“Saya tiada niat untuk mencederakan Zulfarhan, apatah lagi untuk membunuhnya." Itu yang dikatakan oleh penuntut UPNM, Muhammaf Afif Najmuddin Azamat.
Dia merupakan saksi keempat pembelaan yang juga tertuduh keempat berkata hubungannya dengan Zulfarhan baik, tiada kebencian dan dendam terhadap mangsa. Harian Metro melaporkan, Muhammad Afif, 23 berkata demikian ketika perbicaraan peringkat bela diri kes bunuh Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lalu. “Pada ketika itulah seseorang beri seterika wap untuk saya guna ke atas Zulfarhan. “Saya secara spontan guna seterika itu di bahagian paha luar Zulfarhan sebanyak dua kali, tak sampai sesaat pun,” katanya yang menerangkan situasi tegang dan kecoh ketika Zulfarhan disoal beberapa pelajar lain.
Katanya lagi, selepas itu dia meletakkan seterika wap di atas meja sebelum balik semula ke biliknya di bilik 3-3, blok asrama Jebat dan tidak berjumpa dengan Zulfarhan lagi selepas itu. Dia juga menerangkan, dia bersama tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; tertuduh keenam Abdoul Hakeem Mohd Ali; dan saksi pendakwaan ke-12 Muhammad Sufi Mohd Mustapha, membawa Zulfarhan ke Klinik As-Salam di Bangi menaiki kereta tertuduh ke-16, Muhammad Hasif Ismail pada 27 Mei 2017, jam 12 tengah hari. “Setelah selesai rawatan di klinik, saya minta Muhammad Hasif menghantar saya ke Terminal Bas Selatan untuk saya pulang ke rumah saya di Negeri Sembilan,” katanya. Perbicaraan bersambung esok. - CARI
|
salmon-suki replied at 3-12-2019 06:27 PM
Boleh tak buat demo brp lama dia ltk saterika wap tu kt arwah?dia berlakon jd arwah,dan polis berlak ...
CardiGans85 replied at 3-12-2019 08:08 PM
Aku pun nk tengok juga sebenarnya. Sakit hati aku dgr statement mcm ni. Mentang2 arwah dah xde, se ...
ADVERTISEMENT