i support 120% keputusan tu!
Quote awanysss 4-12-2019 10:19 AM
bglah jihan.. dia kelakar...
Quote apedehal 4-12-2019 10:19 AM
Potato_kering replied at 4-12-2019 09:42 AM
Maybe she leave for good utk buat lebih kebajikan, lebih devoted pada yang SATU, perlahan2 jadi yg t ...

U're so naive kentang kering..hahhaha
Quote TabletSusu 4-12-2019 10:20 AM
boleh ambik kakak fazura ganti.. mesti best!!!
Quote diss69 4-12-2019 10:21 AM
Ok laa bagi peluang kt org lain pulak... Lofa dh kukuh dlm industri n bisnes..
Quote Minami2013 4-12-2019 10:23 AM
Apa lah byk2 buka thread psal ni...

Anyway hajah lofa, all the best

To nabil, nk mengusik or membahan org kena lah jugak ada batasan nya... jgn sampai menjatuhkan air muka..
Quote sinceyesterday 4-12-2019 10:25 AM
BebeQ replied at 4-12-2019 09:48 AM
Nabil acah2 tergamam la.
Dah promote ada pengumuman, haruslah satu produksi tahu.

betul2x...acah2 tergamam je padahal dh tau awal...ioollss pun dh tau awal msa bulan october lagi.....dgr lofa nk buat talk show sendiri, produksi nk amik sherry al hadad sebgai penganti tpi x tau la dpt ke x...

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.102186 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top