Musim cuti sekolah memang banyak kenduri diadakan. Pastilah juga pelbagai kisah pahit dan manis menjadi memori hatta cerita lucu sekalipun, ia mendapat perhatian ramai. Terbaharu, warganet mengadu mengenai gelas yang dipenuhi dengan kesan gincu hingga menyukarkannya untuk menyental. Dari situ, berlaku 'perdebatan' mengenai jenis gincu, tukang cuci hinggalah bermacam gelagat lain boleh diperhatikan di majlis kenduri. Golongan wanita mempertahankan ianya adalah kerana mereka mahu melawa dan tidak sedar ianya menyusahkan orang lain.
Tetapi sekarang kan ramai yang pakai 'lip-mate' yang tidak meninggalkan kesan. Jadi, betul ke memang susah tanggal? Maklumlah, mereka yang bekerja mencuci pinggan, mangkuk dan gelas ini kebanyakkanya terdiri daripada remaja yang bekerja separuh masa. Jadi, dengan tetamu yang datang bersilih ganti, mereka memerlukan kepantasan menyiapkan semua kerja tersebut. Cara yang paling mudah ialah mengelap gelas tersebut dengan tisu selepas minum, tidaklah sesusah mana pun. Anda memudahkan kerja orang, orang juga akan memudahkan kerja anda. Kita sama-sama memudahkan ya. Gincu mana nak pakai kenduri minggu depan ni? - CARI |
sarah82 replied at 3-12-2019 11:21 AM
Aku x pernah tinggalkan kesan lipstik sbb aku x pakai lipstik
Boomibulat replied at 3-12-2019 11:28 AM
I pun sama..x pnh pakai lipstick
LuvAurora replied at 3-12-2019 11:45 AM
tp lipstick yg lekat nilah yg sedap pakai
hasmania replied at 3-12-2019 12:00 PM
mana ada orang perempuan pergi majlis kawin tak pakai lipstik ???
nak senang cuci gunalah straw ( ...
hasmania replied at 3-12-2019 12:00 PM
mana ada orang perempuan pergi majlis kawin tak pakai lipstik ???
nak senang cuci gunalah straw ( ...
hasmania: mana ada orang perempuan pergi majlis kawin tak pakai lipstik ???nak senang cuci gunalah straw (dah straw plkk dah tk bleh guna la nih)...nak cuci caw ...
ADVERTISEMENT